Alhamduulillah persoalan ni ummie jumpa ketika membaca majalah FardhuAin.... ummie sendiri sedang memupuk minat membaca agar sedikit sebanyak Naufal n Sumaiyah minat jugak membaca buku terutama sejak ummie putuskan potong talian Astro... memotong talian astro maknaya kami tak akan menggunakan TV sebagai sumber media untuk keluarga dirumah ....( insyaAllah ummie akan buat entry jika terluang tentang ni kelak)....
... Alhamdulillah ya Rabb, lepas baca isi majalah fardhuAin yang bertajuk " Menggoda Keikhlasan Dalam Setiap Amalan" sedikit sebanyak mengurai kekusutan ummie samaada terus menulis or hentikan post-post aktiviti kami.... ( umie risau jika rasa kurang enak tu adalah percikan-percikan riak dan takabbur ) hingga jatuh pada amalan yang tiada keikhlasan... ( bukan mudah nak mujahadah diri agar niat awal tidak tersasar).... jika difikirkan mudah untuk ucap aku ikhlas ( tapi sukar untuk merealisasikan sebuah kelikhlasa)...
Dari
Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuhmu dan tidak
pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai)
keikhlasan hatimu”. [HR. Muslim]...
Jawapan Ustaz Ahmad Zahiruddin kepada peserta itu ( bagi ummie untuk seluruh pembaca dan ummie sendiri yang suka menulis): "Ikhlas , penilaian mutlaknya ialah Allah. Kita sebagai manusia sekalipun mendakwa diri masing-masing ikhlas, masih belum pasti ia adalah benar-benar ikhlas disisi Allah. Mereka yang khuatir dengan keihlasan mereka pula kadang-kadang mendapat nilaian ikhlas disisi Allah, apapun ada satu perkara yang menjadi asas kepada kita dalam memanifestasikan keihl;asan kita sebagai hamba Allah, ialah melalui usaha.Tugas kita sebagai hamba Allah adalah berusaha untuk ikhlas dalam setiap perbuatan dengan harapan ia dinilai pahala IHLAS kerana Allah. Ikhlas perlukan mujahadah, iaitu bersungguh-sungguh mahukannya. Tidak wajar kita berfikiran " saya takut tidak ikhlas"kerana keikhlasan itu bertunas dan mekar andai benih niat dari awal sudah kita tanam "hanya keranaMU ya Allah".....Andai tidak mampu capai tingkat ikhlas yang mutlak paling tidak kita sentiasa berusaha untuk sampai ke tepiannya"
Dalam setiap perjalan sebuah usaha sunnatullahnya mengambil satu jangkasa masa tertentu... Dalam perjalanan ummie mendidik anak-anak... takut benar ummie tersasar , kerana ramai yang cenderung anak-anak berjaya untuk kebanggan diri sendiri dan kepuasan diri yang kononya telah berusaha... ( mohon Allah jauhkan dan ingatkan diri ummie )....sesuatu yang ummie ambil iktibar dari kebaikan menulis blog " ummie banyak belajar erti pengorbanan ibu-ibu dari sebuah pembacaan yang ibu diluar sana coretkan"Alhamdulillah usaha kalian berkongsi sedikit kehidupan kalian banyak bagi manfaat untuk ummie... terima kasih untuk semua ibu-ibu yang berkongsi kehidupan kalian ... Moga terus istiqamah.dalam keihlasan kerana NYA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan