Khamis, 11 Februari 2016

" Saya doktor untuk anak saya" di rumahku syurgaku

Image result for bismillah

  Alhamdulillah, dah lena dibuai mimpi kedua-dua buah hati ummie.  Letih pulak rasa minggu ni, he...he... konon nak bagitau asyik masak saja hari-hari ( bangga sekejap ummie), sudahlah abah balik ke Kelantan, jadi tinggallah kami bertiga meniti hari-hari cuti bersama-sama.   Jarang sangat ummie nak masak atas sebab-sebab berikut :
- anak-anak makan  alahai ciput jer.
- mak selalu jugak ajak makan sekali, jadi tak sempat masak pun
- letih balik kul 5.30 petang
- sabtu ahad pun  masih full jer aktiviti kami anak beranak
Tapi entah kenapa rasa hati ni tak selera sudah nak makan yang kat luar atas sebab  ummie ni cerewet sangat . Kedai yang sah-sah kotor/ tak bersih memang tak nak jenguk dah, jika jenguk kat depan bersih, masuk tandas gerai kotorpun ummie reject jugak ,,, jadi pilihan tu jadi sedikit ( pi mai -pi mai tang tu jugak kedai nak beli lauk)... kesian perut ni. Tapi bila tak pandai masak, jarang masak ni memasak lagilah letih.   Tapi buah-buah hati ummie support sangatlah sangat, ummie memasak.   Siap makan macam makan kat hotel lagik nampak kesedapannya..Apapun yang berlaku, ummie masak ke, beli ke janji kami bahagia.  
Malam ni special sebab Naufal yang masak untuk supper ringkas.  Naufal masak roti telur.  Ummie tinggal terus biar Naufal yang buatkan roti telur ( jika ummie ada, banyak sangat komen ummie), jadi sebelum Naufal rimas, biar ummie yang tinggalkan dia dahulu.  Bila Muhammad panggil ummie keluar dah nampak roti telur tersusun macam bangunan. Walau rasa tawar, ummie makan jer macam sedap sangat,  Humaira yang banyak  komen .
Tiba-tiba rasa bahagia, rasa macam hormon endorfin dan serotonin sedang mengalami peningkatan dalam badan :)  .
Muhammad baru baik demam, ok jugak sesekali demam ni sebenarnya. Time demam ni lah mudah ummie nak nasihat Muhammad.  Macam biasa ummie tak bagi pun Muhammad makan ubat demam, cuma ummie amalkan kaedah mandi rendaman air tiga kali sehari, madu sudah menjadi amalan anak-anak   dan tambahan minyak Zaitun bila Muhammad demam kali ni. Muhammad pun siap cakap lagi " tak bagus makan ubat ummie, ummie buatlah ubat sendiri".... malam first Muhammad demam ummie guna garlic sock , sampai tengah malam Muhammad jaga " ummie gatal, Muhammad nak buanglah bawang putih ni" keluh  Muhammad.   Dalam kepala ummie dah terdetik, kulit tak tahan lah ni,, " buanglah kalau tak tahan" malas jer ummie nak jawab sebab rasa sayang jugak dah separuh malam.  Esok pagi ummie rendam Muhammad dalam kolam baby time subuh .  Selepas tu nampak segar sikit, malam kedua Muhammad bagitau kaki dia merah bekas bawang putih yang ummie tampal kat kaki.  Bila tengok rasa bersalah pun ada, sebab tak test dulu tahap ketahanan kulit  Muhammmad. Dok fikir Muhammad dah besar, kulit pun tebal la.    Jadi malam kedua ummie pun ubah sikit buat ACV sock .   Memang busuk, satu rumah berbau masam. Muhammad pun tak mau la sarungkan stokin masam kat kaki, tapi ummie guna kuasa veto ummie, Alhamdulillah pakai jugak akhirnya.   Alhamdulillah sangat-sangat merah kat kaki Muhammad kesan garlic sock pun hilang dan demam dia pun makin reda.    Hari ketiga kami ke pasar beli bekalan untuk ummie memasak, nampak la pulak lemon.  terbayang pulak nak letak lemon kat tapak kaki Muhammad malam ni. he...he... Bila guna lemon Muhammad pun tak komen banyak sebab wangi jer....
Sebenarnya saja suka suki nak buat remedy ni semua.  sebelum-sebelum ni ummie mandikan saja anak-anak jika demam dengan kaedah rendam dalam besen.   Alhamdulillah setakat ni serasi dengan anak-anak kaedah rendaman air tu , Ummie baca doa yang ummie hafal dah lama.  Lama sangat masa tu  pengetua ummie bernama Hussain Marican...   :) ( nak bagitau betapa lamanya).  ingat lagi masa tu ummie jaga exam  dalam kelas.   ketika jaga exam tu ummie bawa bekal majalah Solusi , dari situ ummie belajar kaedah rawatan demam dan doanya sekali ( siap catat dalam buku tulis, sebab solusi tu pinjaman semata-mata).   Alhamdulillah sejak tu memang antibiotik memang ummie tak sentuh untuk bagi kat anak-anak .  Ubat demam sahaja yang ummie guna jika naluri keibuan ummie tu rasa nak bagi.   Alhamdulillah baru-baru ini rakan-rakan telegram sebuk bincang pasal demam .  Ummie pun search balik google cari supaya ada la fakta/ dalil nak share supaya nampak ilmiah sikit... apalah sangat pengalaman sendiri jer pun....  susah jugak nak cari balik yang sebijik macam solusi tu .  Tapi jumpa jugak ada Doktor copy paste share dari telaga biru punya blog . Alhamdulillah, jom ummie share sikit balik :

Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:




Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”

Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)

Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882).

Nak baca panjang-panjang baca sendiri kat link ni : 

http://idhamlim.blogspot.my/2011/04/kaedah-merawat-demam-menurut-islam.html

keyakinan ummie bertapak kukuh sebab , Ummie pernah bawa Muhammad masa baby ke Hospital emergency pukul 2 pagi .  waktu tu abah masih kerja kilang shift malam .   Bila suhu Muhammad tinggi, Dr masukkan ubat dalam Bon...t dan tanggalkan baju Muhammad . Dr suruh ummie mandikan Muhammad jam dua pagi tu.   Dr control air supaya suhu air tidak terlalu sejuk, maklumlah pukul 2.00 pagi tu.  Dalam 10 minit jugak Dr minta ummie mandikan. Sejak tu Ummie pun buat cara DR.    Dan bertambah pandai ummie dari Doktor setelah baca solusi .   Kesimpulannya " Sains dan Islam tak pernah berlawanan".... Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatMu . Aamin . Malas nak pindahkan gambar baru dari henfon , jadi ummie share pic ni ....
Walau tak ada kena mengena, tapi inilah gambar paling baru dalam laptop ni. Gambar Humaira semasa hari pendaftran Darjah Satu .
Ni gambar separuh masak, tak lama dan tak baru sangat ( saja nak share sebab nampak abah comel dan seksi sikt macam ni) he..he...... sedang happy tengok abah pakai baju pengantin .

Ini kisah spontan ummie malam ni . Cerita ummie dan anak-anak.

Isnin, 25 Januari 2016

"SAKIT" "PENYAKIT" anak-anak.

Image result for bismillah
     Hari ini rasa spontan untuk menulis,  sudah terlalu lama blog ni sunyi dengan kisah-kisah kami sekeluarga. Adakalanya perasaan ini nak saja simpan semua momen, aktiviti dan perihal anak-anak.   adakalanya risau terlebih berkongsi keseronokan hingga lupa pada yang serba sedih... Moga Allah lindung penulisan ini dari sebarang rasa yang tidak baik dan semoga  ia membawa manfaat.  Alhamdulillah dalam banyak perkongsian ini, ramai juga yang mengambil manfaat dari yang baik-baik.
      Kesihatan abah benar-benar merisaukan ummie, adakalanya ummie rasa tak terkawal kerisauan ini.. penyakit abah memang dah lama sejak abah di Lubuk Merbau lagi, namun bila baru-baru ini darah abah masih tidak stabil ummie rasa tertekan sedikit. Ditambah dengan gaya makan abah yang seperti tidak mahukan perubahan.  Terus terang, ummie memang kawal makanan anak-anak hingga adakalanya orang sekeliling akan lihat ummie terlalu cerewet.   Humaira lahir dengan membawa penyakit eczima, Muhammad Naufal juga sejak kecil sering demam.  Alhamdulillah semakin besar mereka makin sihat perlahan-lahan. Makin jarang demam ( perangai saja yang hu..hu..... makin soleh nanti)....
    Apa yang ummie nak share hari ini ialah bab kesihatan dan pemakanan anak-anak.  Kenapa ummie nak share pasal ni semua .  Sebabnya bila anak tidak sihat, semua aktiviti yang kita rancang akan terjejas, anak akan ketinggalan bila terpaksa cuti sekolah.  Dan ummie agak risau apabila menghantar Humaira ke sekolah cina, kerana sehari bercuti teruk benar nak cover balik ( ummie berfikir hal ini sebelum daftarkan Humaira di Sin Hwa )  Ummie membuat lawatan sendiri ke sekolah cina dan berborak dengan waris yang sudah berpengalaman menghantar anak, dari situ ummie sedar ia lebih sukar dari apa yang ummie fikirkan.( nanti ummie buat entry lain untuk bab sekolah cina ni). Ummie dapati cerewet ummie ni agak berbaloi apabila melihat perkembangan kesihatan mereka bertambah baik . cuma Humaira dengan allergy matanya merupakan satu hal yang perlu memakan masa untuk sembuh.  Dengan sakit anak-anak ini juga ummie dapat banyak ilmu baru dan mula mengetahui tentang candida. he...he.. macam pelik bila tak pernah dengar tapi candida ni lah yang bertapak dalam tubuh kita dan yang paling berperanan dalam banyak hal kesihatan tubuh.   Menurut Dr Suriyakhatun " semua orang ada candida kerana candida sebahagian penghuni usus manusia"  dan apabila ia membiak melebihi had , lebih dari sepatutnya barulah ia akan menimbulkan masalah. Dan yang paling sedih ibu boleh memindahkan candida kepada bayi yang di lahirkan. Jadi tak hairanlah anak kita lahir dengan sakit kulit, allergy, ruam, atsma ...semuanya sebab candida yang dah terlebih-lebih membiak dalam tubuh . Oleh kerana Ummie bukan seorang Doktor, ummie cuma akan rumuskan beberapa fakta dari Doktor tentang candida, semoga ia bermanfaat untuk semua .

  • candida merupakan penghuni usus ( yang Allah cipta sekadarnya sahaja), Namun apabila bakteria baik dalam usus berkurang candida akan membiak tanpa had.
  • makanan candida adalah gula dan makanan proses,  gula akan membiakkan candida.
  • Apabila populasi candida bertambah tanpa kawalan, ia akan keluar dari usus dan mula mengganggu sistem tubuh anda sperti kulit, mata dan sebagainya.
  • memberikan anak antibiotik akan melemah dan mematikan bakteria baik dalam usus dan membiakkan candida dengan pesat.  Kerana bakteria baik didalam usus yang Allah tugaskan untuk mengawal candida... ( dalam hati rasa gerun sebab terlalu banyak dah bakteria baik dalam usus ummie terbunuh dengan antibiotik yang pernah ummie ambil.)
  •  candidan boleh membiak apabila ada pencemaran mercury dalam sistem.  Ini berpunca dari makanan laut atau dental filling atau vaksin yang ada thiomersol
  • populasi candida yang melebihi dari had, kekurangan bakteria baik boleh mempengaruhi tingkahlaku anak. .
  • wanita yang mengalami masalah keputihan  ketika mengandung menunjukkan ada jangkitan candida yang melebihi populasi yang sepatutnya ( so tak hairan bila anak lahir, mudah dapat ruam, eczima, allergy).
  • najis yang berlendir juga adalah tanda-tanda populasi candida melebihi bakteria baik.
Cuba bayangkan ibu bapa yang sering memberi antibiotik pada anak-anak???? berapa banyak bakteria baik yang telah dibunuh, dan berapa banyak pula candida yang membiak dalam usus anak . SERAM bunyinya, 
Tak semua Doktor ceritakan hal ini.  Ummie tak pernah tahu, hingga ummie yang membaca ( ramai lagi Dr yang jujur yang sanggup berkongsi kesan antibiotik)  Jadi rugilah orang yang sebuk makan ubat, sebuk beri antibiotik pada anak tanpa selidik beberapa perkara.   
Kebiasaan sifat antibiotik adalah mempunyai spektrum yang luas. Ini bermaksud ia membunuh semua jenis bakteria, tanpa mengenal bakteria baik atau bakteria jahat. sebenarnya badan kita mempunyai bakteria semulajadi yang baik. membunuh bakteria baik akan mengganggu seterusnya melumpuhkan lagi sistem pertahanan badan kita ( Dr Suriyakhatun).  Namun jika keadaan mendesak , bekalkan semula probiotic kepada anak setelah memberi antibiotik.  
     Alhamdulillah , jom kita mula memberi makanan yang sihat-sihat, amalkan makanan sihat.  Sebenarnya sudah 10 bulan ummie bekalkan anak-anak dengan madu secara konsisten( dulu bukan tak beri, beri jer madu, tapi kata orang ikut sempat) dan sekarang ummie dalam proses nak bina semua bakteria baik dalam usus anak-anak . Lebih baik dan bagus guna manna dan tayyb untuk probiotic semulajadi, namun sebab rasa macam tak sempat nak google, tak reti nak sediakan ( belum bersedia sebenarnya).. ummie ada beli probiotic di Farmasi.  ummie beli dalam bentuk capsule namun ummie buang capsule dan ambil serbuk probiotic dan beri pada Humaira dan Muhammad.   
     InsyaAllah dalam perancangan ummie lepas habis probiotic ni, ummie akan beli yang semulajadi .  Menjaga kesihatan adalah tanda kita bersyukur. Moga Allah beri yang terbaik untuk kita semua. Dan Moga Allah beri kekuatan untuk Umiie bertahan dalam penulisan ini.  


