Selasa, 2 Disember 2014

" Bukan Wajib pun Ummie"


" Bukan wajib pun ummie , baik tak payah sunat"... itulah pinta Muhammad.
29 November 2014 Selamat Muhammad Naufal di Khatankan  di Klinik Dr Jammy Suzana.  Bukan soal klinik,, tapi soal risau seorang ibu .  Biarlah ummie ada sedikit ilmu tentang  berkhatan agar ummie tak harung semua ni dalam keadaan susah dan payah... Terkenang ummie saat tengok kakak ummie menjaga anak sulungnya.  memori tu segar lagi dalam ingatan ummie.  Jika kenangkan semua tu semula buat ummie rasa sukarnya nak lalui semua ni.... Rupanya risau awal tu adakala lebih baik dari langsung tak pedulikan apa-apa. 
    Ketika Muhammad 6 tahun ummie dah survey sikit-sikit tentang "Berkhatan" terutama bila membawa anak-anak ke klinik. Dari situ ummie mula sedar yang menjadi kesukaran sekarang ialah memilih kaedah berkhatan, sebabnya sudah mula ada kaedah-kaedah berkhatan dengan cara yang lebih moden dan masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri .  Ummie cuma nak maklum sedikit tentang kaedah-kaedah berkhatan, bukan huraian secara terperinci memandangkan ramai blog-blog yang dikendalikan oleh Doktor sendiri, telah menghuraikan baik dan buruk setiap kaedah yang ada.

Teknik Berkhatan :
  • Kaedah Konvensional : Ini kaedah yang menggerunkan  / Banyak pendarahan berlaku .  Seingat ummie dulu abang ummie dan sepupu lelaki ummie memang guna kaedah ni.... ada tali gantung pada kain . kalau guna kaedah ni memang elok buat ramai-ramai macam zaman orang dulu-dulu , supaya tak rasa sakit sebab ada kawan-kawan sebagai teman.
  • Kaedah Konvensional plus moden :  Ramai Doktor suka guna kaedah ini ( dari survey ) sebabnya masih mengekalkan tradisi lama, cuma dimodenkan time nak memotong .  Dr akan menggunakan alat ( macam dawai potong polistrin) yang disebut cautery .  Kaedah ini tidak berlaku pendarahan dan memudahkan proses penjagaan anak-anak . Alhamdulillah Naufal berkhatan mengggunakan kaedah ini.
  • Kaedah Laser :  kaedah ini agak mahal dan ummie pernah terbaca ada negara yang tidak meluluskan kaedah ini walau ia sangat mudah dan lebih cepat sembuh.  Ia juga agak popular sekarang.
  • Kaedah Smart Klamp/sepitan:  kaedah ini juga  agak terkenal sekarang kerana ia memudahkan kanak-kanak bergerak dan berlari jadi tak perlu penjagaan yang renyah.  Mulanya ummie tertarik dengan kaedah ini. Namun setelah beberapa siri pembacaan ummie agak risau  tentang proses nak membuka klamp semula .  Walaubagaimanapun jika kena caranya mungkin mudah untuk membuka klamp tersebut terutama oleh Doktor yang sudah tentu mahir.
untuk membaca lebih lanjut tentang kebaikan dan keburukan setiap teknik boleh rujuk link ini :
http://drzubaidi.com/blog/berkhatan-secara-smart-klamp/
http://drazwan.blogspot.com/2008/12/khatan-terkini-atau-konvensional.html

Yang Lebih penting ummie nak share gambar-gambar anak-anak dalam fasa ini :) sebab ini akan menjadi  memory indah yang telah berlalu :

