Khamis, 17 Januari 2013

permulaan yang bermakna


Muhammad naufal, Nuraishah Sumaiyah.... ummie sentiasa menyayangi kalian, saban hari yang berlalu menjadikan kalian semakin dewasa, ummie gembira melihat tawa dan senyum kalian, ummie berduka melihat tangis dan duka kalian.......yang pasti " ummie sentiasa bahagia disamping kalian" walau duka dan suka datang silih berganti....

sesi kolej berjalan mengikut perjalanan pihak atasan, (8.00 pagi hingga 5.00 ptg)... perkara baru sering datang menjengah keselesaan hidup,,,
" Kenapa sekejap Naufal keluar" bicara ummie sambil membetulkan kain telekung yang ummie pakai untuk solat asar ( hampir jam 5.30 ummie tiba ke rumah, berkejaran agar  van Naufal tidak tiba lebih awal) maka solat asar ummie pasti agak lewat, selalu Naufal akan solat sama dengan ummie, tapi hari ni Naufal dah siap solat di sekolah... " Naufal nak jaga ummie, sebab ummie selalu jaga Naufal" Naufal berbicara dengan wajah yang ummie sendiri tak dapat tafsirkan namun amat menyentuh jiwa seorang ibu......seingat ummie hampir setiap hari Naufal minta keluar selepas solat asar ,tentu saja ummie hairan bila cepat benar Naufal masuk ( belum sampai 5 minit Naufal keluar)... " bagusnya anak ummie" terharu ummie mengungkap kata...
......perbualan berterusan " ummie kenapa bila ummie mati, Naufal  doa ummie kata hadiah, Naufal takut nanti bila Naufal besar Naufal lupa pulak nak doa kat ummie"soal Naufal dengan wajah sayu .............(  terkenang bicara ummie pada Naufal tentang doa )...
".Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

" Naufal jadilah anak yang soleh dan taat pada Allah, Naufal tak akan lupa nak doakan ummie, Naufal baca doa ibu bapa yang ummie ajar tu, senang saja"   ringkas ummie terangkan , masa ummie dan anak-anak semakin suntuk, namun jika ada persoalan sebolehnya ummie akan jawab ( inilah medan kami mengeratkan hubungan ) memandangkan masa kami bersama semakin kurang...

 Petang yang indah berlalu... 


ummie ingin kongsi pengalaman sekolah anak sulung ummie,,,,
seperti ibu-ibu lain , ummie yang over berfikir itu dan ini.. sedang Naufal cool ja pergi ke sekolah , Alhamdulillah .....
apa yang ummie over ... 
1) lagi setahun Naufal nak sekolah ummie dah kalut nak buat pilihan , bila tak keruan macam ni ummie banyak berdoa,adakala ummie solat hajat dan istikharoh, bukan perkara mudah nak buat pemilihan sekolah ( dalam otak ni macam-macam)......Nak anak pandai itu and ini... Namun telah Allah takdirkan Naufal kesekolah  agama Ad- diniah .....ummie bersyukur, walau macam-macam jugak yang ummie dengar antaranya "  sekolah ni lebih agama, tapi kademikya kurang".... semua ibu risau jika akademik anak kurang, ummie sendiri pun punya perasaan itu... namun ummie ingin belajar menjadi orang yang pentingkan Agama ... Moga Naufal tetap berjaya.( segalanya dalam perancangan Allah, lorongkanlah jalan-jalan kejayaan kepada anak-anak kami, Amin)
2)Dah pilih sekolah risau pulak " siapa la cikgu yang nak ajar Naufal " bolehka dia sabar dengan tingkah laku Naufal yang aktif"....ummie terkenang pesanan seorang penulis terkenal ZAID MOHAMAD ketika menghadiri bengkel keibu bapaan... " jangan mencari salah guru atau sekolah" namun bantu " membetulkan kekurangan-kekurangan pihak sekolah"... time ummie berjalan menuju ke sekolah ummie cuba berlapang dada ( keadaan agak kalut dengan guru , waris dan pelajar)... ummie cuba menjadi seorang yang bersangka baik dan mengikut arahan pihak sekolah... bila waris diminta kedewan ( ummie cuba menuju kedewan secepat mungkin dan meninggalkan Naufal di kelas : ya guru Naufal akan uruskan hal Naufal)....
- bagaimana bila berdepan dengan guru perempuan yang sombong??? memang tindak balas spontan jika tengok ja orang tak senyum  mudah otak ni nak tafsir ikut nafsu( bersagka baik , memang wajahnya begitu, lalu ummie tetap tersenyum)....

Rasulullah bersabda :

"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" 

 (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)....



Dalam banyak penulisan ummie, tiada tertinggal tentang bicara doa ,,, berdoalah , moga ummie dikuatkan semangat dan tak fikir bukan-bukan dan moga anak-anak sentiasa dalam pengawasan Allah kearah kebaikan,,, ( perlulah selari antara amalan )... semua manusia boleh dan punya hak berdoa , namun jalankanlah hak dan kewajipan kita terhadap Khalik yang nak makbulkan doa dan bicara kita.....Ampunkan dosa kami ya Allah, Amin

3)Risau dengan tingkah laku anak sendiri - Naufal ni jumpa ja kawan ada saja topik perbualan, risau jika di kelas Naufal bercakap tak henti-henti....memang tepat telahan ummie " memang anak puan banyak betul bercakap , saya dah tukarkan tempat duduk dia " kata guru kelas Naufal dalam sesi perbualan ringkas kami, sebelum ni Naufal memang duduk di barisan hadapan ( ummie pilihkan time first day) .. kali ni masih barisan hadapan , cuma betul-betul depan papan tulis cikgu .... nama kawan sebelah yang selalu ummie dengar " HAZIQ" ... insyaAllah ummie nak sangat kenal kawan Naufal ni...Moga mereka menjadi anak-anak soleh, Amin.



Perkara-perkara baru dalam hidup Naufal
  • Bila dapat buku, ummie minta Naufal melibatkan diri dalam kerja membalut buku ( mengajar Naufal untuk menjaga buku-buku), mewarna jadual waktu dan menampal sticker nama pada buku ( tugasan ni bagus untuk membuatkan mereka lebih yakin dan memberi rasa tanggungjawab )
  • ummie melatih Naufal membaca jadual waktu ( ummie bantu pilih buku) dan Naufal akan masukkan sendiri buku kedalam beg
 " ummie bagus ummie balut buku awal, memang teacher suruh balut buku ni"-----
-( dalam hati" memang ummie tau sayang oiii, ummie kan cikgu buku teks")


"anak-anak ummie"
  • ummie tak buat jadual waktu harian Naufal di rumah, untuk hari persekolahan jam 6 petang baru Naufal selesai mandi jadi tiada jadual yang perlu ummie tetapkan melainkan ( semua yang berikut pasti berjalan: rest, homeworke, solat ( dah tentu)... paling lewat Naufal akan tidur jam 10.00, dan bangun pagi jam 6.00 ... lepas subuh Naufal sempat baca Iqra dan hadis sekejap ... 
  • sejak Naufal buat homeworke, sumaiyah pun pasti turut serta, 
  • ummie akan buat sesi perbualan tak langsung untuk korek cerita-cerita naufal tentang persekolahan Naufal setap hari, selitkan teguran dan nasihat ( terutama bab hormat guru).

memilih sekolah Agama , adalah pilihan utama ummie... ketetapan Allah ni diharapkan dapat menampung kekurangan dan kekangan ummie untuk mendidik Naufal memandangkan sesi kolej semakin panjang berbanding dulu ,,, Moga di sekolah Naufal belajar dan mengamalkan sunnah yang telah dan bakal dipelajari.. Amin........" Ya tuhan kami, kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah, Amin"