Sabtu, 8 Disember 2012

" Perosak Jiwa" pada pandangan ummie

Alhamdulillah.... Dengan Nama Allah yang Maha pengasih...

ada perkara yang ummie suka nak kongsikan dalam penulisan ummie.... ini bukanlah sebuah kejayaan, hanya sebahagian kecil proses yang ummie pilih dalam pendidikan anak-anak....Sehingga kesaat ini ummi hanya mampu membuat beberapa pilihan untuk anak-anak dalam meniti kehidupan,.... "bolehkah berjaya dengan cara ini?"  Hanya Allah yang tahu, masa depan bukan dalam pengetahuan ummie... .sudah sekian lama ummie buang tabiat menonton drama, menonton rancangan hiburan dan menonton TV ... dengan harapan ummie mudah melentur anak-anak untuk tidak bergantung pada media yang satu ini...jika dulu ummie adalah sebahagian dari peminat rancangan hindustan, ummie adalah antara peminat rancangan MELODI, ummie adalah salah seorang penonton setia rancangan ANUGERAH artis ( skrin) ... ummie adalah peminat setia TV..... ummie paling suka melihat artis cantik dikaca TV ... menggalas amanah sebagai ibu menjadikan ummie lebih banyak memperbaiki diri, tegas dalam menjalani kehidupan kami dalam  memilih cara hidup yang sesuai dirumah.... ummie perlu melakukan dua tugas serentak, tugas mendidik anak dan tugas mendidik diri ...Jika ummie masih agungkan kecantikan artis dikaca Tv , mana mungkin ummie ingin lahirkan anak-anak yang agungkan Allah dan yang Cintakan Nabi...
....... " Naufal nak tak kita buat macam ustazah, anak-anak ustazah tidak menonton TV, hanya guna lap top "......soal ummie dalam bulan puasa yang dah lama berlalu, namun itu merupakan medan permulaan sebuah usaha kecil... " nak tak dalam bulan puasa ni kita stop tengok TV, banyak cerita yang tak elok , lagipun sekarang bulan puasa" ummie menambah bicara.... hakikatnya Naufal dan Sumaiyah sememangnya telah dihadkan rancangan dan channel TV, namun jiwa ummie masih belum puas dengan had dan pemilihan channel yang telah terlaksana dirumah kami..." oklah ummie" mudah Naufal bersetuju,,,, sebagai ganti ummie gantikan tontonan TV dengan rancagan kartun kanak-kanak islam, upin ipin atau pingu  melalui lap top ( mengikut jam yang ummie hadkan).... bukan semudah yang disangka, untuk permulaan Sumaiyah banyak memberontak agar Tv dibuka ( hingga merimaskan ummie) ..Alhamdulillah walau ummie tak berjaya 100 peratus, tapi ummie berjaya mengurangkan kebergantungan anak-anak mengisi masa lapang dengan menonton  TV dirumah dalam bulan Ramdhan.  Ternyata tarbiah kecil ini adalah satu permulaan besar dalam kehidupan ummie seterusnya....
.......... Bukan ummie tidak pernah memikirkan samaada untuk mengekalkan Tv dirumah atau untuk menutup terus ruang anak-anak menonton TV...namun perasaan itu berbelah bahagi... hari demi hari ummie berhadapan dengan rancangan TV yang buruk masejnya lebih banyak dari baik....bukan setakat drama malah kartun-kartun yang dipaparkan ada terselit unsur buruk yang tidak sesuai untuk pertumbuhan jiwa kanak-kanak..... mungkin ada siri kartun yang boleh ummie terima namun iklan yang diselitkan pula membuat jiwa ummie risau tak keruan....Malah makin menggali ilmu melalui pembacaan makin ummie nak jauhkan anak-anak dari TV.... akal sihat ummie mula menolak TV sebagai media di rumah... tentu ada halangan  yang perlu ummie lepasi...malah apa langkah yang perlu ummie lalui..... ( hati ummie banyak berbicara sendiri)....ummie coretkan sikit pengalaman
1.  ummie perlu bersedia dengan sikap berontak anak-anak pada permulaan . Alhamdulillah ummie suka menggunakan kaedah sedia awal ( melalui bicara)..... walau ummi belum bersedia untuk membuang Tv sebagai media dirumah, namun ummie sudah banyak berbicara dengan Naufal tentang , kehidupan ustazah dan anak-anak yang tidak menonton TV.. malah tak salah rasanya jika ummie katakan TV banyak membawa rancangan YAHUDI berbanding rancangan islamik Malah dalam menonton rancangan islamik juga akan ada iklan-iklan yang tak sesuai dengan fitrah diselitkan......ingin ummie  tegaskan ummie banyak berbicara dan mengulangi perbicaraan ummie berulang kali ( bukan mudah nak tanam sesuatu pegangan dalam jiwa anak)..
... Untuk Sumaiyah yang belum faham sepenuhnya ummi  cuma katakan kita dah tak boleh tengok TV ( lepas buang ASTRO) sebab  kita tak ada antena dirumah. akan ada tangisan renngekan pada permulaan , namun semuanya akan berlalu dengan mudah dari hari ke hari.
2. Masa akan terasa panjang, jika salah percaturan anak akan bosan dirumah....( ummie perlu banyak main peranan, adakala masa diisi dengan bermain diluar rumah ... ummie yang perlu hidupkan suasana " jom kita main kat luar" ummie paling suka anak main kat luar rumah namun masih dalam kawasan pagar ( selalunya ummie akan tutup pagar)....adakala kami akan mandi diluar rumah ( halaman rumah ada paip, mudah nak bermain air), pernah juga waktu hujan lebat menjadi sasaran ummie untuk mengisi masa anak dengan mandi hujan .... ummie ingat pesan mak " nak bagi anak mandi hujan perlu pastikan hujan tu lebat tanpa guruh dan kilat, ke 2- perlu tunggu 10 minit hujan turun dan yang ke- 3 , lepas mandi hujan bilas balik ngan air paip... Alhamdulillah setakat ni tak ada masalah .... ada kala ummie perlu fikir " tak hujan pun anak boleh jatuh sakit"...Malah jarang sangat anak-anak ummie demam sebab mandi hujan( tak pernah) Moga Allah Jauhkan , AMin... sebaliknya yang terjadi demam tiba-tiba atau sebab banyak keluar tengah panas..
---aktiviti craft sesuai untuk isi masa lapang anak-anak ( anak-anak suka)
---Naufal suka melukis jadi ummie akan guna kelebihan ni untuk membuatkan Naufal tak bosan tanpa TV
---Membaca , " jom baca buku dengan ummie" bicara ummie jika terlihat anak macam mati kutu tak tau apa yang nak dibuat... ada dua kaedah biar mereka melayan buku sendiri atau ummie yang bacakan buku dan bercerita untuk mereka..
---guna laptop ( ummie akan pilih cerita kartun yang sesuai)... dalam pantauan ummie... selalunya dalam 30 minit hingga sejam , itu pun bukan setiap hari.
3.Ketinggalan berita-berita terkini... ( ummie tak rasa perbezaan yang ketara hingga menimbulkan masalah jika terlewat dapat maklumat terkini dalam satu-satu hal )..
4.Abah ( mendapatkan persetujuan abah)....Alhamdulillah dengan sedikit penerangan abah setuju , yang memudahkan ummie coz abah tinggal jauh jadi dalam  banyak hal anak-anak abah serahkan pada ummie ... 
5.jika tetamu datang nak tengok TV????? ( ayat abah).... " hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih"..... tetamu kena terima rumah kita tak boleh tengok TV...
6.berhadapan dengan TV rumah mak tok atau selain dari rumah ummie....
cabaran kelima ni boleh menimbulkan satu prasangka awal antaranya " bila rumah ummie tak boleh tengok TV , Naufal akan suka dok rumah Mak tok" Alhamdulillah sama ja sebelum ada TV ngan selepas tak ada TV... tak la dahsyat sangat sebab Naufal dah terbiasa dengan sedikit masa menonton....
REAKSI UMMIE jika anak menonton TV dirumah mak tok.... ummie terima dan biarkan jika ceritanya elok ... Alhamdulillah Naufal boleh jugak buat pilihan .. adakalanya Naufal akan datang pada ummie dengan muka muncung " semua cerita tak elok" maksudnya dia tutup Tv rumah mak tok dan bermain dgn Sumaiyah....dan jika cerita kartun upin-ipin dia akan  terus menonton....
................cuba bayangkan kita yang besar dan berakal sihat boleh habiskan masa berjam-jam menonton TV , inikan pula sikecil kita ... jika dibiarkan tentu banyak kesan buruknya......cuba bayangkan kita yang besar ni pun jika dah menonton boleh saja terlewat solat kerana asyik, inikan pula sikecil kita....cuba bayangkan kita yang besar juga boleh jatuh hati pada hiburan dan nyanyian yang entah apa-apa , inikan pula sikecil kita..." dari mana anak belajar erti cantik tanpa menutup aurat ( bersepah kat TV).... dari mana sperhero meneggelamkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW ( dari TV)...... cukup untuk ummie bulatkan tekad..
.... satu hari lepas banyak berfikir ummie call abah bagitau ummie tak mau TV .... dengan sedikit provokasi abah bersetuju... esoknya ummie call Astro untuk buat pemotongan, bermakna saluran Tv tak dapat kami ikuti disebabkan kami tidak mempunyai antena...." kita dah tak boleh tengok TV " bicara ummie pada anak-anak pada petang itu, Moga Allah berkati kehidupan ummie sekeluarga...Amin
sedang bermain detektif selepas tengok upin dan ipin ( detektif) ( besar pengaruh TV untuk anak)

....Sedikit kisah junjungan kekasih Allah Nabi MUhammad SAW     .Pada suatu hari, ketika Nabi menggembala kambing bersama teman-temannya, baginda mendapat tahu ada suatu keramaian di Kota Mekah pada malam itu. Nabi seperti anak-anak muda yang lain ingin mengunjungi tempat keramaian itu, lalu berkata kepada seorang temannya.

"Bolehkah engkau melihat-lihat kambing saya, kerana saya ingin benar masuk Kota Mekah beramai-ramai di sana seperti pemuda-pemuda yang lain-lain!"

"Mengapa tidak! engkau selalu menolongku " bicara temannya
Kemudian Nabi pun keluar. Baginda menuju ketempat itu, bunyi-bunyian pancaragam itu kian kuat terdengar ketelinganya. entah bagaimana tiba-tiba Nabi merasa amat mengantuk lalu tertidur ditepi rumah yang pertama sehingga waktu pagi. Seorang pun tidak membangunkan Nabi di situ, sehingga baginda terasa perit oleh panas matahari yang menimpa tubuhnya. Setelah itu Nabi pun kembali menemui teman yang menjaga kambingnya.

Setibanya di tempat kawannya itu, temannya berkata. "Apakah yang engkau lakukan disana Muhammad?" Nabi tersenyum mendengar pertanyaan kawannya itu, lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku keatas dirinya. ( dari bacaan )

.............. Sedikit pengajaran dari kisah Nabi Muhammad SAW,, hari ini anak-anak tak perlu keluar rumah untuk berhibur, banyak hiburan di TV mampukah kita menidurkan anak dari tontonan hiburan yang disajikan TV.... " ummie hanya buat sekadar termampu " Moga Allah terus membimbing kami sekeluarga.. Ya Allah peliharalah mata, telinga dan seluruh anggota kami dari sesuatu yang engkau benci dan murkai... Amin Ya Rabb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan