Ahad, 6 September 2015

BENIH TERINDAH BUAT UMMIE


Alhamdulillah banyak perkara telah dilalui.  Anak-anak dah semakin dewasa Muhammad Naufal sudah 9 Tahun dan Nuur Aisyah Sumaiyah sudah 5 tahun 8 bulan.  Bila jari ni bergerak menaip nama-nama indah ini terbayang wajah-wajah mereka ( geramnya rasa).... masing-masing dengan karenah sendiri. 
Ummie dan abah dah tinggal sekali ( Alhamdulillah)... sekelip mata semuanya berlalu " bagai mimpi dalam mimpi"...
ummie masih sama , banyak juga dugaan ujian silih berganti... last ummie menulis ummie sedang kalut dengan beberapa aktiviti ( networking CMD) sambil-sambil jual tudung di sekolah....Nak buat , tak buat sama banyak. Cuma bila terlalu busy promote CMD yang bagus ni fokus pada anak-anak terganggu juga. Apabila diamati ada perbezaan bila kita sentiasa disamping mereka berbanding selalu tinggalkan mereka).. pendek cerita, bila sentiasa bersama mereka. Mereka lebih mudah diurus dan rasa mudah nak tangani masalah anak-anak ni, tidak tertekan bila mereka buat perangai dan yang penting ummie lebih sabar nak memujuk anak-anak. Memang jenis ummie spesis buat kerja satu ja boleh dalam satu masa.( hmmm kelebihan nih, bukan kekurangan )...
       Bila ummie cuba untuk aktif ikuti perniagaan CMD, ummie akan rasa kejauhan dengan anak-anak sekaligus buat ummie  tertanya pada diri sendiri " patutke ummie teruskan".  Akhirnya lepas abah pulang mengajar disamping ummie dan anak-anak.  Ummie putuskan untuk fokus pada Humaira dan Muhammad Naufal. Lepas ummie stop semua aktiviti luar, langkah pertama ummie nak perbetul balik niat didik buah-buah hati ummie ni" yer untuk menunaikan amanah Allah jadikan mereka khalifah dimuka bumi  yang indah ni.  sesekali ummie buat juga bisness santai, tapi tiadak selalu.. Jual tudung di sekolah .... (  mungkin ini saja yang tak makan masa dan tidak menganggu masa ummie dan anak-anak )...Dulu ummie fikir ummie nak buat apa yang ummie suka itu penting dan boleh puaskan hati ummie... tapi bila ummie melalui pengalaman tu, ia sangat menuntut pengorbanan yang besar .  Alhamdulillah dalam banyak-banyak keinginan ummie dan minat yang ada dalam jiwa ni " menjadi ibu dan membesarkan anak-anak itu rupanya lebih membahagiakan" walau mungkin ummie terpaksa buang perasaan dan minat yang lain.  Yang boleh ummie kata dengan yakin " mereka suka ummie disamping mereka" berbanding ummie sebuk dengan minat ummie.  
      Alhamdulillah banyak perkara yang berlalu, juga banyak mengubah anak-anak.   Seperti baru semalam ummie rasa kesukaran menjadi ibu untuk memastikan mereka menjadi seperti yang ummie harapkan.   Namun hari ini ummie mula rasa kesukaran itu hilang sedikit demi sedikit . Namun  hakikatnya mereka masih tetap kanak-kanak ( main, lompat adalah kahidupan mereka).. Jadi untuk mengimpikan sesuatu yang begitu sempurna memang tidak mungkin .  Akan ada juga hura-hara saat menguruskan mereka.
      Untuk kali ini ummie ingin kongsikan aktiviti Muhammad yang dia sangat minat dan ummie juga galakkan " Permainan Pasang Cantum"( mudah sebut LEGO)

Permainan  yang tepat + kasih sayang dari anda = Anak Cerdik

Bila ummie sedar Muhammad suka pasang lego, ummie sentiasa beri galakkan.  jika ummie ke Kuala Lumpur atas urusan rawatan ummie pasti belikan lego untuk Muhammad Naufal jika ada peruntukan masa yang lebih.  Bila ummie sebut lego ( bukan bermakna ummie beli CAP LEGO).. janji dia pasang dan cantum macam lego.. so ummie panggil jer mainan tu lego.  Satu perangai ummie dan abah , tak beli mainan tu tanpa sebab ( kononnya nak ajar anak tak mewah)....Jadi ummie akan beli pada masa-masa berikut :
  • Hari Lahir Muhammad Naufal  ( " Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih sayang"~ Riwayat Malik)
  • Balik dari perjalan yang jauh dan berhari hari .  Selalunya ummie kerap ke Kuala Lumpur atas urusan rawatan . Jika ada kelapangan dan tidak letih waktu balik dari hospital ummie akan ke Tesco membeli lego yang harganya dalam RM5.00 .  bersama-sama sebuah buku komik pendidikan ( Muhammad sangat suka membaca. )  Sesuatu yang ummie nak tekankan membeli buah tangan ketika  dari musafir adalah amalan Rasulullah SAW.
  • Hari Cemerlang akhlak dan akademik . Bila Muhammad dapat A dalam mana-mana subjek dalam peperiksaan pun ummie akan beri ganjaran berbentuk hadiah lego ni. ( yang murah-murah juga kerana Muhammad macam abah dia , langsung tidak kisah tentang jenama dan mahal atau murah )..
  • Hari ketika  Ummie buat salah dan rasa bersalah pada anak-anak.   walaupun ummie tak minta maaf dan tak luahkan, namun hati ummie sendiri yang rasa nk beli . Jadi ummie belikan  untuk Muhammad lego. bila Muhammad Tanya kenapa ( memang dia suka tanya, ummie akan jawab " sebab ummie sayang" atau " sebab Muhammad baik sangat"....


Ni antara koleksi lego ( tak ORY) yang Muhammad kumpul . Semua dia buat sendiri tanpa bantuan ummie dan abah.  Muhammad jika dapat saja permainan lego yang baru " sanggup dia fokus 2 jam untuk siapkan lego tersebut"... sejak ummie sedar permainan ini baik untuk Muhammad ummie tak halang Muhammad dengan aktiviti ini, 





Hingga hari ini ummie belum jumpa minat Humaira melainkan dia suka minta " ummie bacakan dia buku"  atau dia suka ummie main guling-guling ( gelikan dia)/ peluk cium dia.... Bagi Sumaiyah itu sudah cukup untuk buat dia rasa ummie pedulikan dia. ( mungkin sebab tu Humaira dan Muhammad lebih senang diurus jika dirumah berbanding jika kami keluar di luar.   Humaira masih dalam fasa keliru nak memilih mainan sebab dia dibayangi dengan hobi Muhammad ( namun dia belum mahir memasang lego).. Bila Humaira minta lego untuk pasang " Humaira tak sama macam along, jika Humaira tak suka, Humaira tak perlu berebut dengan Along" pujuk ummie setelah meyedari Humaira cuma sekadar nak bertanding dengan Muhammad untuk tonjolkan diri pada Ummie.  Inn Sya Allah nanti Humaira akan jumpa minat dan hobi dia sendiri ( kerana bagi ummie mereka berdua sungguh hebat dihati ummie)... walau mereka selalu bertengkar namun adakala ummie kagum dengan tingkahlaku dan pencapaian mereka.   Siapa lagi yang mereka ada untuk memberi semangat jika bukan ummie dan abah.  



yang bawah ni, semua yang murah.. ada group dia masing-masing, Muhammad walau di rumah tiada  TV , pandai saja dia nama-nama ni semua.  Katanya spesis lego ni semua ada nama. kat sekolah pun sebuk belajar nama-nama lego ni


Aktiviti kedua ini melibatkan Humaira, dalam banyak hal Humaira selalu nak tiru alongnya, namun ummie pasti suatu hari nanti dia boleh memilih aktiviti yang dia sendiri minat berbanding tiru sekadar untuk bersaing. Jom tengok apa Humaira buat ....
Ha.... Humaira mula menulis diari sebab ummie ada beli untuk kedua-dua anak ummie, biar mereka belajar luahkan apa yang ada dihati mereka. Di samping tu mereka boleh belajar berfikir dan mahir menulis.


Yang atas ini pula Diari Muhammad, kali pertama Muhammad menulis dia bagitau hanya Ummie dan abah yang boleh baca diari Muhammad, katanya rahsia.. Idea Menulis diari ini tercetus ketika Muhammad membaca sebuah buku kanak-kanak  yang ummie belikan.
Tak banyak perkara yang ummie dapat lakukan kerana jadual perkolahan anak-anak sangat padat . Muhammad sampai rumah balik dari sekolah kira-kira jam 5.30 petang . Bergegas siap untuk mengaji Al-Quran. Sumaiyah pun dah mula sebuk ( nanti ummie share sebab musabab Sumaiyah sebuk).   

       Anak-anak susah nak konsisten amal perbuatan baik sebab ummie dan abah pun tak konsisten.. ( nak salahkan siapa lagi)... Yang ummie tahu Muhammad memang suka bermain, ummie kadag-kadang risau dengan situasi Muhammad disekolah.  Dan sebab nak latih Muhammad fokus juga ummie hantar Muhammad kelas memanah. Yang peliknya bila dengan lego boleh pula 2, 3 jam fokus.... Dah tiba masanya ummie fahamkan Muhammad. " kita perlu buat sesuatu walaupun kita tidak suka sebab itu adalah tanggungjawab"...... ````~ semoga suatu hari Muhammad faham

       Humaira kini dah suka membaca sama seperti Muhammad ....Alhamdulillah,, adakala bila ummie lihat sikap mereka yang tidak menyenangkan " ummie terfikir jika boleh berpatah balik entah dimana ummie nak perbetul pun ummie tidak pasti" kerana proses mendidik anak bukan mudah seperti membuat sebiji kek.
Namun ia sesukar menjaga pokok yang cerewet.. Dari biji benih menjadi anak pokok ( mungkin mudah, namun semakin hari semakin sukar.  Ada saja makhluk perosak yang cuba mendekati  anak pokok.  Lalai sedikit pokok tadi akan membesar dengan tidak sihat, silap-silap mati).........   ummie harap benih yang Allah kurniakan ini membesar dengan sehat rohani jasmani. Aamin.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan