Isnin, 25 November 2013

cahayafitrah: Kerana " hati ini merasa"

cahayafitrah: Kerana " hati ini merasa":  بِسْــــــــمِ اللَّــہ الرَّحْمَــــــانِ الرَّحِيـــــــم "Akak Za ( bukan nama sebenar ) kemana ? kami tunggu kak Za, jom kita ke...

Kerana " hati ini merasa"

 بِسْــــــــمِ اللَّــہ الرَّحْمَــــــانِ الرَّحِيـــــــم

"Akak Za ( bukan nama sebenar ) kemana ? kami tunggu kak Za, jom kita ke kantin". Ummie berbicara setelah melihat kak Za muncul dari pintu bilik guru . "Akak dari bilik Helwani , baca Yasin," itulah jawapan Kak Za... ummie pula dah mula terkeliru memikirkan tradisi sekolah setiap hari khamis warga Kolej akan membaca surah Yasin. " Hari ni, hari apa " ummie bertanya kerana mula kaget , risau tersalah hari.... " Tak, akak baca sebab anak kak hari ni SPM" ... jawab beliau . Ummie perhati wajah kak Za, hari ini ummie tidak memandang Kak za sebagai seorang kawan, tapi apa yang kelihatan wajah seorang ibu, penuh risau ... dalam hatinya siapa tahu, tentu sarat dengan sebuah harapan.... Itulah kasih seorang ibu, ikhklas dan tulus dalam cintanya.  petangnya setelah " punch card" ummie bergegas turun kebilik  untuk mengambil beg, dalam perjalanan ummie bertembung dengan Kak Za dan anak perempuannya yang hari pertama menduduki SPM.. sempat juga ummie mendengar perbualan mereka. "  Macam mana soalan hari ni " soal siibu . " soalan kali ni lebih mudah dari percubaan Ma" jawab anaknya .... "Alhamdulillah " ceria wajah siibu memanjat syukur...... cukup puas wajah Kak Za, ummie turut gembira melihat wajah Kak Za petang itu . Kenapa ummie turut merasa " kerana ummie memiliki hati seorang ibu"..... hati ibu itu kagum melihat ibu lain melakukan pengorbanan, hati ibu itu bersedih melihat ibu lain bersedih ..hati ibu itu gembira melihat kegembiraan ibu lain... itu lah hati ibu , hati ibu turut merasa apa yang dirasa ibu lain..hati ibu itu terdorong untuk memberi yang terbaik untuk jiwa anak-anaknya.. jangan biarkan hati ibu itu mati dengan kesibukan, jangan biarkan hati ibu itu mati kerana cita-cita lain yang lebih besar, jangan biarkan hati ibu itu padam dan diganti dengan sesuatu yang sifatnya material ..... kerana hati ibu itu bisa padam dan mati....
...... sekembali ummie dari sekolah ummie bergegas ke bilik belakang ( asalnya bilik Muhammad ) , namun sejak si Putih ( kucing liar yang sudah jinak ) mendiami bilik itu bersama anak-anaknya, terpaksa ummie arahkan Muhammad tidur bersama ummie dengan Humaira untuk sementara waktu " ummie jangan lah biarkan kucing keluar, diakan nak beranak " berkali-kali Muhammad memberi pesanan supaya kucing tu beranak di dalam rumah... "Tak boleh Muhammad nanti kucing nak kencing  macam mana?"habis rumah kita... Tapi dalam diam ummie masuk ke bilik dan kosongkan bakul mainan anak-anak, ummie alaskan dengan tuala dan kain.. ummie tutup separuh ( setahu ummie ibu kucing suka tempat yang agak privacy)... malam tu ummie terdengar bunyi kucing mengiau berkali-kali dari luar tingkap . ummie buka tingkap bilik Muhammad dan tutup pintu bilik .. ( ada sesuatu yang ummie duga ), ummie kembali ke tempat tidur meneruskan lena yang panjang.... Dugaan ummie tepat, sudah ada dua ekor anak kucing di dalam bakul mainan anak-anak... ini kali kedua Si Putih mendiami   bakul yang sama dengan anak-anak kecilnya... kali pertama dulu habis mainan Muhammad penuh dengan darah ( bakul tu menjadi tempat Si Putih melahirkan anak-anak)... .. kali ini Sudah seminggu anak-anak Si Putih menyusu di dalam bakul mainan tersebut, Suatu petang, Si Putih berbunyi dari luar tingkap.. ummie terdengar beberapa bunyi , dari bunyi tersebut ummie menduga Siputih melompat dan jatuh... ummie menjenguk keluar, kaki siPutih Luka, matanya tertutup sebelah ... terus ummie bukakan pintu rumah di bahagian belakang.. berlari Siputih masuk, rindu agaknya pada anak-anak yang lama ditinggalkan ... Ya, Si Putih cedera atau sakit barangkali. dengan kaki yang capit si putih masuk kedalam bakul mainan menyusukan anak-anak yang kelaparan............ si putih juga sama, Sayangkan anak-anak, entah berapa kali si putih membuat cubaan melompat dari  luar tingkap dengan kaki yang capit.. Si putih langsung tidak berputus asa, sehingga ummie terdengar bunyi-bunyi lompatan si Putih berkali-kali.... sedih ummie memandang Si putih berjalan capit, sedih ummie melihat siputih dengan kaki yang luka, mata yang penuh dengan tahi mata........ dan kerana Hati yang turut merasa ummie bawa Si Putih keklinik .. si Putih dicucuk dan dibekal dengan ubat makan, pil vitamin, krim luar untuk luka dan ubat mata untuk dititis ke dalam mata.... terima kasih untuk mak dan kakak Bi yang membawa ummie ke klinik.... Moga Allah membalas kebaikan kalian. Amin. Hati yang merasa.

"Ya Allah peliharalah anak-anak kami, cintailah mereka, ajarilah mereka kebaikan dan didiklah mereka, kerana Engkaulah sebaik-baik pemelihara, sebaik-baik pendidik, Amin"
.........terkenang ummie suatu peristiwa akibat hati yang merasa ...." kenapa ummie nak bagi buah pinggang pada Ngah B( nama samaran untuk kakak kedua ummie), Muhammad tak suka, Muhammad takut ummie sakit, sapa nak jaga Muhammad" bicara Muhammad setelah ummie maklumkan pada Muhammad hasrat ummie tidak lama dulu" bicara Muhammad menjadikan hati ummie serba salah namun ada suara keramat yang menguburkan suara Muhammad, suara yang telah lama berkorban untuk ummie " tadi Bita ( kakak pertama ummie) bagitau , dia gagal untuk dermakan buah pinggang untuk Sobi" Nada suara mak sungguh sedih, sedih mengenangkan seorang anak tercinta terpaksa menangggung sakit berat seumur hidupnya, mata mak turut berkaca .. kakak ummie yang kedua merupakan pesakit buah pinggang yang hampir kehilangan semua fungsi buah pinggangnya,   tak lama ummie bersama mak pada hari tersebut, ummie takut untuk mengalirkan air mata di hadapan mak ( ego atau malu ummie tidak pasti ) , memang ummie agak pelik, suka menyimpan beberapa perasaan, malah adakala apa yang ummie fikir bertentangan dengan ahli keluarga kami,, ummie biarkan mak dengan kekecewaannya ( hanya hati ummie yang berbicara)... Esoknya telefon berdering.. " Dian kak Bi nak tanya, Dian jangan rasa terpaksa, dian fikir betul-betul.. betulkah Dian nak dermakan buah pinggang untuk kak Bi, dian fikir dulu, nanti setelah fikir baru dian berikan jawapan " bicara kakak ummie dari corong telefon. Terus terang ummie katakan jika jalinan adik yang ummie ada belum tentu untuk ummie memberikan satu dari buah pinggang ummie, belum tentu(kerana iman ummie masih rapuh untuk ketahap itu).... tapi kerana hati ini tidak mampu untuk merasa rasa terkilan seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan anak-anaknya ,ummie mencari kekuatan untuk terus menjadi penderma kedua setelah kakak sulung ummie gagal dalam beberapa ujian transplan....Alhamdulillah ummie mendapat persetujuan suami tercinta... hanya sms ummie kirimkan sebagai tanda setuju kepada kakak ( ummie tidak tahu untuk berbicara)... .. kini telah hampir dua tahun ummie menjalani ujian Transplan.. kata Dr telah 90% berjaya, cuma tinggal beberapa ujian akhir di Kuala Lumpur... Rasa takut hadir silih berganti... apa yang ummie lebih risaukan ialah hal anak-anak, hal Muhammad dan hal Humaira ... banyak yang ummie doa dan harapkan ( hanya Allah yang menjaga kalian) ... ummie juga telah membaca beberapa blog berkenaan transplan,, ummie juga telah mengetahui ada khilaf ulama dalam soal mendermakan buah pinggang... dan ummie telah tekad untuk berpegang pada pendapat yang  ada Nasnya malah fatwa yang mengharuskannya

 Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Baqarah[2:173]).

...Yang ummie harapkan ialah ahli keluarga ummie yang lain menjaga anak-anak ummie seperti ummie menjaga mereka... Ummie  tiada Tv untuk ditonton dirumah, ummie mohon hadkan tontonan anak-anak ummie, ummie  suka anak-anak banyak minum air putih , ummie mohon buatlah yang terdaya untuk elakkan mereka minum air lain terutama air batu, sehari pun beharga untuk ummie bersama anak-anak ( jadi ummie di lihat terlalu mengawal anak-anak oleh kalian) hanya penghormatan ummie harapkan dari kakak, adik dan abang ummie untuk seketika memahami Hati ini... ummie mohon ikut perkara pelik ummie sementara ummie di Hospital kelak, itu yang ummie harap kalian buat... anak-anak ummie aktif dan adakala akan menimbulkan rasa marah... ummie mohon kalian bersabar dalam menangani karenah mereka ...... buatlah semampu kalian,     ummie hanya mampu merasa, dan  hanya satu semuanya Ilham dari Allah, semuanya takdir Allah...Ya Allah jaga dan peliharalah anak-anak kami untuk setiap detik, Engkaulah sebaik-baik pemelihara, Ya Allah , bersihkan diri kami dan hati kami, Ajarilah  kami dan Zuriat-Zuriat kami erti Ikhlas... Amin

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (Ali ‘Imran[3:92]). 

.... proses ujian transplan hanya tinggal 10 % lagi,,,, gagal atau berjaya semua kehendakNya.. 90% yang telah berjaya, manakala baki 10 % lagi Ketentuan Yang Maha Kuasa..buah pinggang itu bukan milik Ummie, bersyukurlah dan berterima kasih kepada pemilik sebenar..Itu yang ummie harapkan....Kerana Hati yang Merasa :)..... sendiri dalam mengalir air mata.

Ahad, 3 November 2013

Annakku " itu Rumah Syaitan " sayang


بِسْــــــــمِ اللَّــہ الرَّحْمَــــــانِ الرَّحِيـــــــم


Gelagat Humaira ketika membantu ummie mengemas rumah...jangan katakan tidak bila anak-anak ingin membantu , sebaliknya alih bentuk bantuan itu kepada .  sesuatu yang lebih ringan  atau tawarkan bantuan yang lebih menarik untuk mereka... bila Humaira tengok ummie vacum dan mop,, dia juga sebuk nak buat... " Humaira nanti lepas ummie siapkan ruang tamu dan bilik ummie, Humaira mop bilik Along "  bicara ummie... setelah kerja ummie 90 % selesai. ummie cuba iktiraf Humaira dengan memberi vacum( cuma buang batang penyedut depan , supaya mudah humaira vacumm)... akhir sekali ummie bagi pujian gaya Nabi.....

Alhamdulillah satu hari telah berlalu.....ummie masih sama, belajar menawan hati anak-anak agar mereka berperilaku dengan akhlak yang baik ....( untuk mengamalkan sesuatu yang bukan kebiasaan memang rumit, susah dan sukar .... Tapi ummie harus sentiasa ingat yang sukar itulah nantinya manis hasilnya)... mendidik anak bukan suatu yang hasilnya cepat untuk dicapai, tapi penerapan yang berpanjangan itulah yang akan mendidik dan terkesan dihati anak-anak......Alhamdulillah, ummie akhirnya terhenti pencarian/ kaedah mendidik anak-anak setelah mempelajari ( dengan membaca dan menghadiri bengkel Mendorong Pelajar corot dengan kaedah Nabi)....
Dalam mengendalikan anak-anak dengan teknik Nabi Muhammad SAW,, arahan perlu diberikan tanpa membebel dan mengungkit salah laku anak-anak ..dalam entry kali ini ummie nak berkongsi pengalaman menangani masalah  Muhammad yang suka mengambil masa yang lama ketika mandi ,, macam-macam yang dibuatnya . Setelah membaca buku-buku parenting mengikut sunnah, ummie mula sedar tandas bukanlah tempat yang sesuai berlama-lama di dalamnya kerana ia adalah  kediaman Syaitan Laknatullah( banyak hal remeh yang kita buat sebenarnya menyalahi ajaran junjungan Nabi kita, cuma kita yang tidak menyedarinya).
Sebuah hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah SWT seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal anak-anak Adam berada di bumi.


'' Ya Allah, adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,'' kata iblis.


Allah SWT berfirman;'' Tempat tinggalmu adalah air (bilik mandi atau jamban),'' (HR. Bukhari).
Dari situlah kemudian iblis menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi, jamban atau tandas.
Godaan iblis bermacam cara. Contohnya menggoda manusia agar;



1. Berada lama di dalam bilik mandi.

2. Bernyanyi atau berkata-kata.

3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain.

4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri.

5. Membiarkan baju yang kotor tergantung dalam bilik mandi.

6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika akan masuk atau keluar dari bilik mandi.

7. Melakukan perkara tidak sopan.

8. Melakukan Wuduk dengan tidak memakai pakaian

9. Menconteng dinding bilik mandi.
 ummie sebelum ini seorang ibu yang suka mandikan anak-anak sambil bermain-main dan mengambil masa yang agak lama ketika mandi di dalam bilik air, malah ummie pernah meletakkan alat mainan ( seperti kereta, bola dan baldi kecil di dalam bilik air) .... sekarang ummie perlu bertanggungjawab untuk memperbetulkan kebiasaan anak-anak yang suka betul mengambil masa yang agak lama ketika mandi. Pada awalnya ummie  suka menjerit-jerit dari luar/ kaedah tinggi suara ,antara ayat salah  yang pernah ummie gunakan
  • Muhammad ni, berapa kali ummie bagitau.. tandas tu rumah syaitan... bla... bla... bla ( membebel)- kebiasaanya lepas Muhammad selesai mandi ummie akan membebel
  • " sudah Muhammad, tadikan ummie suruh mandi cepat-cepat,, tapi Muhammad tak dengar cakap ummie - Marah dengan muka masam di pintu bilik air
  •  adakalanya ummie akan menjerit dari luar sambil mengetuk pintu bilik air.. "Muhammad cepat"
 Ummie jenis yang agak lembab ... jadi bila ummie  mengamalkan teknik bahasa gaya Nabi, ummie akan buat satu persatu...... Setelah beberapa hal dengan anak-anak banyak yang selesai ( dan boleh dikira berjaya kerana ada perubahan positif cuma perlukan pengukuhan dengan pengulangan dorongan)...antaranya dalam mengurang pergaduhan anak-anak, cuba mengurangkan sikap garang Humaira, cuba menjadikan Humaira lebih berdisiplin ketika membaca Iqra dan ' bacalah anakku'..... ummie mula rasa nak gunakan teknik Nabi untuk mendorong Muhammad agar dia tidak menghabiskan masa berjam-jam ketika mandi.  Dalam teknik nabi . Sudah cukup memberi arahan dengan jelas tanpa mengungkit kesalahan-kesalahan sebelum ini.
" Muhammad dalam tandas tempat syaitan, bila kita dah tahu itu rumah syaitan, kita perlu mandi bersih-bersih dan terus keluar" bicara ummie kepada Muhammad apabila melihat Muhammad hendak masuk ke dalam bilik air.... ummie menunggu Muhammad dengan sabar diluar...
arahan ummie jelas    *  mandi dengan bersih * dan cepat-cepat keluar setelah mandi.
Hati ummie berdebar-debar di luar......
seikhlasnya ummie agak terkejut kerana Muhammad benar-benar menurut arahan ummie...Masa yang diambil Muhammad untuk mandi tidak terlalu lama dan tidak juga terlalu cepat.. ummie yakin Muhammad mandi dengan elok dan bersih. Muhammad telah menunjukkan sikap yang baik jesteru ummie perlu terus mendorong Muhammad dengan memberi Pujian gaya Nabi Muhammad. " bagusnya, Muhammad sudah mendengar cakap ummie mandi dengan bersih dan cepat, hati ummie sangat gembira" ummie mengungkap ayat yang disusun spontan sambil mengusap ubun-ubun Muhammad .Antara perkara penting yang perlu di dalam ayat Gaya Nabi ialah
  • bagusnya ,,,(Pujian  )
  • Muhammad sudah mendengar cakap ummie (hasil kerja 1), mandi dengan bersih dan cepat ( hasil kerja 2)
  • Hati ummie sangat gembira .. ( Impak dari hasil kerja Muhammad)
" ummie Muhammad kan nak jadi beradab dengan ummie" Muhammad berbicara sambil tersenyum.....Sesuatu yang ummie perasan tiap kali pujian Gaya Nabi diberikan kepada anak-anak , mereka akan bersikap positif untuk satu jangkamasa yang lama untuk hari tersebut .
Tak dapat ummie bayangkan betapa ummie lalai, dan mebiarkan Muhammad dan Humaira bermandi sambil bermain-main dalam jangkamasa yang lama.   hal remeh yang kesannya besar.  Moga Allah terus memberi petunjuk untuk ummie dalam membesarkan anak-anak. Amin
... Kenangan semalam masih segar dalam minda ummie ...  tentu saja kenangan meghadapi malam yang membahagiakan walau badan sangat letih dek kerana siangnya ummie menghadiri satu seminar dalam keadaan yang tidak selesa... selesai seminar terpaksa pula menunggu di tengah panas terik.. semua gara-gara takut untuk memandu jauh, jadi terpaksalah menanggung sedikit susah menumpang dan menunggu orang..... mula termotivasi untuk memandu jauh sendiri .Setelah malamnya kami anak-beranak dirumah... ummie meminta bantuan anak-anak mengangkat barang-barang. Alhamdulillah, mudah pula mereka membantu. " bagusnya anak-anak ummie , membantu ummie yang letih, semoga Allah jadikan Muhammad dan Humaira anak-anak yang baik, amin"
  • bagusnya anak-anak ummie... ( Pujian)
  • membantu ummie yang letih...(hasil kerja)
  • Semoga Allah jadikan Muhammad dan Humaira menjadi anak-anak yang baik..(doa=impak).
ummie yang sudah tua ini pun sukakan pujian dan dorongan inikan pula anak-anak yang sudah semestinya dahagakan perhatian.... Muhammad dan Humaira sering berebut-rebut untuk menolong ummie mengangkat suatu barang jika  ummie arahkan, dek kerana inginkan pujian dan dorongan gaya Nabi.... Malah pernah terjadi Humaira bertanya " ummie tak kata pun "bagus Humaira"  apabila ummie terlupa menghadiahkan pujian setelah dia membantu ummie, Yang jelas ummie pelajari, adakala hanya dengan sepotong ayat sudah memadai untuk anak merasai mereka diberi perhatian. adakala hanya dengan beberapa minit memasang telinga mendengar cerita mereka sudah cukup buat mereka bahagia.... adakala hanya dengan beberapa saat membelai dan memeluk mereka sudah cukup buat mereka merasa mereka dicintai.... dan adakala hanya dengan senyuman sudah cukup untuk buat mereka turut tersenyum.....
Mereka berdua amat berbeza... jika diberi satu pinggan makanan, cara makan Humaira lebih teratur berbanding Muhammad..Muhammad agak gelojoh ..Humaira lebih teratur dan pandai menjaga barangan.....Namun Muhammad lebih lembut jiwanya berbanding Humaira... Muhammad mudah untuk minta maaf... Muhammad lebih mudah untuk menagis.... Ibu yang baik tidak membandingkan anak-anak, sebaiknya mereka didorong untuk buat perkara baik... Ummie sayangkan kalian ...Jika suatu hari kalian dewasa dan berpeluang membaca catatan ummie ketahuilah ummie bukan membuat perbandingan,,, namun ummie ingin nyatakan bahawa ummie sangat mengenali kalian....


..... Tiada petunjuk yang paling hebat melainkan petunjuk Rabbani
dan tiada pendidikan terhebat melainkan pendidikan Nabawi......................" ya Allah, bimbinglah kami... ajarilah kami mengikut sunnah kekasihMu Muhammad SAW" Amin...