Khamis, 11 Februari 2016

" Saya doktor untuk anak saya" di rumahku syurgaku

Image result for bismillah

  Alhamdulillah, dah lena dibuai mimpi kedua-dua buah hati ummie.  Letih pulak rasa minggu ni, he...he... konon nak bagitau asyik masak saja hari-hari ( bangga sekejap ummie), sudahlah abah balik ke Kelantan, jadi tinggallah kami bertiga meniti hari-hari cuti bersama-sama.   Jarang sangat ummie nak masak atas sebab-sebab berikut :
- anak-anak makan  alahai ciput jer.
- mak selalu jugak ajak makan sekali, jadi tak sempat masak pun
- letih balik kul 5.30 petang
- sabtu ahad pun  masih full jer aktiviti kami anak beranak
Tapi entah kenapa rasa hati ni tak selera sudah nak makan yang kat luar atas sebab  ummie ni cerewet sangat . Kedai yang sah-sah kotor/ tak bersih memang tak nak jenguk dah, jika jenguk kat depan bersih, masuk tandas gerai kotorpun ummie reject jugak ,,, jadi pilihan tu jadi sedikit ( pi mai -pi mai tang tu jugak kedai nak beli lauk)... kesian perut ni. Tapi bila tak pandai masak, jarang masak ni memasak lagilah letih.   Tapi buah-buah hati ummie support sangatlah sangat, ummie memasak.   Siap makan macam makan kat hotel lagik nampak kesedapannya..Apapun yang berlaku, ummie masak ke, beli ke janji kami bahagia.  
Malam ni special sebab Naufal yang masak untuk supper ringkas.  Naufal masak roti telur.  Ummie tinggal terus biar Naufal yang buatkan roti telur ( jika ummie ada, banyak sangat komen ummie), jadi sebelum Naufal rimas, biar ummie yang tinggalkan dia dahulu.  Bila Muhammad panggil ummie keluar dah nampak roti telur tersusun macam bangunan. Walau rasa tawar, ummie makan jer macam sedap sangat,  Humaira yang banyak  komen .
Tiba-tiba rasa bahagia, rasa macam hormon endorfin dan serotonin sedang mengalami peningkatan dalam badan :)  .
Muhammad baru baik demam, ok jugak sesekali demam ni sebenarnya. Time demam ni lah mudah ummie nak nasihat Muhammad.  Macam biasa ummie tak bagi pun Muhammad makan ubat demam, cuma ummie amalkan kaedah mandi rendaman air tiga kali sehari, madu sudah menjadi amalan anak-anak   dan tambahan minyak Zaitun bila Muhammad demam kali ni. Muhammad pun siap cakap lagi " tak bagus makan ubat ummie, ummie buatlah ubat sendiri".... malam first Muhammad demam ummie guna garlic sock , sampai tengah malam Muhammad jaga " ummie gatal, Muhammad nak buanglah bawang putih ni" keluh  Muhammad.   Dalam kepala ummie dah terdetik, kulit tak tahan lah ni,, " buanglah kalau tak tahan" malas jer ummie nak jawab sebab rasa sayang jugak dah separuh malam.  Esok pagi ummie rendam Muhammad dalam kolam baby time subuh .  Selepas tu nampak segar sikit, malam kedua Muhammad bagitau kaki dia merah bekas bawang putih yang ummie tampal kat kaki.  Bila tengok rasa bersalah pun ada, sebab tak test dulu tahap ketahanan kulit  Muhammmad. Dok fikir Muhammad dah besar, kulit pun tebal la.    Jadi malam kedua ummie pun ubah sikit buat ACV sock .   Memang busuk, satu rumah berbau masam. Muhammad pun tak mau la sarungkan stokin masam kat kaki, tapi ummie guna kuasa veto ummie, Alhamdulillah pakai jugak akhirnya.   Alhamdulillah sangat-sangat merah kat kaki Muhammad kesan garlic sock pun hilang dan demam dia pun makin reda.    Hari ketiga kami ke pasar beli bekalan untuk ummie memasak, nampak la pulak lemon.  terbayang pulak nak letak lemon kat tapak kaki Muhammad malam ni. he...he... Bila guna lemon Muhammad pun tak komen banyak sebab wangi jer....
Sebenarnya saja suka suki nak buat remedy ni semua.  sebelum-sebelum ni ummie mandikan saja anak-anak jika demam dengan kaedah rendam dalam besen.   Alhamdulillah setakat ni serasi dengan anak-anak kaedah rendaman air tu , Ummie baca doa yang ummie hafal dah lama.  Lama sangat masa tu  pengetua ummie bernama Hussain Marican...   :) ( nak bagitau betapa lamanya).  ingat lagi masa tu ummie jaga exam  dalam kelas.   ketika jaga exam tu ummie bawa bekal majalah Solusi , dari situ ummie belajar kaedah rawatan demam dan doanya sekali ( siap catat dalam buku tulis, sebab solusi tu pinjaman semata-mata).   Alhamdulillah sejak tu memang antibiotik memang ummie tak sentuh untuk bagi kat anak-anak .  Ubat demam sahaja yang ummie guna jika naluri keibuan ummie tu rasa nak bagi.   Alhamdulillah baru-baru ini rakan-rakan telegram sebuk bincang pasal demam .  Ummie pun search balik google cari supaya ada la fakta/ dalil nak share supaya nampak ilmiah sikit... apalah sangat pengalaman sendiri jer pun....  susah jugak nak cari balik yang sebijik macam solusi tu .  Tapi jumpa jugak ada Doktor copy paste share dari telaga biru punya blog . Alhamdulillah, jom ummie share sikit balik :

Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:




Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”

Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)

Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882).

Nak baca panjang-panjang baca sendiri kat link ni : 

http://idhamlim.blogspot.my/2011/04/kaedah-merawat-demam-menurut-islam.html

keyakinan ummie bertapak kukuh sebab , Ummie pernah bawa Muhammad masa baby ke Hospital emergency pukul 2 pagi .  waktu tu abah masih kerja kilang shift malam .   Bila suhu Muhammad tinggi, Dr masukkan ubat dalam Bon...t dan tanggalkan baju Muhammad . Dr suruh ummie mandikan Muhammad jam dua pagi tu.   Dr control air supaya suhu air tidak terlalu sejuk, maklumlah pukul 2.00 pagi tu.  Dalam 10 minit jugak Dr minta ummie mandikan. Sejak tu Ummie pun buat cara DR.    Dan bertambah pandai ummie dari Doktor setelah baca solusi .   Kesimpulannya " Sains dan Islam tak pernah berlawanan".... Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatMu . Aamin . Malas nak pindahkan gambar baru dari henfon , jadi ummie share pic ni ....
Walau tak ada kena mengena, tapi inilah gambar paling baru dalam laptop ni. Gambar Humaira semasa hari pendaftran Darjah Satu .
Ni gambar separuh masak, tak lama dan tak baru sangat ( saja nak share sebab nampak abah comel dan seksi sikt macam ni) he..he...... sedang happy tengok abah pakai baju pengantin .

Ini kisah spontan ummie malam ni . Cerita ummie dan anak-anak.

Isnin, 25 Januari 2016

"SAKIT" "PENYAKIT" anak-anak.

Image result for bismillah
     Hari ini rasa spontan untuk menulis,  sudah terlalu lama blog ni sunyi dengan kisah-kisah kami sekeluarga. Adakalanya perasaan ini nak saja simpan semua momen, aktiviti dan perihal anak-anak.   adakalanya risau terlebih berkongsi keseronokan hingga lupa pada yang serba sedih... Moga Allah lindung penulisan ini dari sebarang rasa yang tidak baik dan semoga  ia membawa manfaat.  Alhamdulillah dalam banyak perkongsian ini, ramai juga yang mengambil manfaat dari yang baik-baik.
      Kesihatan abah benar-benar merisaukan ummie, adakalanya ummie rasa tak terkawal kerisauan ini.. penyakit abah memang dah lama sejak abah di Lubuk Merbau lagi, namun bila baru-baru ini darah abah masih tidak stabil ummie rasa tertekan sedikit. Ditambah dengan gaya makan abah yang seperti tidak mahukan perubahan.  Terus terang, ummie memang kawal makanan anak-anak hingga adakalanya orang sekeliling akan lihat ummie terlalu cerewet.   Humaira lahir dengan membawa penyakit eczima, Muhammad Naufal juga sejak kecil sering demam.  Alhamdulillah semakin besar mereka makin sihat perlahan-lahan. Makin jarang demam ( perangai saja yang hu..hu..... makin soleh nanti)....
    Apa yang ummie nak share hari ini ialah bab kesihatan dan pemakanan anak-anak.  Kenapa ummie nak share pasal ni semua .  Sebabnya bila anak tidak sihat, semua aktiviti yang kita rancang akan terjejas, anak akan ketinggalan bila terpaksa cuti sekolah.  Dan ummie agak risau apabila menghantar Humaira ke sekolah cina, kerana sehari bercuti teruk benar nak cover balik ( ummie berfikir hal ini sebelum daftarkan Humaira di Sin Hwa )  Ummie membuat lawatan sendiri ke sekolah cina dan berborak dengan waris yang sudah berpengalaman menghantar anak, dari situ ummie sedar ia lebih sukar dari apa yang ummie fikirkan.( nanti ummie buat entry lain untuk bab sekolah cina ni). Ummie dapati cerewet ummie ni agak berbaloi apabila melihat perkembangan kesihatan mereka bertambah baik . cuma Humaira dengan allergy matanya merupakan satu hal yang perlu memakan masa untuk sembuh.  Dengan sakit anak-anak ini juga ummie dapat banyak ilmu baru dan mula mengetahui tentang candida. he...he.. macam pelik bila tak pernah dengar tapi candida ni lah yang bertapak dalam tubuh kita dan yang paling berperanan dalam banyak hal kesihatan tubuh.   Menurut Dr Suriyakhatun " semua orang ada candida kerana candida sebahagian penghuni usus manusia"  dan apabila ia membiak melebihi had , lebih dari sepatutnya barulah ia akan menimbulkan masalah. Dan yang paling sedih ibu boleh memindahkan candida kepada bayi yang di lahirkan. Jadi tak hairanlah anak kita lahir dengan sakit kulit, allergy, ruam, atsma ...semuanya sebab candida yang dah terlebih-lebih membiak dalam tubuh . Oleh kerana Ummie bukan seorang Doktor, ummie cuma akan rumuskan beberapa fakta dari Doktor tentang candida, semoga ia bermanfaat untuk semua .

  • candida merupakan penghuni usus ( yang Allah cipta sekadarnya sahaja), Namun apabila bakteria baik dalam usus berkurang candida akan membiak tanpa had.
  • makanan candida adalah gula dan makanan proses,  gula akan membiakkan candida.
  • Apabila populasi candida bertambah tanpa kawalan, ia akan keluar dari usus dan mula mengganggu sistem tubuh anda sperti kulit, mata dan sebagainya.
  • memberikan anak antibiotik akan melemah dan mematikan bakteria baik dalam usus dan membiakkan candida dengan pesat.  Kerana bakteria baik didalam usus yang Allah tugaskan untuk mengawal candida... ( dalam hati rasa gerun sebab terlalu banyak dah bakteria baik dalam usus ummie terbunuh dengan antibiotik yang pernah ummie ambil.)
  •  candidan boleh membiak apabila ada pencemaran mercury dalam sistem.  Ini berpunca dari makanan laut atau dental filling atau vaksin yang ada thiomersol
  • populasi candida yang melebihi dari had, kekurangan bakteria baik boleh mempengaruhi tingkahlaku anak. .
  • wanita yang mengalami masalah keputihan  ketika mengandung menunjukkan ada jangkitan candida yang melebihi populasi yang sepatutnya ( so tak hairan bila anak lahir, mudah dapat ruam, eczima, allergy).
  • najis yang berlendir juga adalah tanda-tanda populasi candida melebihi bakteria baik.
Cuba bayangkan ibu bapa yang sering memberi antibiotik pada anak-anak???? berapa banyak bakteria baik yang telah dibunuh, dan berapa banyak pula candida yang membiak dalam usus anak . SERAM bunyinya, 
Tak semua Doktor ceritakan hal ini.  Ummie tak pernah tahu, hingga ummie yang membaca ( ramai lagi Dr yang jujur yang sanggup berkongsi kesan antibiotik)  Jadi rugilah orang yang sebuk makan ubat, sebuk beri antibiotik pada anak tanpa selidik beberapa perkara.   
Kebiasaan sifat antibiotik adalah mempunyai spektrum yang luas. Ini bermaksud ia membunuh semua jenis bakteria, tanpa mengenal bakteria baik atau bakteria jahat. sebenarnya badan kita mempunyai bakteria semulajadi yang baik. membunuh bakteria baik akan mengganggu seterusnya melumpuhkan lagi sistem pertahanan badan kita ( Dr Suriyakhatun).  Namun jika keadaan mendesak , bekalkan semula probiotic kepada anak setelah memberi antibiotik.  
     Alhamdulillah , jom kita mula memberi makanan yang sihat-sihat, amalkan makanan sihat.  Sebenarnya sudah 10 bulan ummie bekalkan anak-anak dengan madu secara konsisten( dulu bukan tak beri, beri jer madu, tapi kata orang ikut sempat) dan sekarang ummie dalam proses nak bina semua bakteria baik dalam usus anak-anak . Lebih baik dan bagus guna manna dan tayyb untuk probiotic semulajadi, namun sebab rasa macam tak sempat nak google, tak reti nak sediakan ( belum bersedia sebenarnya).. ummie ada beli probiotic di Farmasi.  ummie beli dalam bentuk capsule namun ummie buang capsule dan ambil serbuk probiotic dan beri pada Humaira dan Muhammad.   
     InsyaAllah dalam perancangan ummie lepas habis probiotic ni, ummie akan beli yang semulajadi .  Menjaga kesihatan adalah tanda kita bersyukur. Moga Allah beri yang terbaik untuk kita semua. Dan Moga Allah beri kekuatan untuk Umiie bertahan dalam penulisan ini.