Rabu, 21 November 2012

"wahai rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai melebihi segalanya, kecuali diriku sendiri."  Rasulullah SAW memandang wajah saidina Umar dan berkata "Tidak wahai Umar, demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, belum sempurna imanmu hingga engkau mencintaiku lebih dari dirimu sendiri" segera umar menjawab dengan berkata " Demi Allah , sekarang aku mencintaimu melebihi diriku sendiri." Rasulullah kemudiannya bersabda " Sekarang telah sempurna imanmu wahai Umar"............sering kita dengar kisah ni,,, ia bukan sekadar kisah biasa .. tapi kisah untuk mengajar umat yang jauh dari kehidupan bersamanya...
.....Mohon dariMu ya Rabb , anugerahkanlah rasa cinta dalam jiwa kami kepada rasul kami Nabi Muhammad SAW seperti mana Saidina Umar mencintai nya.. seperti mana para sahabat mencintainya dan mudahkanlah kami mengikut sunnahnya, tanpa taufik dan hidayah mu lalailah kami dari fitrah suci itu, Amin ya Rabb.
.....tanpa umie sedari masa cepat benar berlalu sekeping hati yang membawa fitrah suci hadiah dari Allah yang Allah ilhamkan umie dgn abah menamakannya Muhammad Naufal akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan.....sedikit sebanyak rasa bimbang dihati ummie .
....." Naufal , ummie akan siapkan bilik Naufal , lepas ni Naufal kena belajar tidur bilik sendiri " rasanya setahun lalu pun ummie dah berbicara soal ni... cuba menyahut sunnah nabi  ( bila tak dibuat awal sunnah ni akan menjadi makin sukar untuk dilaksanakan).. seingat ummie kami dulu susah , pengetahuan agama orang tua pulak tak seperti sekarang, tak banyak sunnah nabi yang kami dapat amalkan, Alhamdulillah semuanya dah berubah hari ni kebanyakan anak-anak dah belajar sunnah disekolah mudah mak ayah nak praktikkan ..
......kepayahan menghidupkan sunnah dirumah memang ummie rasai.. sunnah tu mudah cuma hati yang berkarat dan dah terbiasa dengan lingkungan kehidupan sendiri menjadikan amalan sunnah yang mudah tu menjadi sukar,, sekali buat esok mungkin lupa.... buat balik.... ( paling tidak ada sedikit usaha dan perlu berterusan agar semua tu menjadi mudah).. hanya doa dan usaha moga Allah lorongkan jalan-jalan sunnah ...
.... Naufal teruja dengan katil baru , awal cuti ummie dan abah dah rancang bersihkan bilik Naufal , banyak barang yang kami pindahkan agar tak serabut untuk dihuni buah hati ummie..." ummie mana selimut dan kain " soal naufal ,, sebagai ibu, ummie faham yang Naufal maksudkan kain tu, cadar untuk menghiasi katilnya ... ummie juga faham dalam hati Naufal terbayang selimut ben ten atau superhero yang sememangnya menjadi kegilaan kanak-kanak ... ( walau ummie cuba hapuskan tetap jugak melekat kat pemikiran anak -anak , mudah cerita susah benar nak buang super hero khayalan tu ditambah dengan fitrah anak lelaki yang cukup suka pada aksi superhero)....tak ada jalan lain melainkan semua perlukan masa,,,( doa dan usaha).....dalam melalui lorong-lorong usaha , ummie kerapkali mengingatkan Naufal tentang superhero kartun hanya khayalan... ummie dapati ia perlu diingat secara berterusan ...
.... malam tu  ummie sengaja mencari peluang berbicara dengan Naufal... " Naufal suka katil ni" soal ummie " suka " cepat naufal jawab , sebab masih keciwi dengan katil barunya....( dalam hati ok jugak dia tak kisah ummie pilih katil kayu yang paling simple ...." ummie rasa nanti kita beli cadar yang tiada gambar superhero ok tak" sengaja ummie berbicara untuk melihat reaksi Naufal ... " kalau ben-ten tak boleh, batman tak boleh nak beli gambar apa" soal Naufal .....( memang tepat naluri keibuan ummie) dalam hati, patutla mak boleh ja tau apa dalam hati ummi dan kakak-kakak walau kami cuba rahsiakan sesetengah perkara...  ummie perlu berterus terang " sebagai mak, ummie akan rasa bersalah bila melihat naufal terlalu memuja ( suka) ben-ten dan bat -man yang tak wujud pun dalam dunia ni, risau kalau Naufal suka ben-ten lebih dari Nabi Muhammad SAW" bicara ummie ....Naufal diam ( seperti membenarkan bicara ummie)...." kita beli gambar kereta ka, robot ka, bola pun ok, asal bukan superhero yang tipu tu" ummie meneruskan bicara bila melihat Naufal seakan-akan menerima pendapat ummie..... Alhamdulillah akhirnya bilik Naufal siap dengan sebuah katil comel dengan cadar bewarna biru , jika dihitung dari hari ummie menambah entry baru ni dah kira 3 hari Naufal tidur sendiri sepanjang malam..Alhamduilillah semuanya lebih mudah dari yang ummie bayangkan , cuma ummie nak share beberapa perkara yang menjadi cabaran dan langkah umum buat ibu-ibu untuk mengajar anak tidur dibiliknya sendiri.
1.  Takut...... lazimnya semua kanak-kanak punya rasa takut .... ummie menyedari rasa takut anak-anak kebanyakannya berpunca dari kebiasaan terdedah pada cerita-cerita hantu /tahyul .. dan secara psikologinya juga adalah tidak sesuai mendedahkan cerita hantu atau keganasan kepada anak-anak.. Alhamdulillah lebih kurang 2 tahun ummie menghadkan rancagan TV anak-anak , melainkan diluar kemampuan ummie bila anak-anak berada diluar rumah...
- punca takut yang kedua adalah dari sikap ibu dan ayah atau orang sekeliling yang suka menakut-nakutkan anak-anak untuk mengatasi perilaku anak.. contoh seorang anak yang sukar keluar dari bilik air setelah mandi akan ditakutkan dengan " jom keluar nanti katak gigit kaki".. kaedah ini tidak diiktiraf sebagai kaedah yang betul dalam mendidik anak-anak., malah semakin anak tumbuh dewasa dia akan semakin tahu yang dia telah ditipu ( oleh ayah dan ibu) .. biarlah sesukar mana pun caranya untuk mengatasi perilaku anak janganlah hingga kita tidak bercakap benar... Nabi SAW adalah orang yang sentiasa berkata benar...mari kita hidupkan sunnah berkata benar dalam kehidupan berkeluarga moga walau sukar , tapi masih ada roh islam dan diberkati...Nabi Muhammad SAW bersabda  "man ghasshanaa fa laisaminna  ertinya siapa yang curang bukan golongan kami"
- Naufal pernah takut gelap, pernah takut hantu macam kanak-kanak lain.. Alhamdulillah segalanya diatasi secara perlahan dan tidak terlalu drastik memudahkan ummie mengasingkan bilik tidur..
2. Tiada persediaan....  bukan perkara mudah untuk memastikan anak mahu tidur sendiri setelah lama ditemani ummie , Naufal tiap kali tidur siap berebut dengan Sumaiyah agar ummie palingkan wajah pada mereka., sebagai langkah awal ummie selalu sebutkan perkara ini agar dah lekat dalam minda Naufal, setiap kali sambutan hari lahir Naufal ummie akan ingatkan " Naufal bila dah 7 tahun dah tak boleh tidur dengan ummie, dah kena belajar tidur sendiri"... contoh lain yang selalu ummie bicara   " nanti bila Naufal dah masuk sekolah ummie akan belikan Naufal katil ".. malah makin dekat dengan waktu yang ummie dan abah rancang kami makin kerap buat promosi kat Naufal yang biliknya akan dihias cantik dengan katil baru..Alhamdulillah Naufal teruja sangat sampai siap  gaduh dok berlawan dengan sumaiyah " ni bilik along, along ada katil .. sumaiyah kecik lagi , nanti sumaiyah besar sumaiyah pun tak boleh tidur dengan ummie".. ayat-ayat macam ni buat ummie rasa Naufal dah boleh terima pengasingan tempat tidur ummie dan abah... persedian yang cukup akan memberikan anak keyakinan untuk mereka tidur sendirian., insyaAllah
3.Terlalu rapat dengan ummie- masalah terlalu rapat ni bukan saja dari pihak Naufal ... ummi sendiri yang sayu sebenarnya untuk biarkan Naufal jauh dari ummie ( abah kerja jauh, jika difikirkan anak-anak la yang selalu teman ummie tidur).. apatahlagi pertalian menyusukan anak-anak menjadikan kami sangat dekat ( anugerah Allah pertalian ini, moga Allah jadikan anak-anak yang ummie susui menjadi anak-anak yang soleh, dan solehah)Amin....hampir tiap tengah malam ummie akan terjaga , ummie rasa sayu menghampiri Naufal yang enak tidur dikatil sendiri ... baru asing bilik tidur ummie dah sedih,,,tak terbayang Naufal akan pergi jauh...waktu-waktu macam ni ummie akan cek arah tidur anak-anak... ummie akan betulkan agar arah tidur mereka menghadap kiblat.. malah sejak tekad dengan sunnah ni, ummie memang susun katil agar sesuai dengan posisi anak untuk menghadap arah kiblat.... ( ummie syorkan pembaca budiman menjadikan buku " mendidik anak cara Nabi" sebagai rujukan) .. banyak perkara yang perlu dititikberatkan bagi menjaga adab-adab tidur mengikut sunnah......
Nabi melihat seorang lelaki yang tidur meniarap, lantas beliau berkata " inilah cara baring yang dibenci Allah"( hadis Riwayat Tarmizi)...
4.  Temankan anak sementara waktu... untuk membiarkan anak terus tidur sendiri tanpa ditemani adalah satu langkah drastik bagi ummie, adalah lebih baik anak ditemani pada permulaan waktu ... tapi perlu dijelaskan yang dia akan ditinggalkan setelah lena... supaya anak tak terkejut seandainya jaga pada waktu tengah malam..." Naufal dah tidur , ummie akan kebilik ummie ok" itu contoh ayat ummie kat Naufal...
.. Alhamdulillah Naufal dah tidur dibilik sendiri , ummie just teman time awal ( selepas hafal hadis, baca deeniyat dan iqra) Naufal akan tidur... setakat nie... Naufal terus lena sampai awal pagi , tak terjadi pulak dia lari datang tidur dengan kami... Alhamdulillah.... Muhammad Naufal bin Eid, Engkau sedikit demi sedikit dewasa ... Makin Engkau dewasa , ummie semakin gusar.....gusar rupanya engkau makin jauh dari ummie... adakala terfikir ummie nie sensitif sangat ,, namun akal sehat ummie akan berkata " tidak , semua yang melahirkan akan kasih pada fitrah suci yang dikandung dan yang dilahirkan".... Moga fitrah suci akan terus suci ( walau tangan yang nak mencorak kan fitrah itu telah jauh kelabu)...
ummie share kisah ini agar kita sama-sama menghiasi kehidupan berkeluarga dengan sunnah junjungan besar nabi kita Muhammad SAW....











Tiada ulasan:

Catat Ulasan