Sabtu, 30 Mac 2013

Sebuah Nasyid Indah


" ummie, cikgu ros dengar Naufal menyanyi, dia kata Naufal boleh masuk nasyid" bicara Naufal pada suatu petang.... sememangnya Naufal akan terdiam ( dalam tempoh yang lama) jika mendengar/ menonton nasyid... agak hairan anak aktif macam Naufal boleh duduk diam dalam jangkawaktu yang lama... sudah tentu dia minat sangat sampai boleh mendiamkan diri hanya untuk mendengar sebuah nasyid....( itulah konklusi ummie)

Pada suatu petang yang lain... " ummie semua kelas nyanyi nasyid, Naufal jadi ketua sebab suara Naufal kuat , tapi kelas 1A  menang, ( dulu cuma ada dua kelas. Naufal kelas 1A, tapi bila cikgu nak jadikan 3 kelas Naufal dan beberapa rakan lain terpaksa masuk 1B,sedih jugak Naufal pada mulanya )  tapi lagu budak perempuan lagi sedap ummie, macam ni lagu dia ummie"....Naufal mula menyanyi

"Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu "sekerat Naufal nyanyi.................. lagu Naufal terhenti , dalam kaset abah tak pernah ada lagu ni, jadi Naufal tak dapat menyanyikan semula.. namun dari riak wajahnya tergambar kesukaan pada lagu tersebut... bila ada waktu terluang  ummie search  internet dan mencari lagu Rasulullah nyanyian kumpulan hijaz untuk Naufal dengar melalui u tiub.. bagi ummie ini peluang untuk anak-anak menanam rasa cinta terhadap Rasulullah SAW... semoga rasa cinta yang tumbuh mampu menenggelamkan semua idola super hero kanak-kanaknya.

Sementara menunggu waktu Isyak ummie pertontonkan video clip lagu rasulullah kumpulan hijjaz pada naufal dari awal sehingga tamat( terpegun Naufal mendengar lagu dan muzik nasyid yang merdu)... tarbiah boleh dimuatkan dalam sesi aktiviti mendengar nasyid kali ni lalu ummie wujudkan sesi muhasabah  berpandukan lirik lagu tersebut...Untuk sesi muhasabah ni ummie  sendiri yang nyanyikan lagu rasulullalah mengikut rangkap by rangkap.

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu ...
.....( "Naufal, sebab tu ummie selalu bacakan kisah nabi pada Naufal,   sebab Nak susuri lembaran sirah , lembaran sirah tu kisah kehidupan Nabi")ringkas ummie jelaskan mengikut tahap kefahaman Naufal
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran


Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
 ("ummie derita tu apa"soal Naufal.."Derita tu bila Nabi Muhammad hadapi kesusahan nak mengajar islam,contohnya Nabi pernah kena baling dengan batu dan najis untuk perjuangkan islam. Nabi tak pernah marah dia terus ajak orang kepada islam" ummie makin rancak memberi penerangan)
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
" Naufal, Nabi muhammad tu sangat mulia sebab tu orang islam sampai cipta lagu untuk puji Nabi Muhammad SAW"bicara ummie.
umie tambah  beberapa akhlak mulia Nabi yang mudah, untuk Naufal contohi antaranya
  • " Nabi Muhammad tak pernah marah, , Nabi Muhammad sangat penyabar" Naufal mendengar dengan penuh minat.. " sebab tu ummie selalu minta Naufal bersabar dengan adik, sebab nak Naufal jadi sabar macam nabi Muhammad" ummie meneruskan bicara ... " Naufal tak mau lah marah sumaiyah dah, " naufal memberi respon positif sambil tersenyum manis.
  • "Nabi Muhammad suka membantu orang tak kira orang tu islam ataupun tidak. lepas ni bila ummie minta Naufal bantu ummie, Naufal kenalah tolong.."jelas ummie
  • "Nabi Muhammad sangat penyanyang bukan pada manusia saja, malah sekalian alam. ingat tak kita baca buku kisah nabi marah pada orang yang seksa unta sampai kurus tu"... ummie terus bercerita.. naufal mengagguk setuju...

