Ahad, 9 September 2012

"Fitrah mu wahai anak"


"umie tengok bawah pintu, Naufal bagi kat umie, Naufal minta maaf kat umie" tiba-tiba Naufal menjerit dari luar setelah sekian lama umie biarkan dia melayan perasaan di bilik aktiviti..sedang sumaiyah dibenarkan menonton TV 30 minit...sebuah hadiah untuk umie agaknya sebagai tanda memohon maaf selepas insiden dirumah maktok..
....  dirumah mak tok ,tiba-tiba umie terdengar jeritan maktok yang menjerkah Naufal ,, umie berlari meluru keluar,, suasana kelihatan tegang dengan tangisan Sumaiyah dan Naufal berdiri ditepi buaian... rupanya naufal menghayun buaian hingga sumaiyah tidak dapat turun..."wajah umie bertrukar marah" tapi disebabkan wajah Naufal dah kelihatan cukup kecut selepas dijerkah maktok, umie berhasrat simpankan dulu rasa marah memandangkan Naufal mungkin dah cukup malu dijerkah dikhalayak ramai....mujur umie pun dah lepas minum air menghilangkan dahaga sejak dari di tempat ngaji tadi( jadi tak lah umie panas hati sangat...." jom kita balik" cakap umie ringkas memandangkan keadaan semakin panas,, dan umie pulak kena ambil baju batik sekolah dikedai DOBI ( isnin kedai tutup)....tak semena-mena seorang tetamu mak bersuara " dah nak balik, tak kan merajuk"sambil tersenyum... emmm sebenarnya umie tak berapa faham maksud kakak nie.." adakah umie patut merajuk bila mak marah Naufal" emmm hal tu selalu berlaku sebagai maktok yang menjaga naufal tentu marah-marah menjadi perkara biasa ,, takkan umie nak merajuk... tanpa banyak bicara umie cuma tersenyum dan menghulurkan tangan ( salam) pada semua tetamu, untuk mak ditambah cuimaan dipipi kiri dan kanan...
.....Untuk Naufal segalanya tak terhenti disitu,,, dalam kereta bebelan berbentuk rasa kecewa/nasihat diberikan dengan penuh serius ... berkali-kali jugak Naufal memohon maaf..." nanti sampai rumah Naufal masuk bilik, sumaiyah boleh tengok TV satu ( maksudnya satu siri kanak-kanak yang selalnya 30 minit)" umie mematikan perbualan.. Naufal hanya angguk...kami menuju kekedai DObi seterusnya balik ke rumah..Naufal dipimpin menuju ke bilik " Naufal duduk kat sini dulu, buat apa yang Naufal nak buat, umie sedih Naufal buat maktok marah,,, maktok puasa dan terpaksa menjerit sebab Naufal usik adik, kalau sumaiyah jatuh umie pukul Naufal tau tak" cakap umie panjang dengan nada kecewa dan tegas....Naufal hanya diam dan tundukkan kepala... ummie barlalu dan menutup daun pintu... sumaiyah boleh menonon Tv selepas selesai " bacalah anakku ".. baru permulaan umie kenalkan bunyi fonetik a, i dan u......selepas Tv dibuka untuk puteri lembut umie ( doa umie untuk sumaiyah yang garang)....ummie ke bilik Naufal " jom baca Iqra dan deeniyat" umie berbicara... Naufal menangis " minta maaf umie" berkali-kali ucapan maaf nie,, Naufal membaca deeniyat dan iqra sambil menagis.... last umie berbicara " ummie marah Naufal sebab Naufal salah, adik boleh jatuh dan luka , mak tok pulak letih jerkah Naufal"  umie berlalu meninggalkan Naufal....
.... setelah agak lama meninggalkan anak-anak,sewaktu umie Dibilik,  Naufal menghantar satu hadiah buat umie tanda  maaf Naufal menjerit kuat dari  luar bilik " umie tak payah buka pintu, umie tengok saja kat bawah pintu, Naufal sayang kat umie",, memang anak umie suka menjerit ( umie dekat pun Naufal menjerit)...sebuah lukisan umie dan abah pada bookmark kosong yang umie print pagi tadi ... seingat umie pagi tadi  lepas print" Naufal tulis la atau lukis apa-apa kat penanda buku nie, boleh kita letak dalam kitab deeniyat" bicara pagi umie sebelum ke tempat ngaji...
....Dulu ,, umie mmg rasa malu pada perlakuan Naufal ditempat khalayak ramai,, tapi sekarang ia menjadi medan untuk ummie perbetulkan kelakuan anak-anak/medan pentarbiahan...kerana umie mula mengerti fitrah mereka yang suka bermain dan baru belajar... apatah lagi sedikit sebanyak umie perlu akui beberapa perlakuan adalah dari kami ( umie n abah.) ...semoga sidikit sebanyak coretan ini dapat mendidik umie n semua ibu-ibu agar lebih bersabar dan tidak perlu malu jika berlaku ketegangan diluar... jika anak berlari di bank, jika anak melompat ( just cakap perlahan-lahan, bagi amaran atau sedikit peringatan / hukuman ringan ) yang penting ' anak belajar sesuatu.. adalah sangat rugi menjadi ibu dan ayah yang marah tidak bertempat dan segalanya berlalu tanpa anak belajar dari kesilapan..."Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda " Iblis berkata kepada Tuhannya "  Demi nkeperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak Adam selama roh didalam jasad mereka."  Allah menjawab: " Demi keperkasaanKu dan KeagunganKu, aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripadaKu( Riwayat Ahmad)-rujukan : SOLUSI isu 42