Ahad, 29 November 2015

Momen-momen Indah ku tinggalkan untuk mereka kelak

2015  hampir berlalu, pasti banyak memori tersimpan kelak.... langkah demi langkah yang cuba diatur belum tentu mengikut acuan dan perancangan diri,  Alhamdulillah banyak perkara dan pilihan Allah berkati, dan secebis cuma mungkin meninggalkan kesalan.
          Suatu pagi semasa ummie sebuk mengemas rumah, Muhammad dah Humaira ke sekolah tadika Humaira.  Sengaja ummie hantar Muhammad sekali, kata Muhammad dia rindu sekolah tadika yang sudah hampir genap 3 tahun ditinggalkannya. kata Mak tok  Muhammad terkenang momen-momen indah ketika di tadika dahulu.  Baru ummie sedar, satu fasa kehidupan Muhammad telah berlalu. Ummie harap suatu hari nanti dia dan Humaira akan terkenangkan momen-momen indah bersama ummie dan Abah juga.
Sekembali anak-anak dari tadika mereka teruja dengan sedikit perubahan susunan perabot.. Humaira terus berlari mendapatkan sebuah kerusi.  " ummie ingat tak, ummie dulu tepuk Humaira semasa Humaira batuk atas kerusi ini". jerit humaira dari bilik.  ummie tersenyum, dalam minda ummie tergambar saat-saat yang Humaira maksudkan.   Betul , ketika Humaira batuk ummie tak pernah guna ubat batuk atau antibiotik , ummie cuma amalkan teknik tepuk percussion yang ummie pelajari dari pembacaan dan ummie tambah dengan amalan madu , .  " ingat" jawab ummie kepada persoalan Humaira tadi sambil tersenyum mengenangkan saat-saat indah ketika itu.  " ummie mai la tepuk Humaira macam dulu tu" pinta Humaira. Ummie bergegas bangun dan cuba meletakkan Humaira dalam posisi yang  pernah ummie lakukan, ternyata tubuh Humaira terlalu besar untuk posisi tersebut.  " Humaira ni dah besar, dulu Humaira baby mudah saja ummie nak tepuk" ummie berbicara.  " sayang ummie dekat Humaira, masa baby ummie selalu tepuk sebab sayang, nak bagi Humaira sehat, tak boleh tengok anak-anak sakit " ummie sambung bicara ummie .   Tiba-Tiba Humaira menangis sambil mulutnya mengungkap ucapan sayang pada ummie.  Ummie peluk erat-erat anak ummie.   Benarlah ungkapan judul lagu yang agak popular ' KENANGAN MENGUSIK JIWA'....... banyak yang ummi harapkan agar semua saat suka dan duka ummie bersama anak-anak akan mereka kenang kelak.  Betapa ruginya jika hari-hari bersama anak-anak dibiarkan berlalu atau hanya diisi sambil lewa dan tengkingan.   Tiba-tiba hati ummie bertekad untuk jadikan hari-hari mendatang lebih bermakna untuk ummie, abah dan anak-anak.  kerana itulah ummie perlu lepaskan sedikit keseronokan ummie sementara mereka masih kecil.
Perkembangan anak-anak 2015
Alhamdulillah
1) Muhammad dapat tempat pertama di dalam kelas : ummie tak pernah mengharap Muhammad rebut tempat pertama kerana bagi Ummie result Muhammad sudah cukup baik kerana bilangan A tersebut sudah lebih dari ummie ketika ummie sebayanya. ( bagi ummie mengharap dia mendapat tempat pertama hanya akan memberi tekanan pada ummie dan anak-anak) .. yang penting Muhammad tahu belajar dan berusaha

  • ummie hanya menghantar Muhammad ke kelas Sempoa ( abakus) bukan kelas tuesyen yang berorentasikan peperiksaan. ummi sendiri pernah menghadiri kelas sempoa bagi mengajar anak-anak, namun apabila ummie sedari kekangan masa ummie maka Ummie buat pilihan untuk menghantar Muhammad ke kelas sempoa. ( innSya Allah ummie akan buat entry untuk ini)
  • ummie membuat jadual waktu ketika menghadapi peperiksaan, Alhamdulillah Muhammad tak ada masalah dengan jadual waktu. cuma asyik memandang jam untuk tunggu habisnya waktu study
  • ummie teruskan hafalan surah Al Mulk setiap pagi, namun ummie sedari Muhammad ni suka gopoh dalam pembacaan ( mungkin ada silap sejak awal didikan ummie)...Semoga Muhammad berubah. Aamin
  • Ummie tak ada kaedah mudah nak bantu Muhammad hafal sifir, melainkan guna kaedah hafazan secara tradisional macam ummie dulu-dulu.
  • peperiksaan awal tahun Muhammad dapat banyak A , namun gagal bahasa Melayu penulisan ( tension Ummie, tapi tak pula ada hukuman ... sekadar geram sendiri sahaja).. jadi malam exam ummie cuma suruh dia membaca buku cerita. 

MasyaAllah, anak sulung ni memang suka buat perkara pelik yang bagus .... kelakar pun ada, ini hadiah  dari ummie sebab dapat tempat pertama.

2) Humaira sudah lancar membaca, namun ummie dapati dia lambat untuk memahami sesuatu cerita.. tidak seperti Muhammad. Ummie dapat kenalpasti sebabnya kerana ummie tidak banyak menghabiskan masa bersembang, melayan pertanyaan Humaira... bukan mudah untuk menghadapai situsai pertanyaan anak-anak dikala badan dan otak sudah penat ketika sampai kerumah.

  • Ummie juga tidak sempat membantu Humaira menghafaz sepanjang tahun, baru ummie mulakan semula untuk Humaira bulan 10.
  • ummie juga jarang buat aktiviti kraft / bermain bersama Humaira
  • ummie dalam fasa mencebur diri dalam perniagaan, ikut seminar perniagaan ( fokus sudah banyak hilang)
  • ummie hantar Humaira ke kelas abakus atas permintaan Humaira yang teruja tengok Muhammad ke pusat tuesyen .
  • ummie hantar Humaira ke kelas Bahasa Cina
- jadi cuti sekolah kali ini ummie cuba mencipta semula saat indah bersama Humaira. Semoga kesempatan ini terisi dengan saat-saat indah yang hilang.
Ummie ambil dari Facebook HSGS, dapat bermain dengan Humaira.


masaya Allah Humaira suka sangat 

Tekun Humaira dengan aktiviti ini

Semoga Allah jadikan anak ini anak yang Solehah . Aamin

Pernah ummie berborak dengan seorang sahabat katanya " ada anak yang tak perlu pun perhatian mak dan abah tetap berjaya " ketika itu ummie juga fikirkan perkara yang sama. Ramai yang ibu bapa sebuk dan tak dihiraukan anak-anak namun anak tetap dapat 5 A ( fenomena UPSR yang baru berlalu).... Namun ketika ini Ummie terfikir betapa ramai juga ibu bapa yang sebuk dan tidak hiraukan anak-anak , hingga anak-anak bukan setakat gagal akaedemik, malah lebih parah dengan aklak yang bermasalah.  Kini kita tidak tahu apa akan berlaku pada anak-anak kelak, namun Allah amanahkan mereka untuk dididik dengan kasih sayang.  Semoga Allah beri kejayaan kepada semua ibu dan anak-anak . Aamin

Kepada Muhammad dan Humaira " kenanglah saat-saat Indah ketika Ummie mungkin sudah berambut putih kelak, kenanglah saat ummie cuba membuat kalian tertawa dan tersenyum, kenanglah setiap ketegasan Ummie hanya untuk kebaikan dan kejayaan Kalian . Doa ummie untuk anak-anak selagi nafas ini tidak terhenti.

Ahad, 6 September 2015

BENIH TERINDAH BUAT UMMIE


Alhamdulillah banyak perkara telah dilalui.  Anak-anak dah semakin dewasa Muhammad Naufal sudah 9 Tahun dan Nuur Aisyah Sumaiyah sudah 5 tahun 8 bulan.  Bila jari ni bergerak menaip nama-nama indah ini terbayang wajah-wajah mereka ( geramnya rasa).... masing-masing dengan karenah sendiri. 
Ummie dan abah dah tinggal sekali ( Alhamdulillah)... sekelip mata semuanya berlalu " bagai mimpi dalam mimpi"...
ummie masih sama , banyak juga dugaan ujian silih berganti... last ummie menulis ummie sedang kalut dengan beberapa aktiviti ( networking CMD) sambil-sambil jual tudung di sekolah....Nak buat , tak buat sama banyak. Cuma bila terlalu busy promote CMD yang bagus ni fokus pada anak-anak terganggu juga. Apabila diamati ada perbezaan bila kita sentiasa disamping mereka berbanding selalu tinggalkan mereka).. pendek cerita, bila sentiasa bersama mereka. Mereka lebih mudah diurus dan rasa mudah nak tangani masalah anak-anak ni, tidak tertekan bila mereka buat perangai dan yang penting ummie lebih sabar nak memujuk anak-anak. Memang jenis ummie spesis buat kerja satu ja boleh dalam satu masa.( hmmm kelebihan nih, bukan kekurangan )...
       Bila ummie cuba untuk aktif ikuti perniagaan CMD, ummie akan rasa kejauhan dengan anak-anak sekaligus buat ummie  tertanya pada diri sendiri " patutke ummie teruskan".  Akhirnya lepas abah pulang mengajar disamping ummie dan anak-anak.  Ummie putuskan untuk fokus pada Humaira dan Muhammad Naufal. Lepas ummie stop semua aktiviti luar, langkah pertama ummie nak perbetul balik niat didik buah-buah hati ummie ni" yer untuk menunaikan amanah Allah jadikan mereka khalifah dimuka bumi  yang indah ni.  sesekali ummie buat juga bisness santai, tapi tiadak selalu.. Jual tudung di sekolah .... (  mungkin ini saja yang tak makan masa dan tidak menganggu masa ummie dan anak-anak )...Dulu ummie fikir ummie nak buat apa yang ummie suka itu penting dan boleh puaskan hati ummie... tapi bila ummie melalui pengalaman tu, ia sangat menuntut pengorbanan yang besar .  Alhamdulillah dalam banyak-banyak keinginan ummie dan minat yang ada dalam jiwa ni " menjadi ibu dan membesarkan anak-anak itu rupanya lebih membahagiakan" walau mungkin ummie terpaksa buang perasaan dan minat yang lain.  Yang boleh ummie kata dengan yakin " mereka suka ummie disamping mereka" berbanding ummie sebuk dengan minat ummie.  
      Alhamdulillah banyak perkara yang berlalu, juga banyak mengubah anak-anak.   Seperti baru semalam ummie rasa kesukaran menjadi ibu untuk memastikan mereka menjadi seperti yang ummie harapkan.   Namun hari ini ummie mula rasa kesukaran itu hilang sedikit demi sedikit . Namun  hakikatnya mereka masih tetap kanak-kanak ( main, lompat adalah kahidupan mereka).. Jadi untuk mengimpikan sesuatu yang begitu sempurna memang tidak mungkin .  Akan ada juga hura-hara saat menguruskan mereka.
      Untuk kali ini ummie ingin kongsikan aktiviti Muhammad yang dia sangat minat dan ummie juga galakkan " Permainan Pasang Cantum"( mudah sebut LEGO)

Permainan  yang tepat + kasih sayang dari anda = Anak Cerdik

Bila ummie sedar Muhammad suka pasang lego, ummie sentiasa beri galakkan.  jika ummie ke Kuala Lumpur atas urusan rawatan ummie pasti belikan lego untuk Muhammad Naufal jika ada peruntukan masa yang lebih.  Bila ummie sebut lego ( bukan bermakna ummie beli CAP LEGO).. janji dia pasang dan cantum macam lego.. so ummie panggil jer mainan tu lego.  Satu perangai ummie dan abah , tak beli mainan tu tanpa sebab ( kononnya nak ajar anak tak mewah)....Jadi ummie akan beli pada masa-masa berikut :
  • Hari Lahir Muhammad Naufal  ( " Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih sayang"~ Riwayat Malik)
  • Balik dari perjalan yang jauh dan berhari hari .  Selalunya ummie kerap ke Kuala Lumpur atas urusan rawatan . Jika ada kelapangan dan tidak letih waktu balik dari hospital ummie akan ke Tesco membeli lego yang harganya dalam RM5.00 .  bersama-sama sebuah buku komik pendidikan ( Muhammad sangat suka membaca. )  Sesuatu yang ummie nak tekankan membeli buah tangan ketika  dari musafir adalah amalan Rasulullah SAW.
  • Hari Cemerlang akhlak dan akademik . Bila Muhammad dapat A dalam mana-mana subjek dalam peperiksaan pun ummie akan beri ganjaran berbentuk hadiah lego ni. ( yang murah-murah juga kerana Muhammad macam abah dia , langsung tidak kisah tentang jenama dan mahal atau murah )..
  • Hari ketika  Ummie buat salah dan rasa bersalah pada anak-anak.   walaupun ummie tak minta maaf dan tak luahkan, namun hati ummie sendiri yang rasa nk beli . Jadi ummie belikan  untuk Muhammad lego. bila Muhammad Tanya kenapa ( memang dia suka tanya, ummie akan jawab " sebab ummie sayang" atau " sebab Muhammad baik sangat"....


Ni antara koleksi lego ( tak ORY) yang Muhammad kumpul . Semua dia buat sendiri tanpa bantuan ummie dan abah.  Muhammad jika dapat saja permainan lego yang baru " sanggup dia fokus 2 jam untuk siapkan lego tersebut"... sejak ummie sedar permainan ini baik untuk Muhammad ummie tak halang Muhammad dengan aktiviti ini, 





Hingga hari ini ummie belum jumpa minat Humaira melainkan dia suka minta " ummie bacakan dia buku"  atau dia suka ummie main guling-guling ( gelikan dia)/ peluk cium dia.... Bagi Sumaiyah itu sudah cukup untuk buat dia rasa ummie pedulikan dia. ( mungkin sebab tu Humaira dan Muhammad lebih senang diurus jika dirumah berbanding jika kami keluar di luar.   Humaira masih dalam fasa keliru nak memilih mainan sebab dia dibayangi dengan hobi Muhammad ( namun dia belum mahir memasang lego).. Bila Humaira minta lego untuk pasang " Humaira tak sama macam along, jika Humaira tak suka, Humaira tak perlu berebut dengan Along" pujuk ummie setelah meyedari Humaira cuma sekadar nak bertanding dengan Muhammad untuk tonjolkan diri pada Ummie.  Inn Sya Allah nanti Humaira akan jumpa minat dan hobi dia sendiri ( kerana bagi ummie mereka berdua sungguh hebat dihati ummie)... walau mereka selalu bertengkar namun adakala ummie kagum dengan tingkahlaku dan pencapaian mereka.   Siapa lagi yang mereka ada untuk memberi semangat jika bukan ummie dan abah.  



yang bawah ni, semua yang murah.. ada group dia masing-masing, Muhammad walau di rumah tiada  TV , pandai saja dia nama-nama ni semua.  Katanya spesis lego ni semua ada nama. kat sekolah pun sebuk belajar nama-nama lego ni


Aktiviti kedua ini melibatkan Humaira, dalam banyak hal Humaira selalu nak tiru alongnya, namun ummie pasti suatu hari nanti dia boleh memilih aktiviti yang dia sendiri minat berbanding tiru sekadar untuk bersaing. Jom tengok apa Humaira buat ....
Ha.... Humaira mula menulis diari sebab ummie ada beli untuk kedua-dua anak ummie, biar mereka belajar luahkan apa yang ada dihati mereka. Di samping tu mereka boleh belajar berfikir dan mahir menulis.


Yang atas ini pula Diari Muhammad, kali pertama Muhammad menulis dia bagitau hanya Ummie dan abah yang boleh baca diari Muhammad, katanya rahsia.. Idea Menulis diari ini tercetus ketika Muhammad membaca sebuah buku kanak-kanak  yang ummie belikan.
Tak banyak perkara yang ummie dapat lakukan kerana jadual perkolahan anak-anak sangat padat . Muhammad sampai rumah balik dari sekolah kira-kira jam 5.30 petang . Bergegas siap untuk mengaji Al-Quran. Sumaiyah pun dah mula sebuk ( nanti ummie share sebab musabab Sumaiyah sebuk).   

       Anak-anak susah nak konsisten amal perbuatan baik sebab ummie dan abah pun tak konsisten.. ( nak salahkan siapa lagi)... Yang ummie tahu Muhammad memang suka bermain, ummie kadag-kadang risau dengan situasi Muhammad disekolah.  Dan sebab nak latih Muhammad fokus juga ummie hantar Muhammad kelas memanah. Yang peliknya bila dengan lego boleh pula 2, 3 jam fokus.... Dah tiba masanya ummie fahamkan Muhammad. " kita perlu buat sesuatu walaupun kita tidak suka sebab itu adalah tanggungjawab"...... ````~ semoga suatu hari Muhammad faham

       Humaira kini dah suka membaca sama seperti Muhammad ....Alhamdulillah,, adakala bila ummie lihat sikap mereka yang tidak menyenangkan " ummie terfikir jika boleh berpatah balik entah dimana ummie nak perbetul pun ummie tidak pasti" kerana proses mendidik anak bukan mudah seperti membuat sebiji kek.
Namun ia sesukar menjaga pokok yang cerewet.. Dari biji benih menjadi anak pokok ( mungkin mudah, namun semakin hari semakin sukar.  Ada saja makhluk perosak yang cuba mendekati  anak pokok.  Lalai sedikit pokok tadi akan membesar dengan tidak sihat, silap-silap mati).........   ummie harap benih yang Allah kurniakan ini membesar dengan sehat rohani jasmani. Aamin.



















Selasa, 2 Disember 2014

" Bukan Wajib pun Ummie"


" Bukan wajib pun ummie , baik tak payah sunat"... itulah pinta Muhammad.
29 November 2014 Selamat Muhammad Naufal di Khatankan  di Klinik Dr Jammy Suzana.  Bukan soal klinik,, tapi soal risau seorang ibu .  Biarlah ummie ada sedikit ilmu tentang  berkhatan agar ummie tak harung semua ni dalam keadaan susah dan payah... Terkenang ummie saat tengok kakak ummie menjaga anak sulungnya.  memori tu segar lagi dalam ingatan ummie.  Jika kenangkan semua tu semula buat ummie rasa sukarnya nak lalui semua ni.... Rupanya risau awal tu adakala lebih baik dari langsung tak pedulikan apa-apa. 
    Ketika Muhammad 6 tahun ummie dah survey sikit-sikit tentang "Berkhatan" terutama bila membawa anak-anak ke klinik. Dari situ ummie mula sedar yang menjadi kesukaran sekarang ialah memilih kaedah berkhatan, sebabnya sudah mula ada kaedah-kaedah berkhatan dengan cara yang lebih moden dan masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri .  Ummie cuma nak maklum sedikit tentang kaedah-kaedah berkhatan, bukan huraian secara terperinci memandangkan ramai blog-blog yang dikendalikan oleh Doktor sendiri, telah menghuraikan baik dan buruk setiap kaedah yang ada.

Teknik Berkhatan :
  • Kaedah Konvensional : Ini kaedah yang menggerunkan  / Banyak pendarahan berlaku .  Seingat ummie dulu abang ummie dan sepupu lelaki ummie memang guna kaedah ni.... ada tali gantung pada kain . kalau guna kaedah ni memang elok buat ramai-ramai macam zaman orang dulu-dulu , supaya tak rasa sakit sebab ada kawan-kawan sebagai teman.
  • Kaedah Konvensional plus moden :  Ramai Doktor suka guna kaedah ini ( dari survey ) sebabnya masih mengekalkan tradisi lama, cuma dimodenkan time nak memotong .  Dr akan menggunakan alat ( macam dawai potong polistrin) yang disebut cautery .  Kaedah ini tidak berlaku pendarahan dan memudahkan proses penjagaan anak-anak . Alhamdulillah Naufal berkhatan mengggunakan kaedah ini.
  • Kaedah Laser :  kaedah ini agak mahal dan ummie pernah terbaca ada negara yang tidak meluluskan kaedah ini walau ia sangat mudah dan lebih cepat sembuh.  Ia juga agak popular sekarang.
  • Kaedah Smart Klamp/sepitan:  kaedah ini juga  agak terkenal sekarang kerana ia memudahkan kanak-kanak bergerak dan berlari jadi tak perlu penjagaan yang renyah.  Mulanya ummie tertarik dengan kaedah ini. Namun setelah beberapa siri pembacaan ummie agak risau  tentang proses nak membuka klamp semula .  Walaubagaimanapun jika kena caranya mungkin mudah untuk membuka klamp tersebut terutama oleh Doktor yang sudah tentu mahir.
untuk membaca lebih lanjut tentang kebaikan dan keburukan setiap teknik boleh rujuk link ini :
http://drzubaidi.com/blog/berkhatan-secara-smart-klamp/
http://drazwan.blogspot.com/2008/12/khatan-terkini-atau-konvensional.html

Yang Lebih penting ummie nak share gambar-gambar anak-anak dalam fasa ini :) sebab ini akan menjadi  memory indah yang telah berlalu :

Fasa Pertama : Bersedia
  •  'Bird' Muhammad sentiasa dibersihkan sejak dari kecil . Alhamdulillah Abah memang ambil berat dan lebih tahu dari ummie. Ketika umur Muhammad dah 4 tahun Abah sudah mula ajar Muhammad meleceh 'bird'selepas buang air kecil ,kata abah nanti jika tak leceh kotor,  kulit akan melekat maka susah nak berkhatan. memang mula-mula sekali Doktor kata nak cuci 'bird'.  Then Doktor pun cek 'bird Muhammad'... Doktor kata " cantik bird dia" ... Alhamdulillah itu kebaikan meleceh dan yang penting dari aspek kebersihan dan kesihatan ia juga disarankan.
  •  ( semua idea tentang urusan penjagaan Muhammad ummie ambil dari blogg Yati Yusuf: terima Kasih atas perkongsian.. Semoga Allah limpahkan rahmat dan pahala  di atas kerajinan beliau berkongsi. Aamin

  • sediakan kain sarung (ummie bali kain sarung ni time Naufal 5 Tahun lagi , sebab saiz dia memang kecil untuk kanak-kanak. Ummie beli dua helai. 
  • beli hangger no 8. Ini untuk Naufal pakai bersama kain sarung ketika dia dah jemu tidur.  Alhamdulillah sehari ja Naufal banyak baring. Selebihnya dia menggunakan kain sarung lakukan aktiviti  .  Dengan menggunakan kaedah ikat kain sarung menggunakan hangger, Muhammad tak perlu pegang kain sarung 24 jam. pergerakan Muhammad lebih bebas.

 Fasa kedua : Berkhatan
  • Alhamdulillah Doktor ni sangat mesra Alam... (sesiapa yang minat boleh mendaftar di Klinik Dr Jammy Suzanna)..... dilayannya semua pertanyaan Muhammad
  • Disuruhnya Muhammad selawat 
  • Doktor pun cerita setiap kali prosedur kerja yang ingin dilakukan. ( sebab Muhammad sebuk bertanya " Doktor kena jahit tak"? " Doktor kena gunting tak"?
  • Doktor ini juga mengajar Naufal Melafaz niat " Sahaja aku berkhatan kerana Allah Taala" ketika proses bermula.
p/s : Dr ni kawan Dr Jammy Suzana

Fasa ketiga : Penjagaan di rumah
  • Berpantang : ikut suka, sebab doktor kata tak perlu pantang pun . Tapi ummie pantang makanan gatal . Hari pertama dan kedua ummie cuma bakar ikan . Hari ketiga dah mula buat masakan berkuah sikit.
  • Bila time buang air kecil ummie dan abah guna tisu basahkan hujung sikit, pedap pada tempat buang air kecil... sikit ja. 'Bird perlu kering' supaya cepat proses sembuh. Pastikan bersih supaya tidak berlaku jangkitan.
  • Mandi macam biasa, cuma guna cawan ( pastik ) untuk elak sakit terkena curahan air pada 'bird'.( abah yang Mandikan Muhammad). 
Aktiviti dirumah semasa pantang berkhatan .
   Semua ni untuk elak Muhammad terasa sakit dan bosan
  • Ummie beli komik ( dekat kedai Muaz)
  • Ummie beli cd ( Children Of Heaven. Mr Bean, Yogi the bear dan chiken Run)...Buat pertama kalinya setelah dua tahun kotak hitam ( TV dibuka).... huh ....tapi cuma untuk cd sahaja dan ketika fasa berkhatan ini berlalu. Dengan cd  mudah nak selected cerita yang sesuai unuk anak.
  • Lepak bermain di rumah maktok ( sebab kak ima n the geng pun ada di rumah mak tok). habis hatila Muhammad ada kak ima n the geng. Siapa Kak Ima and the geng tu???? ( semua mereka ni anak-anak abang ummie).
Tengok CD. Muhammad tak perlu nak pegang-pegang kain sarung. oklah sikit.


Alhamdulillah yang terasa sukar telah berlalu.  Walau banyak Blogger yang berkongsi tentang berkhatan anak-anak, ummie tetap tak ingin ketinggalan mencoretkan memory indah ini. Setiap Hari sangat indah untuk ummie dan anak-anak.... Alhamdulillah Terima Kasih Allah untuk setiap saat yang indah dan aku memohon agar saat dukaku penuh dengan hikmah dan ibrah. Aamin

Selasa, 13 Mei 2014

Rama-Rama


Muhammad sudah macam sedikikt matang, hobi terbaru buat origami ( sudah banyak hasil yang muhammad buat, tak sempat ummie nak ambil gambar).. namun masih suka bernasyid 

walau padat masa, sesekali kami beraktiviti santai, bagi memenuhi kehendak anak-anak

Menulis untuk sekadar memenuhi Hobi dengan menulis untuk kerjaya tentu sangat-sangat berbeza... untuk ummie yang sekadar memenuhi tuntutan sebuah minat ( bukan rutin) adakala perlu benar-benar mencari ruang masa yang bukan mudah untuk terlaksana ... faktor keluarga, anak-anak, kerja hakiki, kerja part time ....  sudah banyak benar meletihkan , boleh saja mood menulis hilang ditelan rasa kelesuan ,, terutama disaat-saat orang sekeliling sedang nyenyak tidur..namun kerinduan sering bersarang hingga ada sahaja suara-suara hati yang berbisik  . Alhamdulillah Muhammad Naufal esok akan keluar dari wad akibat demam panas dan sering mengadu sakit kepala . Ummie sebolehnya tidak suka membuat pilihan untuk masukkan anak ke hospital , mungkin ummie ngeri dengan ubat-ubatan yang banyak akan disumbat kedalam tubuh anak-anak. Selalunya itu pilihan terakhir ummie.. Ujian yang dijalankan mendapati tulang hidung Muhammad senget , maka wujudlah penyakit sinus ( allergy) ... anak-anak ummie semuanya tak terlepas dari penyakit genetik keturunan "Allergy" bahasa mudah faham resdung .....Humaira juga sama , saban malam mata Humaira dengan tiba-tiba menjadi merah. Ia amat  " menakutkan untuk ummie lihat Humaira menggosok-gosok mata".. Jumaat minggu ni ummie putuskan untuk membawa , kedua-dua buah hati ummie  ke Bagan specialist... Muhammad ummie bawa bertemu Dr Paed, Humaira pula ummie rujuk pakar mata .. " Dr tak bahaya ka jika selalu menggunakan ubat mata yang mengandungi steroid"? itu soalan pertama ummie kepada Dr mata yang merawat Humaira. " ubat ni tak mengandungi steroid, walaubagaimanapun jika tak berkesan kita perlukan ubat yang mengandungi steroid" bicara doktor cina separuh umur...Asma , allergi antara penyakit yang selalunya memerlukan steroid, ...  untuk jangkamasa panjang dikuatiri kesan racun mula dirasai ...sebab tu ummie sukar nak ikut nasihat Dr berkenaan ubat-ubatan ni ... "Ditelan mati anak dilepaskan mati bapak ".. semua serba tak kena .... Jika ada pilihan ummie tak ingin dedahkan anak-anak dengan ubat-ubatan yang sudah tentu mengandungi bahan kimia.  Hingga ke hari ini , ummie pasti ada alternatif lain yang jauh lebih selamat.  Moga Allah pelihara anak-anak kita. Amin ..
......... suasana petang , buat ummie rasa santai seorang diri  ummie terjumpa Album lama Muhammad Naufal ketika mengemas ruang bilik.... bila  terkenang saat dulu sungguh berbeza membesarkan seorang anak berbanding dua anak.... dan tentulah sangat-sangat berbeza bila bilangan anak bertambah ... Mula ummie sedar kenapa sekarang sudah banyak pendakwah-pendakwah islam mula tampil berani membicarakan soal perancangan  keluarga ... Ummie bukan arif membicarakan bab seberat ini , namun ummie percaya zaman ibu bapa kedua-duanya bekerja ,hal perancangan keluarga perlu diperbincangkan agar dapat membantun  dan memberi panduan kepada ibu dan bapa  bagi mengharmonikan sebuah rumahtangga, banyak juga buku-buku parenting yang menyentuh bab ini , antara nya tulisan Ustadz Hasrizal penulis buku " aku terima nikahnya" ......
............. .. " ummie rindu tak dekat along" tanya Humaira yang mati kutu tak ada teman bergaduh, teman rebut barang dan teman ketawa... lucu pulak ummie ...  " Bila along ada humaira gaduh dengan along, biarlah along berehat dekat hospital , humaira duduk dan mainlan sorang-sorang," Jawab ummie.. " tak seronoklah ummie " jawapan kali ni bagus untuk ummie ingatkan humaira " jika macam tu, nanti along balik Humaira jangan usik barang along, jangan kacau dan gaduh dengan along ya"bicara ummie ... " oklah ummie" itulah jawapan yang sering diucap anak-anak jika diberi nasihat ....malam ni hanya ummie dan Humaira menghabiskan waktu bersama .. kesempatan yang baik untuk ummie memperhalusi komunikasi dengan  humaira yang agak keras personalitinya... dah lama ummie tak rasa sesantai ini .. " Humaira pergi ambil buku cerita dan buku tulis "bicara ummie setelah selesai solat.. " buku pin-pin ni kan dah habis baca" bicara ummie bila memandang  Humaira kembali  membawa buku kisah seekor anak penyu bernama Pin Pin, yang sudah kami selesai membacanya.  " tak pa lah ummie buku ni kan seronok" jawab Humaira... benarlah , kanak-kanak tiada istilah jemu untuk  sesuatu yang mereka sukai....malam ini seolah-oleh ummie milik Humaira seorang, dia tidak perlu bergaduh memilih buku untuk dibaca.. jika tidak masing-masingHumaira dan Muhammad akan  berebut agar buku yang mereka pilih  ummie bacakan.  Ummie suka dengan perkembangan penulisan buku kanak-kanak dipasaran  sejak kebelakangan ini, hingga sukar benar ummie nak buat pilihan bahan bacaan anak-anak kerana semuanya menarik dan manfaat.  Penulisan kali ini ummie ingin berkongsi buku koleksi cerita Pin-pin si anak penyu.. Alhamdulillah sudah sampai koleksi buku 3.  Masih ada dua episod iaitu siri 4 dan 5. InsyaAllah dalam 2 bulan lagi cukup koleksi ini.  yang paling menarik buku ini sering diselitkan dengan kalimat islamik.
Ini buku 1: menceritakan tentang Pin-pin yang terpisah dari keluarga dan bermulalah siri kehidupan pin-pin bersama kawan-kawan, pin-pin diselamatkan oleh kawan-kawan barunya

Buku dua, mempertemukan pin-pin dengan seekor star fish.... kisah pin-pin yang merasa rendah diri ... ikuti kisah pin-pin untuk menaikkan self estemm anak-anak  dengan membuat kesimpulan ringkas. 

 Muhammad Naufal sudah makin dewasa, makin terarah nak membaca komik ( mungkin terpengaruh dengan rakan-rakan disekolah).  "Ummie, nanti Muhammad nak beli komik dekat kedai tu" Muhammad berbicara sambil menunjuk  kearah kedai seven -11 ketika hendak masuk ke pusat mengaji Al-Quran.  Kelibat Muhammad menaiki anak tangga hilang dari pandangan, dalam diam ummie mengintai komik-komik di dalam kedai seven-11.. Ummie dapati semuanya komik jepun yang meragukan ummie untuk menjadi bahan bacaan anak lelaki ummie." Muhammad, komik tu semua komik yang tak elok, nanti dalam tu ada perkara yang tak baik, memang macam tu lah cara orang-orang yahudi/bukan islam nak rosakkan agama kita" ummie berbicara memberi pandangan pada Muhammad, agar dia membatalkan hasrat untuk membeli komik di kedai seven-11.  " ummi bawalah Muhammad pi kedai Muadz" Muhammad Naufal buat permintaan.Alhamdulillah tak susah untuk Ummie memujuk Muhammad .  Lalu malam itu menjadi malam kami habiskan masa di kedai buku .   ( kisah ini kisah minggu lalu),, ummie saja terkenangkan Muhammad yang tiada disisi.....
.............. ya, Malam ini ummie  sunyi dari suara jeritan anak-anak, yang adakala membuatkan ummie yang terjerit-jerit.... kehidupan ini memamg indah jika mengikut angan-angan sendiri .. namun realitinya Allah Maha pemberi Ujian  dan pengatur.... lalu kekalutan adalah sunatullah seorang ibu yang membesarkan anak-anak ........ Moga Allah sentiasa mengiringi kita dalam setiap kekalutan agar semuanya berjalan dibawah lembayung rahmatNya jua...Amin
pengalaman hidup akan pertemukan kita dengan banyak perkara, banyak rasa, banyak keadaan.. jika hari ini kita bahagia , ia belum tentu untuk terus menerus merasa bahagia. Cukup dengan ujian kecil, kita boleh merasa menjadi sebaliknya.... Kebahagiaan itu sangat rumit untuk diterjemahkan, ia akan hinggap pada waktu dan ketika tertentu, yang pasti menjadi insan yang bersyukur itu sudah mampu membuat hati merasa bahagia. ... Allah temukan kita dengan sesuatu juga kerana ia bersebab,  terakhir nukilan ini ummie tutup dengan sebuah kata-kata dari sebuah buku " Chiken Soup For The Soul"..... jika kita terlalu menekan diri untuk mencari bahagia, mungkin kita akan tertekan .... namun jalankan saja kehidupan ini dengan betul, insyaAllah kebahagiaan akan menjadi jinak seperti rama-rama... jika ia terbang jauh, tak bermakna ia hilang .. Moga ia akan kembali membawa rasa yang lebih bermakna .......