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran
"Dalam Al quran pun banyak kisah nabi Muhammad yang Allah ceritakan pada kita"ringkas penerangan ummie untuk rangkap ni

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu ..    
Dan kami cuba mengamalsunnah mu
"bila Naufal dan ummie menyanyi lagu ni, maksudnya kita berjanji akan selalu ingat nabi, Naufal tak boleh lupa baca doa-doa, sebab semua doa tu Nabi Muhammad yang ajarkan. Doa makan, doa tidur, nabi Muhammad ajar kita supaya jangan minum berdiri . semua Naufal dah belajar sebenarnya" ummie memanjangkan penjelasan tentang sunnah-sunnah yang sudah banyak Naufal belajar.... Naufal terdiam ( macam memikirkan sesuatu)... jarang ummie dapat lihat Naufal fikir sekhusyuk ini, hari-hari hanya melihat Naufal kalut bermain dan melompat.

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela  : tamat


" Naufal, ummie dulu susah nak belajar agama, ummie sekolah biasa... Naufal ummie hantar belajar  disekolah agama, semoga Naufal dapat berjuang macam nabi Muhammad "... ummie menutup sesi muhasabah berpandukan lirik lagu yang Naufal minat..... sesi begini lebih mudah mendapat 
kerjasama Naufal berbanding sesi tazkirah biasa ...ummie dapati peluang ini tak muncul selalu... 
mungkin ummie perlu lebih perihatin agar mudah mencari peluang tarbiah ringkas dan santai begini.
"setiap bayi lahir di atas fitrah yang suci. Maka kemudian ibu dan bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi( hadith riwayat bukhari)
      setelah selesai semuanya. kami solat bersama-sama... Naufal menhampiri ummie " ummie , ummie rindu tak pada Nabi Muhammad?" soal Naufal... mata ummie berkaca untuk menjawab pada anak sejujur Naufal.... malu untuk ummie menjawab, dengan amal yang sedikit... dengan hati yang penuh dengan warna dunia....namun ummie anggukan kepala ( ya Allah sikit amalku, entah dimana nilai amalku pun aku tidak pasti) terkenang kata seorang guru ummie " bila kita buat kerja dunia, kita selalu lupa tuhan, bila kita buat kerja akhirat pun belum tentu ikhlas"...
      malam tu tak berlalu begitu sahaja .. " Naufal pun tiba-tiba rasa rindu pada Nabi Muhammad" Naufal bersuara sambil mengalirkan air mata... terharu ummie.
 " ummie , ceritakan kisah nabi " naufal membuat permintaan sambil berlari ke arah rak buku.. dibawanya sebuah buku yang sering kami gunakan .. Siri bacaan Ana Muslim" sayang-sayang nabi"
malam tu agak eksklusif, tak seperti kebiasaan ummi membaca 3 cerita dalam satu malam .
  1. Rasulullah SAW pembela anak yatim
  2. Akhlak rasulullah SAW terhadap orang munafik.. " ummie munafik tu apa" soal Naufal.." orang munafik tu, orang islam yang suka menipu" ringkas penerangan ummie untuk anak sebesar Naufal dan sumaiyah.
  3. Janji seorang musuh pada Rasulullah SAW 
Tak cukup dengan cerita ummie... " ummie jangan tutup lampu, Naufal nak baca buku ni sekejap"... bicara naufal....
Firman Allah SWT" dan tiadalah Kami mengutusmu (wahaiMuhammad), melainkan untuk ( menjadi) rahmat semesta alam( al-anbiya:107)
 " ya Allah, dari hari kehari anak-anak ku makin dewasa... aku mohon Engkau peliharalah mereka. kerana engkau sebaik-baik penjaga dan pemelihara , Amin" 

Ahad, 10 Mac 2013

Kami memasak lagi


Alhamdulillah,,, ada juga kesempatan kami anak beranak beraktiviti... ( walau hati ni sejak dua menjak ni mudah benar terpedaya dengan permainan syaitan dan nafsu ).... entah kenapa sedih benar abah pulang ke felda , hingga kali nie bukan anak-anak yang buat perangai...ummie pulak jadik lemah semacam .... Mohon Allah kuatkan diri , Amin....mungkin sebab tu ummie tak bersemangat nak share aktiviti kami akhir-akhir ni......
.......benar " jika diturutkan hati mati"........ " moga Allah hidupkan dan suburkan hati kami dengan iman".... hanya doa yang mampu dipanjatkan....

Kali ni ummie nak share semua aktiviti yang tak tershare... kami buat aktiviti ni selepas abah pulang ke Felda.
ya, kami buat aktiviti masakan.... ummie buat triffle ( sedap)...ummie pilih masakan triffle ni sebab ia adalah menu yang mudah untuk disediakan macam kek batik yang pernah ummie share dalam fb. Memilih menu masakan yang mudah merupakan satu perkara penting apabila hendak melibatkan anak-anak... Yang kedua menu tu perlu menarik, yang ke tiga perlu pastikan mereka mampu melibatkan diri ( contoh untuk triflle ni Naufal dan sumaiyah mampu susun kek, susun buah-buah, pecahkan biskut dan tabur atas kek).....

ummie buat trifle ni dua hari berturut-turut,,, satu untuk mak tok dan satu lagi untuk "port luck" sempena  jamuan bilik guru di sekolah.....tengok! dah terer anak-anak ummie.... suka benar mereka ... ( ummie masih dalam mood sedih )

sumaiyah suka ambil kesempatan main saki baki kastard dekat periuk

trifle untuk jamuan sekolah ummie buat lebih, so bakinya boleh masukkan dalam bekas kecil-kecil untuk anak-anak makan.......
Hasilnya... sangat sedap

ha,, yang dalam mangkuk  tu habis kami anak-beranak makan
ummie sangat menitik beratkan soal kebersihan,,, anak-anak perlu cuci tangan sebelum sesi masakan bermula... begitu juga selepas selesai memasak , sumaiyah turut membantu ummie lap lantai yang kotor...

AKTIVITI KE 2
 
Minum petang kami buat labah-labah dari biskut , ummie ambil dari aktiviti HS dari facebook.
AKTIVITI MALAM

 " ummie Naufal nak bukak fail kraf" jerit Naufal ....  ummie yang sebuk membasuh bilik air jerit ja " ok"............... bila keluar tengok Naufal tengah susun semua hasil-hasil kerja sepanjang kami beraktiviti walau ada yang rosak dan tak tersimpan,..... Cepat masa berlalu... Tak silap ummie kami beraktiviti dari Naufal umur 5 tahun lebih... time tu Naufal belum pandai membaca ..." ummie kawan Naufal semua pandai membaca, Naufal saja yang tak tau baca" lebih kurang begitu maksud bicara Naufal , ummie sendiri pun sudah lupa hujung pangkal ayat Naufal ketika itu......ummie dapat menghidu rasa rendah diri Naufal dari beberapa siri keluhan dan bicara Naufal,maka bermula lah siri ummie mengajar  Naufal membaca dengan membeli set " bacalah anakku"... Alhamdulillah , Naufal akhirnya pandai membaca dia menggunakan kaedah fonetik/ berbeza dengan kaedah guru di nursery .......ummie pula semakin aktif mencari idea beraktiviti dari blog dan pembacaan.....
 Ni antara koleksi kerja Naufal yang masih ada.Tak pernah pun ummie mengajar Naufal melukis bendera ni semua,,, apa yang dia selalu pandang, lihat dan dengar itulah yang akan terpahat dihati.........
Kebanyakan hasil kerja yang ada berbentuk lukisan, mungkin mudah untuk disimpan....
Banyak jugak aktiviti kami yang menarik yang dah rosak,, masih tinggal satu dua yang cantik ...( semua ni meyimpan memori indah untuk ummie, semoga anak-anak jugak rasakan begitu)
N hasil kerja sumaiyah... print , gunting dan lekat
 
semua ni sumaiyah buat time Naufal buat homework
Cepat Masa berlalu... adakala hati yang cepat resah dan lemah ini sering mengeluh sendiri.........jika diharapkan didikan ummie tentu banyak buruknya ... Namun Rahmat dan pemeliharaan Allah lebih besar yang ummie harapkan... Moga Allah tetap lorongkan jalan-jalan kebaikan kepada anak-anak walau didikan ummie penuh kecacatan. ............" Ya Allah jadilah anak-anak kami hambaMu yang engkau Redhai, cintailah mereka ya Allah " Amin