Fasa Pertama : Bersedia
  •  'Bird' Muhammad sentiasa dibersihkan sejak dari kecil . Alhamdulillah Abah memang ambil berat dan lebih tahu dari ummie. Ketika umur Muhammad dah 4 tahun Abah sudah mula ajar Muhammad meleceh 'bird'selepas buang air kecil ,kata abah nanti jika tak leceh kotor,  kulit akan melekat maka susah nak berkhatan. memang mula-mula sekali Doktor kata nak cuci 'bird'.  Then Doktor pun cek 'bird Muhammad'... Doktor kata " cantik bird dia" ... Alhamdulillah itu kebaikan meleceh dan yang penting dari aspek kebersihan dan kesihatan ia juga disarankan.
  •  ( semua idea tentang urusan penjagaan Muhammad ummie ambil dari blogg Yati Yusuf: terima Kasih atas perkongsian.. Semoga Allah limpahkan rahmat dan pahala  di atas kerajinan beliau berkongsi. Aamin

  • sediakan kain sarung (ummie bali kain sarung ni time Naufal 5 Tahun lagi , sebab saiz dia memang kecil untuk kanak-kanak. Ummie beli dua helai. 
  • beli hangger no 8. Ini untuk Naufal pakai bersama kain sarung ketika dia dah jemu tidur.  Alhamdulillah sehari ja Naufal banyak baring. Selebihnya dia menggunakan kain sarung lakukan aktiviti  .  Dengan menggunakan kaedah ikat kain sarung menggunakan hangger, Muhammad tak perlu pegang kain sarung 24 jam. pergerakan Muhammad lebih bebas.

 Fasa kedua : Berkhatan
  • Alhamdulillah Doktor ni sangat mesra Alam... (sesiapa yang minat boleh mendaftar di Klinik Dr Jammy Suzanna)..... dilayannya semua pertanyaan Muhammad
  • Disuruhnya Muhammad selawat 
  • Doktor pun cerita setiap kali prosedur kerja yang ingin dilakukan. ( sebab Muhammad sebuk bertanya " Doktor kena jahit tak"? " Doktor kena gunting tak"?
  • Doktor ini juga mengajar Naufal Melafaz niat " Sahaja aku berkhatan kerana Allah Taala" ketika proses bermula.
p/s : Dr ni kawan Dr Jammy Suzana

Fasa ketiga : Penjagaan di rumah
  • Berpantang : ikut suka, sebab doktor kata tak perlu pantang pun . Tapi ummie pantang makanan gatal . Hari pertama dan kedua ummie cuma bakar ikan . Hari ketiga dah mula buat masakan berkuah sikit.
  • Bila time buang air kecil ummie dan abah guna tisu basahkan hujung sikit, pedap pada tempat buang air kecil... sikit ja. 'Bird perlu kering' supaya cepat proses sembuh. Pastikan bersih supaya tidak berlaku jangkitan.
  • Mandi macam biasa, cuma guna cawan ( pastik ) untuk elak sakit terkena curahan air pada 'bird'.( abah yang Mandikan Muhammad). 
Aktiviti dirumah semasa pantang berkhatan .
   Semua ni untuk elak Muhammad terasa sakit dan bosan
  • Ummie beli komik ( dekat kedai Muaz)
  • Ummie beli cd ( Children Of Heaven. Mr Bean, Yogi the bear dan chiken Run)...Buat pertama kalinya setelah dua tahun kotak hitam ( TV dibuka).... huh ....tapi cuma untuk cd sahaja dan ketika fasa berkhatan ini berlalu. Dengan cd  mudah nak selected cerita yang sesuai unuk anak.
  • Lepak bermain di rumah maktok ( sebab kak ima n the geng pun ada di rumah mak tok). habis hatila Muhammad ada kak ima n the geng. Siapa Kak Ima and the geng tu???? ( semua mereka ni anak-anak abang ummie).
Tengok CD. Muhammad tak perlu nak pegang-pegang kain sarung. oklah sikit.


Alhamdulillah yang terasa sukar telah berlalu.  Walau banyak Blogger yang berkongsi tentang berkhatan anak-anak, ummie tetap tak ingin ketinggalan mencoretkan memory indah ini. Setiap Hari sangat indah untuk ummie dan anak-anak.... Alhamdulillah Terima Kasih Allah untuk setiap saat yang indah dan aku memohon agar saat dukaku penuh dengan hikmah dan ibrah. Aamin

Selasa, 13 Mei 2014

Rama-Rama


Muhammad sudah macam sedikikt matang, hobi terbaru buat origami ( sudah banyak hasil yang muhammad buat, tak sempat ummie nak ambil gambar).. namun masih suka bernasyid 

walau padat masa, sesekali kami beraktiviti santai, bagi memenuhi kehendak anak-anak

Menulis untuk sekadar memenuhi Hobi dengan menulis untuk kerjaya tentu sangat-sangat berbeza... untuk ummie yang sekadar memenuhi tuntutan sebuah minat ( bukan rutin) adakala perlu benar-benar mencari ruang masa yang bukan mudah untuk terlaksana ... faktor keluarga, anak-anak, kerja hakiki, kerja part time ....  sudah banyak benar meletihkan , boleh saja mood menulis hilang ditelan rasa kelesuan ,, terutama disaat-saat orang sekeliling sedang nyenyak tidur..namun kerinduan sering bersarang hingga ada sahaja suara-suara hati yang berbisik  . Alhamdulillah Muhammad Naufal esok akan keluar dari wad akibat demam panas dan sering mengadu sakit kepala . Ummie sebolehnya tidak suka membuat pilihan untuk masukkan anak ke hospital , mungkin ummie ngeri dengan ubat-ubatan yang banyak akan disumbat kedalam tubuh anak-anak. Selalunya itu pilihan terakhir ummie.. Ujian yang dijalankan mendapati tulang hidung Muhammad senget , maka wujudlah penyakit sinus ( allergy) ... anak-anak ummie semuanya tak terlepas dari penyakit genetik keturunan "Allergy" bahasa mudah faham resdung .....Humaira juga sama , saban malam mata Humaira dengan tiba-tiba menjadi merah. Ia amat  " menakutkan untuk ummie lihat Humaira menggosok-gosok mata".. Jumaat minggu ni ummie putuskan untuk membawa , kedua-dua buah hati ummie  ke Bagan specialist... Muhammad ummie bawa bertemu Dr Paed, Humaira pula ummie rujuk pakar mata .. " Dr tak bahaya ka jika selalu menggunakan ubat mata yang mengandungi steroid"? itu soalan pertama ummie kepada Dr mata yang merawat Humaira. " ubat ni tak mengandungi steroid, walaubagaimanapun jika tak berkesan kita perlukan ubat yang mengandungi steroid" bicara doktor cina separuh umur...Asma , allergi antara penyakit yang selalunya memerlukan steroid, ...  untuk jangkamasa panjang dikuatiri kesan racun mula dirasai ...sebab tu ummie sukar nak ikut nasihat Dr berkenaan ubat-ubatan ni ... "Ditelan mati anak dilepaskan mati bapak ".. semua serba tak kena .... Jika ada pilihan ummie tak ingin dedahkan anak-anak dengan ubat-ubatan yang sudah tentu mengandungi bahan kimia.  Hingga ke hari ini , ummie pasti ada alternatif lain yang jauh lebih selamat.  Moga Allah pelihara anak-anak kita. Amin ..
......... suasana petang , buat ummie rasa santai seorang diri  ummie terjumpa Album lama Muhammad Naufal ketika mengemas ruang bilik.... bila  terkenang saat dulu sungguh berbeza membesarkan seorang anak berbanding dua anak.... dan tentulah sangat-sangat berbeza bila bilangan anak bertambah ... Mula ummie sedar kenapa sekarang sudah banyak pendakwah-pendakwah islam mula tampil berani membicarakan soal perancangan  keluarga ... Ummie bukan arif membicarakan bab seberat ini , namun ummie percaya zaman ibu bapa kedua-duanya bekerja ,hal perancangan keluarga perlu diperbincangkan agar dapat membantun  dan memberi panduan kepada ibu dan bapa  bagi mengharmonikan sebuah rumahtangga, banyak juga buku-buku parenting yang menyentuh bab ini , antara nya tulisan Ustadz Hasrizal penulis buku " aku terima nikahnya" ......
............. .. " ummie rindu tak dekat along" tanya Humaira yang mati kutu tak ada teman bergaduh, teman rebut barang dan teman ketawa... lucu pulak ummie ...  " Bila along ada humaira gaduh dengan along, biarlah along berehat dekat hospital , humaira duduk dan mainlan sorang-sorang," Jawab ummie.. " tak seronoklah ummie " jawapan kali ni bagus untuk ummie ingatkan humaira " jika macam tu, nanti along balik Humaira jangan usik barang along, jangan kacau dan gaduh dengan along ya"bicara ummie ... " oklah ummie" itulah jawapan yang sering diucap anak-anak jika diberi nasihat ....malam ni hanya ummie dan Humaira menghabiskan waktu bersama .. kesempatan yang baik untuk ummie memperhalusi komunikasi dengan  humaira yang agak keras personalitinya... dah lama ummie tak rasa sesantai ini .. " Humaira pergi ambil buku cerita dan buku tulis "bicara ummie setelah selesai solat.. " buku pin-pin ni kan dah habis baca" bicara ummie bila memandang  Humaira kembali  membawa buku kisah seekor anak penyu bernama Pin Pin, yang sudah kami selesai membacanya.  " tak pa lah ummie buku ni kan seronok" jawab Humaira... benarlah , kanak-kanak tiada istilah jemu untuk  sesuatu yang mereka sukai....malam ini seolah-oleh ummie milik Humaira seorang, dia tidak perlu bergaduh memilih buku untuk dibaca.. jika tidak masing-masingHumaira dan Muhammad akan  berebut agar buku yang mereka pilih  ummie bacakan.  Ummie suka dengan perkembangan penulisan buku kanak-kanak dipasaran  sejak kebelakangan ini, hingga sukar benar ummie nak buat pilihan bahan bacaan anak-anak kerana semuanya menarik dan manfaat.  Penulisan kali ini ummie ingin berkongsi buku koleksi cerita Pin-pin si anak penyu.. Alhamdulillah sudah sampai koleksi buku 3.  Masih ada dua episod iaitu siri 4 dan 5. InsyaAllah dalam 2 bulan lagi cukup koleksi ini.  yang paling menarik buku ini sering diselitkan dengan kalimat islamik.
Ini buku 1: menceritakan tentang Pin-pin yang terpisah dari keluarga dan bermulalah siri kehidupan pin-pin bersama kawan-kawan, pin-pin diselamatkan oleh kawan-kawan barunya

Buku dua, mempertemukan pin-pin dengan seekor star fish.... kisah pin-pin yang merasa rendah diri ... ikuti kisah pin-pin untuk menaikkan self estemm anak-anak  dengan membuat kesimpulan ringkas. 

 Muhammad Naufal sudah makin dewasa, makin terarah nak membaca komik ( mungkin terpengaruh dengan rakan-rakan disekolah).  "Ummie, nanti Muhammad nak beli komik dekat kedai tu" Muhammad berbicara sambil menunjuk  kearah kedai seven -11 ketika hendak masuk ke pusat mengaji Al-Quran.  Kelibat Muhammad menaiki anak tangga hilang dari pandangan, dalam diam ummie mengintai komik-komik di dalam kedai seven-11.. Ummie dapati semuanya komik jepun yang meragukan ummie untuk menjadi bahan bacaan anak lelaki ummie." Muhammad, komik tu semua komik yang tak elok, nanti dalam tu ada perkara yang tak baik, memang macam tu lah cara orang-orang yahudi/bukan islam nak rosakkan agama kita" ummie berbicara memberi pandangan pada Muhammad, agar dia membatalkan hasrat untuk membeli komik di kedai seven-11.  " ummi bawalah Muhammad pi kedai Muadz" Muhammad Naufal buat permintaan.Alhamdulillah tak susah untuk Ummie memujuk Muhammad .  Lalu malam itu menjadi malam kami habiskan masa di kedai buku .   ( kisah ini kisah minggu lalu),, ummie saja terkenangkan Muhammad yang tiada disisi.....
.............. ya, Malam ini ummie  sunyi dari suara jeritan anak-anak, yang adakala membuatkan ummie yang terjerit-jerit.... kehidupan ini memamg indah jika mengikut angan-angan sendiri .. namun realitinya Allah Maha pemberi Ujian  dan pengatur.... lalu kekalutan adalah sunatullah seorang ibu yang membesarkan anak-anak ........ Moga Allah sentiasa mengiringi kita dalam setiap kekalutan agar semuanya berjalan dibawah lembayung rahmatNya jua...Amin
pengalaman hidup akan pertemukan kita dengan banyak perkara, banyak rasa, banyak keadaan.. jika hari ini kita bahagia , ia belum tentu untuk terus menerus merasa bahagia. Cukup dengan ujian kecil, kita boleh merasa menjadi sebaliknya.... Kebahagiaan itu sangat rumit untuk diterjemahkan, ia akan hinggap pada waktu dan ketika tertentu, yang pasti menjadi insan yang bersyukur itu sudah mampu membuat hati merasa bahagia. ... Allah temukan kita dengan sesuatu juga kerana ia bersebab,  terakhir nukilan ini ummie tutup dengan sebuah kata-kata dari sebuah buku " Chiken Soup For The Soul"..... jika kita terlalu menekan diri untuk mencari bahagia, mungkin kita akan tertekan .... namun jalankan saja kehidupan ini dengan betul, insyaAllah kebahagiaan akan menjadi jinak seperti rama-rama... jika ia terbang jauh, tak bermakna ia hilang .. Moga ia akan kembali membawa rasa yang lebih bermakna .......

Ahad, 6 April 2014

"Marah tandanya sayang"


"wajah-wajah kain putih ummie"

Alhamdulillah ... syukur sangat-sangat dapat juga lepas rindu yang teramat-amat untuk coretkan sesuatu... bila jadi macam ni, rasa banyak nak sumbat dalam catatan kali ini.
... Hilangnya ummie gara-gara sibuk dengan beberapa aktiviti " boleh distilahkan mencari sesuatu yang baru" ...ummie suka dan teringin nak berniaga, dalam pencarian tersangkut pula dengan gagasan Puan Ainon ABS... asalnya cari produk ja.... memang bagus ABS ni, cuma ummie tak boleh komited sebab anak-anak . Alhamdulillah dalam ABS juga ummie jumpa produk bagus untuk jadi peniaga... "Lexee"... tapi ini bukan kisah tentang lexee.. ini kisah anak-anak dan ummie...

" ummie apa tu " tiba-tiba Humaira bertanya, ummie cuma menangkap sesuatu yang Humaira lihat diluar kereta ... "OOO itu binatang " malas dan ringkas jawapan ummie .. he..he..
" ya ka ummie, tapi binatang tu nama apa" humaira yang sudah berusia 4 tahun 4 bulan sudah bijak berbicara.." itu kalkatu" ummie memberikan jawapan... " banyaknya ummie" bicara anak perempuan ummie yang sorang ni diteruskan " kalkatu suka tempat cerah, itu ada lampu sebab tu banyak" dapat juga ummie menjawab persoalan Humaira....

Muhammad pula sudah semakin besar, namun bab mengusik masih tak berubah..ada saja yang nak digaduhkan dengan Humaira... Alhamdulillah walau ummie agak sebuk perkara-perkara asas anak-anak masih diteruskan .. Muhammad sudah hafal 20 hadis,  hadis-hadis mudah yang diberikan oleh Ustaz dulu masih berbaki 20 hadis  lagi ... hadis ke 20" laa Yadkhulul jannata nammaamun" tidak akan masuk syurga penghasut ... cuma akibat terkejar-kejar masa huraian hadis untuk pemantapan jarang ummie berikan ... InsyaAllah catatan ummie disini menjadi tempat untuk ummie nilai semula kekurangan ummie...Kerana itu ummie tidak boleh hentikan perkongsian disini, ini bukan catatan suka-suka, ini catatan post mortem seorang ibu... berehat panjang dari mencoret disini adakala menjadikan ummie terlalu santai dengan perkembangan anak-anak, jadi biarlah catatan ini menjadi peringatan buat ummie sendiri...
waktu mereka melukis dan bermain adalah waktu paling bahagia ummie rasakan ... sebabnya tiada jeritan humaira ,, tiada suara-suara tinggi Muhammad


Bila abah jauh .. banyak perkara yang dirancang tak dapat ummie lakukan.. terutama bab sekolah humaira ... cadang ummie tahun ini nak hantar Humaira ke  tadika Addiniah sekali dengan sekolah Muhammad, namun tak mungkin ummie mampu berkejar dan termengah-mengah untuk mengambil Humaira jam 12.30 tghari .. waktu rehat ummie diKolej cuma sejam...kelas ummie banyak bermula jam 2.00 petang ... sedar tak sedar abah sudah masuk tahun ke 3... hampir 4 tahun ummie rasa kehidupan agak kalut termasuk tahun pertama abah sambung KPLI... hingga hari ini ummie sendiri tak pasti sedihkah ummie??? hati ummie selalu lari dari memikirkan hal pindah abah.... ummie tak pasti lagi nak timbang baik atau buruk berjauhan , Nak berharap sangat pun ummie jadi takut.. sebabnya kecewa lepas satu harapan itu agak perit .terutama apabila kenangkan ummie ke Alor Setar membuat rayuan... Mujur mak dekat, pada mak dan abahlah ummie sekali lagi terhutang budi(berkali-kali dalam hidup) .... bukan setakat ummie, hingga ke anak-anak ummie pun mak dan abah tolong tengokkan....Namun kecewa awal tahun ini, terbayar juga bila anak-anak semakin membesar, banyak juga yang menjadi lebih mudah...

Humaira... untuk Humaira tak banyak yang ummie buat, ummie cuma istiqamah dalam mengajar iqra dan bacalah anakku . alhamdulillah sudah masuk buku 3 esok... guna ja teknik nabi pada Humaira .. lajulah dia membaca ..Seperti Muhammad ummie tak mengharapkan sesuatu yang luar biasa, yang ummie harapkan sebelum masuk kesekolah Humaira juga sudah boleh membaca. Humaira paling tak suka ummie memegang telefon ... jadi ummie perlu pilih masa untuk whats app... " itu yang ummie sedang nak belajar"... kegairahan ummie nak whats app dengan group lexee , dan group lain-lain perlu ummie tengok semula....Yang pasti Humaira tak kisah jika ummie pegang telefon ketika dia melukis atau bermain....dan ummie pula tak ingin dia melihat ummie asyik dengan telefon.
Muhammad suka bernasyid, itu gambar dia sedang asyik membaca senikata lagu nasyid...


Baru-baru ini ummie ada bertanyakan Muhammad satu soalan. Soalan  ini tercetus gara-gara berbincang hal anak-anak dengan kawan-kawan lama... lalu ummie ajukan satu persoalan kepada Muhammad " ummie ni garang ker Muhammad" jawab Muhammad " ummie tak garang , baik sangat" ... ummie pula yang tak puas hati " kan ummie ada  marah Muhammad" ummie teruskan pertanyaan.. " ummie marah sebab sayang" Muhammad memberikan jawapan... Ummie tak pasti sejauh mana betulnya pendirian Muhammad.. namun ummie tak nafikan pada awal umur Muhammad ummie ada sebutkan perkataan begini... cuma lepas ummie belajar teknik nabi .. Ummie sudah kurang pasti bolehkah ayat begitu diteruskan ... namun apa yang pasti, semua yang ummie lakukan kerana ummie sayangkan Muhammad dan Humaira... ummie ingin mereka terus putih dalam fitrah... andai kotor tentulah dari ummie dan abah... tak mampu rasanya ya Allah .... ": Engkaulah sebaik-baik pemelihara, peliharalah anak-anakku, kekalkanlah fitrah suci yang Engkau anugerahkan kepadaku. Amin ...

banyak lagi perkara yang ingin ummie kongsi, namun adakala tak terluah oleh hati, tak termampu fikiran untuk terjemahkan rasa/pendirian hati dalam bentuk tulisan....yang dihati lebih sarat dari yang terpamer... Semoga esok lebih baik dari hari ini.. Amin