KENALI FITRAH ANAK (rancangan Assalamualaikum@TVAlHijrah) di catat semula oleh:http://melinblossom.blogspot.com

1. Aktif ( tidak boleh duduk diam)
2. Suka tiru gaya orang lain

3. Suka melawan - Anak2 memberontak adalah kerana mereka merasa kurang diberi perhatian. Sometimes ada antara anak2 rasa terpinggir atau istilahnya Second Child Syndrome.

4. Tidak mampu membezakan hal buruk atau baik

5. Banyak soal - Anak2 yang banyak bertanya adalah anugerah. Banyak tanya/soalan adalah kunci kepada ilmu pengetahuan. Jika anak2 anda banyak bertanya, adalah kerana mereka ingin tahu. Ibu bapa harus mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya esp ilmu tentang agama. Jika anak anda banyak bertanya/soal, anda pula dalam proses menimba ilmu pengetahuan, cara terbaik adalah menghadiahkan buku kepada anak2. Buat perbincangan tentang apa yang ada dalam buku tersebut supaya ibubapa punya lebih masa menimba ilmu lain dan soalan anak2 akan lebih tertumpu pada apa yang dibaca sahaja.

6. Ingatan tajam

7. Suka dipuji - Setiap pujian harusla mementingkan kualiti bukan kuantiti kerana pujian yang tidak berfaedah akan menyebabkan anak2 ketagih dan hilang keyakinan diri. Contoh: 'Tembamnya pipi, comel betul!'. Pujian sebegini tidak boleh selalu diucapkan kerana akan menyebabkan anak2 berfikir 'Kalau pipi tak tembam, tak comel la'. Pujian yang berkualiti contohnya: 'Cantiknya anak ibu pakai tudung, menutup aurat, Allah mesti suka'. So, anak2 akan fikir 'Allah suka pada orang yang menutup aurat'. Bukankah berbeza? Selain itu, setiap pujian harusla ikhlas dan lebih menumpu kepada proses bukan hasil. Contohnya  ketika anak2 membuat air teh tetapi airnya kurang sedap, pujian yang harus diberi adalah 'Bagusnya anak ibu susah payah masak air dan buat air untuk ibu, terima kasih'. Pujian yg tak harus diucap seperti: 'Sedapnya air ni'. Padahal air tidak diminum lagi, dan airnya memang tak sedap!!Harus berhati2 dalam memuji.

8. Suka bermain

9. Suka bersaing - Ibu bapa perlu mewujudkan persaingan yang sihat antara setiap anak2. Tidak kirala persaingan dalam keluarga mahupun bersama rakan2.

10. Suka berimaginasi

11. Suka mencuba kerja orang dewasa

12. Cepat tangkap bahasa dengan baik - Kanak2 boleh kenal bahasa dengan baik. Pendidikan 6 tahun yang pertama penting. Seeloknya masa ini diajar tentang bahasa lain seperti mandarin dsb.

13. Suka pisah-pasang sesuatu barang - Sudah menjadi lumrah kita tengok budak2 ni suka sepahkan barang sana sini. Sebenarnya, kanak2 ni sedang belajar untuk membuat sesuatu. Sebagai contoh naik basikal, sedang belajar bagaimana untuk memegang handle basikal, nak mengayuh, semuanya adalah satu proses. Jadi ibu bapa harus faham kenapa bila anak2 bermain mesti ada saja permainan yang patah, ada saja permainan yang terhambur, bersepah serata.

14. Sensitiviti yang tinggi - Anak2 yang tidak diberi perhatian tentang hati dan kemahuan mereka, akan menyebabkan mereka memberontak kerana tidak dapat apa yang diingini
......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan