Alhamdulillah,,, ada juga kesempatan kami anak beranak beraktiviti... ( walau hati ni sejak dua menjak ni mudah benar terpedaya dengan permainan syaitan dan nafsu ).... entah kenapa sedih benar abah pulang ke felda , hingga kali nie bukan anak-anak yang buat perangai...ummie pulak jadik lemah semacam .... Mohon Allah kuatkan diri , Amin....mungkin sebab tu ummie tak bersemangat nak share aktiviti kami akhir-akhir ni......
.......benar " jika diturutkan hati mati"........ " moga Allah hidupkan dan suburkan hati kami dengan iman".... hanya doa yang mampu dipanjatkan....
Kali ni ummie nak share semua aktiviti yang tak tershare... kami buat aktiviti ni selepas abah pulang ke Felda.
ya, kami buat aktiviti masakan.... ummie buat triffle ( sedap)...ummie pilih masakan triffle ni sebab ia adalah menu yang mudah untuk disediakan macam kek batik yang pernah ummie share dalam fb. Memilih menu masakan yang mudah merupakan satu perkara penting apabila hendak melibatkan anak-anak... Yang kedua menu tu perlu menarik, yang ke tiga perlu pastikan mereka mampu melibatkan diri ( contoh untuk triflle ni Naufal dan sumaiyah mampu susun kek, susun buah-buah, pecahkan biskut dan tabur atas kek).....
ummie buat trifle ni dua hari berturut-turut,,, satu untuk mak tok dan satu lagi untuk "port luck" sempena jamuan bilik guru di sekolah.....tengok! dah terer anak-anak ummie.... suka benar mereka ... ( ummie masih dalam mood sedih )
|
sumaiyah suka ambil kesempatan main saki baki kastard dekat periuk |
|
trifle untuk jamuan sekolah ummie buat lebih, so bakinya boleh masukkan dalam bekas kecil-kecil untuk anak-anak makan....... | | | |
|
Hasilnya... sangat sedap
|
ha,, yang dalam mangkuk tu habis kami anak-beranak makan |
ummie sangat menitik beratkan soal kebersihan,,, anak-anak perlu cuci tangan sebelum sesi masakan bermula... begitu juga selepas selesai memasak , sumaiyah turut membantu ummie lap lantai yang kotor...
AKTIVITI KE 2
| |
Minum petang kami buat labah-labah dari biskut , ummie ambil dari aktiviti HS dari facebook. |
AKTIVITI MALAM
" ummie Naufal nak bukak fail kraf" jerit Naufal .... ummie yang sebuk membasuh bilik air jerit ja " ok"............... bila keluar tengok Naufal tengah susun semua hasil-hasil kerja sepanjang kami beraktiviti walau ada yang rosak dan tak tersimpan,..... Cepat masa berlalu... Tak silap ummie kami beraktiviti dari Naufal umur 5 tahun lebih... time tu Naufal belum pandai membaca ..." ummie kawan Naufal semua pandai membaca, Naufal saja yang tak tau baca" lebih kurang begitu maksud bicara Naufal , ummie sendiri pun sudah lupa hujung pangkal ayat Naufal ketika itu......ummie dapat menghidu rasa rendah diri Naufal dari beberapa siri keluhan dan bicara Naufal,maka bermula lah siri ummie mengajar Naufal membaca dengan membeli set " bacalah anakku"... Alhamdulillah , Naufal akhirnya pandai membaca dia menggunakan kaedah fonetik/ berbeza dengan kaedah guru di nursery .......ummie pula semakin aktif mencari idea beraktiviti dari blog dan pembacaan.....
|
Ni antara koleksi kerja Naufal yang masih ada.Tak pernah pun ummie mengajar Naufal melukis bendera ni semua,,, apa yang dia selalu pandang, lihat dan dengar itulah yang akan terpahat dihati......... |
|
Kebanyakan hasil kerja yang ada berbentuk lukisan, mungkin mudah untuk disimpan.... |
|
Banyak jugak aktiviti kami yang menarik yang dah rosak,, masih tinggal satu dua yang cantik ...( semua ni meyimpan memori indah untuk ummie, semoga anak-anak jugak rasakan begitu) |
|
N hasil kerja sumaiyah... print , gunting dan lekat |
| |
semua ni sumaiyah buat time Naufal buat homework |
Cepat Masa berlalu... adakala hati yang cepat resah dan lemah ini sering mengeluh sendiri.........jika diharapkan didikan ummie tentu banyak buruknya ... Namun Rahmat dan pemeliharaan Allah lebih besar yang ummie harapkan... Moga Allah tetap lorongkan jalan-jalan kebaikan kepada anak-anak walau didikan ummie penuh kecacatan. ............" Ya Allah jadilah anak-anak kami hambaMu yang engkau Redhai, cintailah mereka ya Allah " Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan