Selasa, 23 April 2013

Ibrah dari seekor kucing dan sisipan sebuah politik

bismillahSudah beberapa kali kucing ni masuk dalam rumah ... ummie sendiri rimas bila kehulu kehilir diikuti seekor kucing setiap pagi hendak kesekolah..." kucing ni nak beranak ni, Naufal tau tak?, sebab tu dia masuk rumah kita. Dia cari tempat beranak yang selamat untuk anak-anak dia. Sama macam ummie sayang Naufal dan Sumaiyah" bicara umie dalam kekalutan pagi hendak ke sekolah." mana ummie tau dia nak beranak" naufal cuba minta kepastian ummie..." tu cuba tengok perut dia besar" ummie sambung bicara..... " sudah, kita kena cepat, nanti pak cikDin sampai " ummie cuba mematikan perbualan bila dapati jam sudah hampir 7.00 pagi memandangkan Naufal masih belum memakai stokin........
.............. kucing ni dah pandai masuk rumah melalui tingkap beberapa kali.... hingga sumaiyah sudah pandai bertanya " ummie kucing ni nak beranak ka ummie" dengan telo percakapan yang sedikit gagap dan tersekat-sekat bila melihat kelibat kucing berkeliaran dalam rumah. " ya lah, dia nak beranak, macam ummie beranak kat Sumaiyah dan Naufal" jawab ummie sambil tersenyum kerana tidak menyangka sumaiyah masih ingat bicara ummie tempoh hari....
..............5.40 PM , ummie dan anak-anak sampai rumah.. daun pintu dibuka... semua seperti biasa ( sedikit berkecamuk akibat kekalutan pagi hendak kesekolah)... selalunya bila balik ummie akan minta anak-anak rest badan 5 ke 10 minit sebelum mandi, sambil ummie kemas sikit-sikit apa yang patut... " Naufal pergi simpan tali pinggang dalam bilik" pinta ummie memandangkan sudah 2 kali ummie membeli tali pinggang untuk anak lelaki ummie ni..." ummie! " jerit Naufal ... " betullah kata ummie memang kucing ni cari tempat beranak, kucing beranak kat rumah kitalah ummie" Naufal menyambung bicara dan kelihatan sangat teruja... Sumaiyah dan ummie berlari menuju kebilik Naufal... OOOHHH didalam kotak mainan, dialas dengan mainan-mainan Naufal dan Sumaiyah......" sudah , Naufal ketepi dulu jangan dekat busuk tu, mesti ada darah "ummie memberi arahan ringkas ...........tiba-tiba Naufal berubah menjadi rajin memberi makan kura-kura " Naufal dah bagi makan kura-kura, kita bela kucing ni ya ummie" Naufal membuat permintaan.... dalam kepala terbayang kekalutan hidupku tanpa suami disisi, hanya bertemankan tugas harian hampir siang hari penuh di sekolah, diikuti dengan aktiviti membuat homework anak-anak dan kerja rumah, tidak mungkin termampu membela sebuah keluarga kucing ni........." mana boleh, kita sebuk, kura-kura pun ummie ja yang selalu ingat bagi makan... macam mana nak tambah kucing pulak. " ummie memberi jawapan tegas... " bolehla ummie" minta Naufal...ummie sepi tanpa memeberi sebarang respond...dalam hati ada rasa kesian pada anak-anak yang teruja dan pada si kucing .  Ini juga adalah peluang untuk ummie mendidik anak-anak.....
Habis mainan Naufal ummie terpaksa buang memandangkan ummie rasa tak bersih jika dicucipun.. bimbang juga jika memberi kesan kepada kesihatan anak-anak jika terus simpan mainan ni.time ni masih baru beranak rasanya sebab masih ada darah cair.
...........mujur ada kotak dirumah kami ( kotak yang ummie simpan untuk tujuan beraktiviti dengan anak-anak)... ummie alas kotak dengan surat kabar lama dan sehelai kain... anak-anak suka melihat ummie mengangkat anak-anak kucing satu persatu. bukanlah tujuan ummie untuk memelihara kucing ni semua, namun tak tergamak pula hendak memindahkan mereka keluar rumah ( tentu sejuk terkena embun malam atau hujan). Paling tidak, ummie dapat tunjukkan sifat ihsan insan terhadap binatang untuk anak-anak pelajari.... semoga anak-anak  dapat belajar menjadi penyayang..Rasulullah SAW adalah manusia yang paling penyayang terhadap haiwan ,Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut ......"kita pelihara kucing ni sampai anak-anak dia boleh berjalan, lepas tu kita lepas" ummie berbicara....malam tu selepas Naufal buat homework, kami 3 beranak kekedai berhampiran untuk mencari makanan kucing.. Alhamdulillah Allah mudahkan, memang kedai runcit tu ada menjual makanan kucing, tak perlulah ummie memandu jauh malam tu...suka anak-anak melihat ibu kucing makan...
 Allah mudahkan bila kucing ni makan makanan segera macam ni, bagi ummie yang bekerja tak lah terasa berat “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari)..

..........Now dah hampir seminggu kucing dan anak-anaknya dirumah kami.... ( ummie pula fikir macam mana nak buat lepas ni)... dekat manalah ummie nak tempatkan mereka kelak... ummie paling tak suka persekitaran rumah berbau najis kucing... si ibu kucing pula dah makin serasi hidup dengan kami .. " ummie kita buang ibu kucing ni, kita bela ja anak-anak dia" Naufal memberi pendapat , bila mendengar keluhan ummie apabila  si ibu kucing menggesel kepala di kaki ummie.." Isshhh, Naufal suka kalau orang amik Naufal jauh dari ummie" ummie bertanya " tak" Naufal menjawab ringkas.. " samalah anak kucing tu, dia suka tinggal dengan mak dia, berdosa kalau kita pisahkan anak-anak kucing dari mak dia"ummie memberi sedikit penjelasan... ummie yakin Naufal faham penjelasan ummie.............hari terus berlalu, anak-anak kucing tu selalu dibersihkan badannya oleh siibu..paling tidak ummie dapat mengambil ibrah dari kehidupan seekor ibu kucing... kehulu-kehilir mencari tempat yang selamat untuk anak-anak... ..dijilatnya badan dan najis anak-anak untuk pastikan anak-anaknya bersih....tak lupa kekandang anak-anak, untuk memberikan susu hingga si anak lena disisi ibu..... jarang ummie terdengar anak-anak kucing dibiar mengiau lapar.... hampir tak kedengaran suara anak-anak kucing tu melainkan ummie melihat mereka tidur kekenyangan.....INDAH CIPTAAN MU .... kasih si ibu kucing untuk anaknya...." moga engkau bimbing hati dan jiwaku agar menjadi ibu yang sudah tentu patut lebih baik dari siibu kucing..."MEMILIH JALAN YANG SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK" malah  tuntutan seorang ibu bukan sekadar mengeyangkan perut anak-anaknya,namun lebih jauh dari itu... mengisi JIWA anak-anak dengan cahayaMu ... AMIN ... itu lah bezanya IBU ( untuk manusia) IBU ( untuk seekor kucing)...............dan ummie bersyukur kerana dalam kekalutan ummie , Allah datangkan keadaan-keadaan yang sebenarnya membuka jalan dan ruang pendidikan... Moga kita sentiasa diberi kesedaran jika ada peluang yang menjadi medan pendidikan kepada anak-anak... Ya Allah bimbinglah kami dalam mendidik anak-anak kami, Amin
 sedikit sisipan kisah perbualan kami
.........perbualan dalam kereta " Naufal dah tau tu bendera apa" tiba-tiba Naufal memulakan bicara sambil menunjukkan kearah bendera biru .. " tu bendera BN" bicara naufal lagi... " Naufal suka BN ka PAS" sengaja ummie bertanya untuk melihat politik sikecil ini... seingat ummie , ummie tak pernah ajar Naufal tentang politik secara langsung... cuma Naufal kerap ke kuliah PAKSI dan kuliah agama yang dianjur PAS di surau berdekatan... " Naufal suka PAS" wah , tegas Naufal jawab ..... bagi ummie , sekadar itu tidak mencukupi , ummie ingin tahu lebih . " kenapa Naufal suka PAS"... soal ummie " sebab PAS tu islam" ringkas tapi, cukup untuk ummie menilai penerimaan Naufal berlandaskan sesuatu yang benar, malah ummie faham apa yang cuba Naufal sampaikan dalam jawapan seringkas itu...... " selagi yang diperjuangkan itu ISLAM" itulah yang perlu dipilih.... " ingat Naufal, apa-apapun tengok apa agama kita suruh, yang tu kita buat... nak makan, agama suruh makan yang halal, sebab tu kita kena cek ada tak tanda halal kat makanan" sedikit ulasan untuk buah hati ummie malam tu... sekadar perbualan ringkas dalam kereta....
" Ya Allah sehatkanlah anak-anak kami, jadikanlah mereka pelapis pejuang-pejuang AGAMAMU kelak . AMIN" Alhamdulillah Naufal dah sembuh dari demam, kini giliran sumaiyah pula.. semoga Sumaiyah cepat sembuh. Amin

Isnin, 8 April 2013

" Sepotong Aiskrim strawbery"

http://www.pengasihjawa.com/v2/wp-content/uploads/2012/04/bismillah.jpgHairan ummie perkara yang sama sering berulang... ternyata pepatah " alah bisa tegal biasa" meleset untuk kes umie dan anak-anak....
" abang kena balik awal , ada program dengan pelajar tahun 6" bicara abah membuat umie dan anak-anak hilang gembira sebentar.... Hari khamis malam abah sampai, sabtu pagi abah dah nak bertolak meninggalkan kami ..... sudah lah jumaat ummie dan anak-anak selesai sesi persekolahan jam 5 ...hanya sikit tinggal baki masa untuk ummie dan anak-anak melepas rindu pada abah....
..........Naufal merungut lagi....... ummie sangka kami anak beranak akan makin kuat menghadapi semua ni, namun yang berlaku sebaliknya... " ya Allah berilah aku kekuatan" hati ummie berbisik sendiri sambil istighfar  diucap berkali-kali ( mohon Allah hilangkan rasa hiba dalam diri)

( hati ummie sedih) namun... " nanti petang kita pergi econsave, malam kita buat aiskrim" bicara ummie dengan harapan Naufal akan gembira... Alhamdulillah , sedikit sebanyak terpancar sinar dari wajahnya.... " ummie pi consape" ucapan yang pelat dari Nur Aishah Sumaiyah.... dia juga turut gembira...." Naufal perlu buat homework, baca Iqra dan basuh kasut " pinta ummie... jika semuanya setel baru projek membuat aiskrim akan berjalan , itulah syarat yang ummie tetapkan...  penetapan begini dapat membantu ummie memastikan semua perkara penting terlaksana....
... Petang Sabtu : kami keluar bertiga ,
Destinasi 1-Bank ( keluarkan duit dan singgah kedai buku MUAZ sebab ummie ada pesan sebuah buku dan ummie telah dimaklumkan bahawa  buku tersebut telah pun sampai) buku tentang konspirasi yahudi... " Naufal tak mau dah tengok kartun orang putih,  bila dah lama Naufal tak tengok lama-lama nanti Naufal tak suka la  "bicara Naufal bila membuka beberapa helaian buku ummie...
Destinasi 2-Econ Save( beli coffemate, susu dutch lady ( perasa strawbery)) mudah ja resepi aiskrim ni ( ummie ambil dari http://www.myresipi.com/top/detail/2888 )
Destinasi 3- Kedai stationary Campap... beli abakus untuk Naufal
.. Naufal dan Sumaiyah dah mula gembira ,, ummie ja yang perlu bertahan dengan karenah mereka yang kejap gaduh kejap bermain....entahlah part yang gaduh tu la yang menunutut umie untuk sabar lebih ( bukan mudah)... adakala ummie tinggalkan mereka berdua dan masuk ke bilik  disaat peretengkaran anak-anak sedang memuncak( mereka faham ummie marah , sorang demi sorang akan datang minta maaf )... " yah tak buat dah " bicara sumaiyah untuk minta perhatian dari ummie semula....Bagi ummie itu saja cara yang selamat setakat ini.. ( paling tidak ummie dapat lari dari melihat sesuatu yang ummie tak suka)...sebab jika ummie terus cuba meleraikan ( anak-anak sukar nak ambil perhatian ketika mereka masing-masing nak menjadi pemenang).. silap-silap marah ummie pula yang memuncak..." ya Allah aku mohon engkau tenangkanlah anak-anakku dan diriku , Amin)...
... setelah solat Isyak, Aktiviti membuat aiskrim bermula, kali ni ummie nak perkenalkan alat baru kepada anak-anak (tujuannya supaya anak-anak  teruja).."MIXER"...
boleh ja ummie nak guna blender, tapi disebabkan masakan aiskrim kali ni sangatlah simple ( tak perlu banyak penglibatan anak-anak) so ummie perlu gunakan mixer untuk buat anak-anak Exited.
JOM BUAT AISKRIM HOMMADE
1) semua bahan 2 cawan susu, 2cawan coffemate serta satu sudu gula dicampur dan diblend guna mixer sampai berbuih.
2) sejukkan hingga hampir beku ( sementara menunggu aiskrim hampir beku dalam deep freezer anak-anak tonton cerita upin dan ipin )

3) bila hampir beku keluarkan dan diblend lagi dengan mixer ( untuk mendapatkan texture yang halus)
4) Masukkan dalam bekas aiskrim ( boleh hiaskan, tapi ummie buat simple ja)
Ha , dah siap niiiiii untuk dibekukan...
" esok, lepas kelas hafazan baru boleh makan aiskrim " bicara ummie .... ummie ambil keputusan hantar Naufal ke kelas hafazan untuk tahun ini setiap hari Sabtu atau ahad bagi mempercepatkan proses hafazan Naufal... disamping itu ustaz akan membantu mendengar bacaan tajwid Naufal .. sedikit sebanyak dapat membantu ummie dalam mengajar IQRA dirumah...  Sumaiyah akan menemani ummie ke Kelas pengajian PAKSI hingga jam 11.00. pagi ( cepat masa berlalu, dulu Naufal yang akan menemani ummie ke kelas pengajian, sekarang giliran sumaiyah pula)....itulah rutin kami setiap minggu tanpa abah.... Moga Allah mudahkan jalan kehidupan dan berkati lah setiap hari -hari yang kami lalui..Amin.
HARI AHAD YANG INDAH BUAT KAMI BERTIGA, MOGA HARI ABAH JUGA INDAH DISANA.

PETANG AHAD TU SEKALI LAGI KAMI MAKAN AISKRIM... LEPAS NAUFAL SOLAT ASAR...." SUMAIYAH CUCI MULUT" PINTA UMMIE SEBABNYA SUMAIYAH BARU BANGUN DARI TIDUR.
Hari terus berlalu, namun hati ini cepat berubah rasa...... yang ummie pohon Kesejahteraan anak-anak dalam AGAMA ALLAH ini...kesejahteraan yang dirasa diHATI.
"Imam Ghazali pernah berkata; "Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."
coretan ringkas :Syukur Alhamdulillah "  Allah gantikan rasa sedih  dihati anak-anakku Muhammad Naufal  dan Nur Aishah Sumaiyah,dengan sepotong aiskrim strawbery dari ummie"