ALLAH MAHA
BESAR,, DENGAN NAMA MU YANG TERAGUNG …..
Setahun
yang lalu, Sumaiyah masih kecil, time tu hanya Naufal yang banyak buat
permintaan… Masa begitu pantas beredar kini Sumaiyah juga sudah mula buat
permintaan…
Setakat terdaya
ummie sering bercerita sebelum munutup tirai malam anak-anak ,,, Alhamdulillah
masih menjadi rutin ( melainkan kami semua terlalu letih )… Cuma kali ni bukan
sebuah cerita,,, tapi 2 buah cerita … satu pilihan ummie ( yang ummie rasakan
perlu untuk jiwa anak-anak)..satu lagi ummie sendiri tak sedar sejak bila ummie
terikat dengan cerita “ dogeng “ untuk sumaiyah…. Pantang menunggu untuk lelap “
ummie cerita kak ima” ( ima tu anak sedara ummie yang rajin bermain dengan
anak-anak ummie dulu)…..lalu pelbagai rekaan cerita teladan yang terpaksa umie “
karang secara spontan, di mana kak ima akan menjadi watak utama”
Sejak Naufal
bermalam dibilik sendiri , ummie akan menjadi teman sementara sebelum Naufal
lelap,,, Naufal bertemankan ummie dan Sumaiyah… menjadi rutin permintaan
anak-anak untuk mendengar cerita ummie… masing-masing berebut buat permintaan….Malam
ni buat pertama kalinya ummie bercerita menggunakan buku, sebelum ni
cerita-cerita ummie selalunya berdasarkan ayat dan ingatan ummie sendiri (
kisah –kisah nabi atau para sahabat yang pernah ummie baca ) … sedikit-
sebanyak sembang ummie dengan Puan Zuraida tentang cara bercakap dengan
anak-anak ( time bengkel sifir master) mempengaruhi ummie agar membiasakan
Naufal menggunakan bahasa buku….. kerana jika ummie sendiri perhatikan “
hadis-hadis rasulullah “ kebanyakannya menggunakan ayat-ayat baku dan agak “skema”……(
mungkin agak tinggi untuk anak-anak sekecil Naufal, namun kebiasaan akan
memahirkan seseorang)...ummie dapati teknik bercerita menggunakan buku
mengandungi beberapa kelebihan antaranya:
- · Jalan cerita ummie lebih teratur.. ummie tak akan tertinggal jalan cerita yang penting untuk dijadikan teladan ( bila part ni ummie boleh hurai untuk diaplikasikan dalam kehidupan kami)…
- · Ummie tak akan tertinggal watak-watak utama dalam cerita ( malah ummie boleh menyebut nama penuh sahabat contohnya, sebelum ni jika ummie terlupa ummie Cuma katakan ada seorang sahabat Nabi ….)
- · Secara tidak langsung membiasakan anak-anak dengan bahasa buku yang lebih baku dan betul ( sesuai dengan Nuafal yang akan menginjak ke alam persekolahan)… melatih anak-anak mendengar ayat-ayat buku yang baku…dan kosa kata baru ( yang ummie rasakan mudah dan sesuai dengan umur Naufal..
- · Anak-anak lebih yakin dengan cerita ummie bila menggunakan buku kerana ummie confident bercerita ( tak terganggu atau terhenti) sebelum ni, ada kala ummie terhenti sebab terlupa jalan cerita … ( baca kisah sekali, nak cerita balik sekerat ja dah tak yakin apa jadik , selalunya situasi ni terjadi untuk cerita yang ummi jarang baca) jalan selamat ummie akan kata esok ummie cerita balik…..
- · Ummie boleh siap tambah ulasan dari cerita yang dibaca sebab dah ada panduan malah tak kekok nak masukkan hadis yang kami dah hafal sikit-sikit jika berkaitan .. ( bahasa buku selaras dengan bahasa hadis yang kita selalu baca dari kitab or buku)…
- · Boleh pupuk minat anak memegang buku…. ( secara automatik anak akan rasa happy tiap kali ummie ambil buku untuk dibaca)….
- · Melatih anak-anak menjadi pendengar yang baik ( ini kelebihan umum if cerita rekaan jugak boleh bagi implikasi yang sama dalam konteks pendengar yang baik)
Walau bagaimanapun
bila menggunakan buku, buku yang dipilih perlu sesuai dengan peringkat umur
anak… untuk ummie buku yang ummie guna perlu sedikit olahan bahasa yang dirasakan perlu….InsyaAllah masing-masing
ibu selalunya kenal tahap penguasaan anak-anak…. Namun sesekali menggunakan
bahasa tinggi contoh “ menyogok” dalam hadis
“ Laanat rasulululah SAW kepada mereka byang menyogok dan disogok”…
membuatkan Naufal bertanya “ menyogok tu apa umie” … nilah time anak boleh
belajar kosa kata dan secara tidak langsung kita up grade pemikiran anak-anak pula
dengan contoh situasi berkaitan kosa kata tersebut “ menyogok= rasuah”
Last tips
dalam pemilihan cerita – pilihlah kisah-kisah Nabi ( kerana banyak nabi yang
namanya disebut di dalam Al-Quran)
“Kami akan menceritakan kepadamu cerita
terbaik dengan apa yang telah Kami wahyukan al-Quran ini kepadamu meskipun
sebelumnya engkau termasuk di antara orang-orang yang lupa (baca : tidak mengenal
kisah itu)”. (S. Yusuf 12 : 3)….
Untuk
hari pertama menggunakan buku “ ummie memilih kisah keberanian Nabi Muhammad SAW ketika dihunus pedang oleh kafir “… sengaja
ummie pilih kisah keberanian Nabi SAW yang menjawab “ ALLAH” setelah disoal
oleh sikafir “ siapa yang akan menolongmu” sambil pedang dihunus…. Kisah ini
sesuai dengan Naufal yang perlu dimotivasikan untuk terus tidur dibilik
sendiri)… “ bila Naufal jaga malam atau takut, berdoa pada Allah , baca
bismillah” bicara ummie setelah selesai bercerita…
“
Ya Allah anugerahkan aku hati yang SABAR dalam mendidik anak-anakku dan tetap kan
hatiku dan zuriat-zuriatku pada agamuMu… AMIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan