Ummie menarik nafas panjang.... terasa damai memandang wajah-wajah wangian syurga.... Muhammad demam, Humaira juga sakit akibat terluka.... jika dulu ummie adalah ibu yang paling cemas dengan sakit anak-anak....Alhamdulillah kini banyak yang sudah berubah.. " ummie, boleh Muhammad solat sambil duduk " Muhammad mengajukan soalan setelah dia selesai mengambil wudhuk ..." Muhammad ambil wudhuk elok tak hari ni"? ummie tidak menjawab pertanyaan Muhammad sebaliknya ummie pula yang mengajukan soalan kerana ummie perlu perbaiki beberapa tatacara berwudhuk Muhammad yang dikhuatiri tidak rata pada anggota wudhuk ..."emmm .... Muhammad ambil lainlah wudhuk "..bicara Muhammad yang rela mengambil wudhuk untuk kali kedua , tentu ada yang dia rasakan tidak kena..... lega ummie apabila Muhammad bersedia ulang wudhuk tanpa arahan ummie.
" ummie, kaki Muhammad lenguh , boleh tak Muhammad solat sambil duduk" Muhammad kembali mengajukan soalan yang sama.... ummie serba salah untuk memberikan jawapan, bimbang jika ummie membenarkan permintaan Muhammad, kedepan Muhammad akan solat duduk jika demam ... Namun ....." Muhammad boleh solat duduk hari ni, sebab Muhammad demam dan masih kecil, jika Muhammad besar macam ummie . Muhammad perlu berdiri untuk solat" ummie berbicara.... ummie tidak hanya memberi keizinan membuta tuli , sebaliknya ummie selitkan sebab keizinan ummie hanya terhad pada ketika dan umur Muhammad yang baru menjangkau 7 tahun .... antara sebab keizinan ummie
- Muhammad yang baru mencecah usia 7 tahun, baru belajar dan fikirannya terbatas. dia tidak mampu berfikir seperti ummie berfikir .
- Muhammad masih dalam fasa bawah umur ( tidak dikira dosanya)...
- Muhammad sudah rela ulangi wudhuk untuk kali kedua walau demam ( ketika terkena air Muhammad bersungut sejuk).. ummie tak ingin Muhammad terasa berat untuk solat ketika demam.
- Muhammad lenguh kaki akibat demam ( ini biasa terjadi apabila suhu badan tinggi )/ badan akan terasa seram sejuk
- Muhammad sanggup untuk solat pada waktunya walaupun demam
- Umur 7 tahun , adalah umur untuk ummie terus mendorong Muhammad dengan cara yang lembut bukan paksaan dan kekerasan ...
.... Pada penulisan ummie kali ini, ummie ingin berkongsi beberapa kebaikan yang ummie rasakan setelah mengamalkan pujian gaya Nabi ... walaupun amalan ummie ini tidaklah 100 peratus dalam berbicara dengan anak-anak ( masih dalam fasa peralihan gaya tradisi dengan gaya Nabi Muhammad SAW)namun sedikit sebanyak ummie sudah merasakan kebaikan amalan ini... antara kebaikannya
- Tak perlu beli coklat atau hadiah ( cukup memuji sambil ummie beri ciuman )... hingga adakala anak berlumba-lumba nak dapatkan ciuman ummie.. pernah satu ketika ummie memuji sambil mengusap lembut kepala Muhammad.. tiba-tiba humaira protes sambil wajah mencuka" ummie ni, tak pegangpun kepala Humaira macam tu".... ini yang dikatakan cemburu pada hal kebaikan, InsyaAllah Humaira akan berlari-lari nak masukkan baju kotor dalam baldi sebab nak dapatkan pujian dan usapan ummie..
- kebaikan untuk ummie pula , ummie sudah tidak cepat nak marah-marah macam dulu... kaedah mendidik anak dengan cara ni banyak mengajar ummie untuk bersabar.....
- ummie sendiri tak cepat tertekan seperti dulu ( kerja hingga jam 5.00 ptg,hidup jauh dari abah) mula sedar " tertekan apabila kita banyak berleter" " banyak marah"..
- Ummie mula percaya " teknik nabi " sesuai dulu kini dan selamanya .... jika sebelum ini ummie hairan macam mana Nabi Muhammad SAW boleh melahirkan orang-orang hebat akhlak, hebat dunia, hebat akhiratnya...
- yang paling penting... mengajar ummie untuk beramal dengan sunnah ,, ummie makin banyak membaca untuk mendapat idea- idea buat skrip ( dari Fb dan buku-buku) - buku yang sesuai untuk rujukan " Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad "" hadith Kaunseling Gaya Nabi Muhammad" dan buku Islamic Parenting.
'Anak masih sering lupa dan lalai. Ia belum mampu memfungsikan akalnya untuk konsisten terhadap suatu urusan layaknya orang dewasa. Kerana itu, nabi sangat memerhatikan aspek ini. Hal ini bisa dilihat ketika nabi menugaskan suatu pekerjaan kepada Anas saat ia masih kecil. Bila baginda Nabi melihatnya melakukan kelalaian atau kealpaan , baginda tidak menghukumnya, tapi cukup memberikan arahan kepadanya. Malah jika baginda melihat ada keluarganya yang hendak menghukumnya, baginda bersabda "Biarkanlah dia, seandainya ditakdirkan, ia tentu telah terjadi". Hal ini kerana baginda mengetahui bahawa anak mempunyai kemampuan berfikir yang terbatas.Adakalanya anda mengatakan kepada anak Anda, " kamu jangan main dengan anak-anak lain" akan tetapi , apabila sang anak melihat teman-temannya ia tidak ingat lagi larangan ayahnya. Hal ini kerana kemampuan berfikir anak belum dapat menyimpulkan bahawa melanggar perintah orang tua adalah derhaka dan dilarang.' kerana itu apabila baginda Nabi melihat kekeliruan anggota keluarga yang hendak menghukum pelayannya anas yang belum cukup usia baginda bersabda " "Biarkanlah dia, seandainya ditakdirkan, ia tentu telah terjadi"........-buku Islamic Parenting
.. sehingga kini ummie masih merangkak-rangkak untuk mengubah tradisi kebiasaan dalam menagani tingkah laku anak-anak... perkongsian ini sebenarnya untuk memantapkan kefahaman ummie sendiri ...Semoga Anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh , Amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan