Isnin, 25 November 2013

Kerana " hati ini merasa"

 بِسْــــــــمِ اللَّــہ الرَّحْمَــــــانِ الرَّحِيـــــــم

"Akak Za ( bukan nama sebenar ) kemana ? kami tunggu kak Za, jom kita ke kantin". Ummie berbicara setelah melihat kak Za muncul dari pintu bilik guru . "Akak dari bilik Helwani , baca Yasin," itulah jawapan Kak Za... ummie pula dah mula terkeliru memikirkan tradisi sekolah setiap hari khamis warga Kolej akan membaca surah Yasin. " Hari ni, hari apa " ummie bertanya kerana mula kaget , risau tersalah hari.... " Tak, akak baca sebab anak kak hari ni SPM" ... jawab beliau . Ummie perhati wajah kak Za, hari ini ummie tidak memandang Kak za sebagai seorang kawan, tapi apa yang kelihatan wajah seorang ibu, penuh risau ... dalam hatinya siapa tahu, tentu sarat dengan sebuah harapan.... Itulah kasih seorang ibu, ikhklas dan tulus dalam cintanya.  petangnya setelah " punch card" ummie bergegas turun kebilik  untuk mengambil beg, dalam perjalanan ummie bertembung dengan Kak Za dan anak perempuannya yang hari pertama menduduki SPM.. sempat juga ummie mendengar perbualan mereka. "  Macam mana soalan hari ni " soal siibu . " soalan kali ni lebih mudah dari percubaan Ma" jawab anaknya .... "Alhamdulillah " ceria wajah siibu memanjat syukur...... cukup puas wajah Kak Za, ummie turut gembira melihat wajah Kak Za petang itu . Kenapa ummie turut merasa " kerana ummie memiliki hati seorang ibu"..... hati ibu itu kagum melihat ibu lain melakukan pengorbanan, hati ibu itu bersedih melihat ibu lain bersedih ..hati ibu itu gembira melihat kegembiraan ibu lain... itu lah hati ibu , hati ibu turut merasa apa yang dirasa ibu lain..hati ibu itu terdorong untuk memberi yang terbaik untuk jiwa anak-anaknya.. jangan biarkan hati ibu itu mati dengan kesibukan, jangan biarkan hati ibu itu mati kerana cita-cita lain yang lebih besar, jangan biarkan hati ibu itu padam dan diganti dengan sesuatu yang sifatnya material ..... kerana hati ibu itu bisa padam dan mati....
...... sekembali ummie dari sekolah ummie bergegas ke bilik belakang ( asalnya bilik Muhammad ) , namun sejak si Putih ( kucing liar yang sudah jinak ) mendiami bilik itu bersama anak-anaknya, terpaksa ummie arahkan Muhammad tidur bersama ummie dengan Humaira untuk sementara waktu " ummie jangan lah biarkan kucing keluar, diakan nak beranak " berkali-kali Muhammad memberi pesanan supaya kucing tu beranak di dalam rumah... "Tak boleh Muhammad nanti kucing nak kencing  macam mana?"habis rumah kita... Tapi dalam diam ummie masuk ke bilik dan kosongkan bakul mainan anak-anak, ummie alaskan dengan tuala dan kain.. ummie tutup separuh ( setahu ummie ibu kucing suka tempat yang agak privacy)... malam tu ummie terdengar bunyi kucing mengiau berkali-kali dari luar tingkap . ummie buka tingkap bilik Muhammad dan tutup pintu bilik .. ( ada sesuatu yang ummie duga ), ummie kembali ke tempat tidur meneruskan lena yang panjang.... Dugaan ummie tepat, sudah ada dua ekor anak kucing di dalam bakul mainan anak-anak... ini kali kedua Si Putih mendiami   bakul yang sama dengan anak-anak kecilnya... kali pertama dulu habis mainan Muhammad penuh dengan darah ( bakul tu menjadi tempat Si Putih melahirkan anak-anak)... .. kali ini Sudah seminggu anak-anak Si Putih menyusu di dalam bakul mainan tersebut, Suatu petang, Si Putih berbunyi dari luar tingkap.. ummie terdengar beberapa bunyi , dari bunyi tersebut ummie menduga Siputih melompat dan jatuh... ummie menjenguk keluar, kaki siPutih Luka, matanya tertutup sebelah ... terus ummie bukakan pintu rumah di bahagian belakang.. berlari Siputih masuk, rindu agaknya pada anak-anak yang lama ditinggalkan ... Ya, Si Putih cedera atau sakit barangkali. dengan kaki yang capit si putih masuk kedalam bakul mainan menyusukan anak-anak yang kelaparan............ si putih juga sama, Sayangkan anak-anak, entah berapa kali si putih membuat cubaan melompat dari  luar tingkap dengan kaki yang capit.. Si putih langsung tidak berputus asa, sehingga ummie terdengar bunyi-bunyi lompatan si Putih berkali-kali.... sedih ummie memandang Si putih berjalan capit, sedih ummie melihat siputih dengan kaki yang luka, mata yang penuh dengan tahi mata........ dan kerana Hati yang turut merasa ummie bawa Si Putih keklinik .. si Putih dicucuk dan dibekal dengan ubat makan, pil vitamin, krim luar untuk luka dan ubat mata untuk dititis ke dalam mata.... terima kasih untuk mak dan kakak Bi yang membawa ummie ke klinik.... Moga Allah membalas kebaikan kalian. Amin. Hati yang merasa.

"Ya Allah peliharalah anak-anak kami, cintailah mereka, ajarilah mereka kebaikan dan didiklah mereka, kerana Engkaulah sebaik-baik pemelihara, sebaik-baik pendidik, Amin"
.........terkenang ummie suatu peristiwa akibat hati yang merasa ...." kenapa ummie nak bagi buah pinggang pada Ngah B( nama samaran untuk kakak kedua ummie), Muhammad tak suka, Muhammad takut ummie sakit, sapa nak jaga Muhammad" bicara Muhammad setelah ummie maklumkan pada Muhammad hasrat ummie tidak lama dulu" bicara Muhammad menjadikan hati ummie serba salah namun ada suara keramat yang menguburkan suara Muhammad, suara yang telah lama berkorban untuk ummie " tadi Bita ( kakak pertama ummie) bagitau , dia gagal untuk dermakan buah pinggang untuk Sobi" Nada suara mak sungguh sedih, sedih mengenangkan seorang anak tercinta terpaksa menangggung sakit berat seumur hidupnya, mata mak turut berkaca .. kakak ummie yang kedua merupakan pesakit buah pinggang yang hampir kehilangan semua fungsi buah pinggangnya,   tak lama ummie bersama mak pada hari tersebut, ummie takut untuk mengalirkan air mata di hadapan mak ( ego atau malu ummie tidak pasti ) , memang ummie agak pelik, suka menyimpan beberapa perasaan, malah adakala apa yang ummie fikir bertentangan dengan ahli keluarga kami,, ummie biarkan mak dengan kekecewaannya ( hanya hati ummie yang berbicara)... Esoknya telefon berdering.. " Dian kak Bi nak tanya, Dian jangan rasa terpaksa, dian fikir betul-betul.. betulkah Dian nak dermakan buah pinggang untuk kak Bi, dian fikir dulu, nanti setelah fikir baru dian berikan jawapan " bicara kakak ummie dari corong telefon. Terus terang ummie katakan jika jalinan adik yang ummie ada belum tentu untuk ummie memberikan satu dari buah pinggang ummie, belum tentu(kerana iman ummie masih rapuh untuk ketahap itu).... tapi kerana hati ini tidak mampu untuk merasa rasa terkilan seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan anak-anaknya ,ummie mencari kekuatan untuk terus menjadi penderma kedua setelah kakak sulung ummie gagal dalam beberapa ujian transplan....Alhamdulillah ummie mendapat persetujuan suami tercinta... hanya sms ummie kirimkan sebagai tanda setuju kepada kakak ( ummie tidak tahu untuk berbicara)... .. kini telah hampir dua tahun ummie menjalani ujian Transplan.. kata Dr telah 90% berjaya, cuma tinggal beberapa ujian akhir di Kuala Lumpur... Rasa takut hadir silih berganti... apa yang ummie lebih risaukan ialah hal anak-anak, hal Muhammad dan hal Humaira ... banyak yang ummie doa dan harapkan ( hanya Allah yang menjaga kalian) ... ummie juga telah membaca beberapa blog berkenaan transplan,, ummie juga telah mengetahui ada khilaf ulama dalam soal mendermakan buah pinggang... dan ummie telah tekad untuk berpegang pada pendapat yang  ada Nasnya malah fatwa yang mengharuskannya

 Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Baqarah[2:173]).

...Yang ummie harapkan ialah ahli keluarga ummie yang lain menjaga anak-anak ummie seperti ummie menjaga mereka... Ummie  tiada Tv untuk ditonton dirumah, ummie mohon hadkan tontonan anak-anak ummie, ummie  suka anak-anak banyak minum air putih , ummie mohon buatlah yang terdaya untuk elakkan mereka minum air lain terutama air batu, sehari pun beharga untuk ummie bersama anak-anak ( jadi ummie di lihat terlalu mengawal anak-anak oleh kalian) hanya penghormatan ummie harapkan dari kakak, adik dan abang ummie untuk seketika memahami Hati ini... ummie mohon ikut perkara pelik ummie sementara ummie di Hospital kelak, itu yang ummie harap kalian buat... anak-anak ummie aktif dan adakala akan menimbulkan rasa marah... ummie mohon kalian bersabar dalam menangani karenah mereka ...... buatlah semampu kalian,     ummie hanya mampu merasa, dan  hanya satu semuanya Ilham dari Allah, semuanya takdir Allah...Ya Allah jaga dan peliharalah anak-anak kami untuk setiap detik, Engkaulah sebaik-baik pemelihara, Ya Allah , bersihkan diri kami dan hati kami, Ajarilah  kami dan Zuriat-Zuriat kami erti Ikhlas... Amin

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (Ali ‘Imran[3:92]). 

.... proses ujian transplan hanya tinggal 10 % lagi,,,, gagal atau berjaya semua kehendakNya.. 90% yang telah berjaya, manakala baki 10 % lagi Ketentuan Yang Maha Kuasa..buah pinggang itu bukan milik Ummie, bersyukurlah dan berterima kasih kepada pemilik sebenar..Itu yang ummie harapkan....Kerana Hati yang Merasa :)..... sendiri dalam mengalir air mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan