بِسْــــــــمِ اللَّــہ الرَّحْمَــــــانِ الرَّحِيـــــــم
Alhamdulillah satu hari telah berlalu.....ummie masih sama, belajar menawan hati anak-anak agar mereka berperilaku dengan akhlak yang baik ....( untuk mengamalkan sesuatu yang bukan kebiasaan memang rumit, susah dan sukar .... Tapi ummie harus sentiasa ingat yang sukar itulah nantinya manis hasilnya)... mendidik anak bukan suatu yang hasilnya cepat untuk dicapai, tapi penerapan yang berpanjangan itulah yang akan mendidik dan terkesan dihati anak-anak......Alhamdulillah, ummie akhirnya terhenti pencarian/ kaedah mendidik anak-anak setelah mempelajari ( dengan membaca dan menghadiri bengkel Mendorong Pelajar corot dengan kaedah Nabi)....
Dalam mengendalikan anak-anak dengan teknik Nabi Muhammad SAW,, arahan perlu diberikan tanpa membebel dan mengungkit salah laku anak-anak ..dalam entry kali ini ummie nak berkongsi pengalaman menangani masalah Muhammad yang suka mengambil masa yang lama ketika mandi ,, macam-macam yang dibuatnya . Setelah membaca buku-buku parenting mengikut sunnah, ummie mula sedar tandas bukanlah tempat yang sesuai berlama-lama di dalamnya kerana ia adalah kediaman Syaitan Laknatullah( banyak hal remeh yang kita buat sebenarnya menyalahi ajaran junjungan Nabi kita, cuma kita yang tidak menyedarinya).
Sebuah
hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal
kepada Allah SWT seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal
anak-anak Adam berada di bumi.
'' Ya Allah, adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,'' kata iblis.
Allah SWT berfirman;'' Tempat tinggalmu adalah air (bilik mandi atau jamban),'' (HR. Bukhari).
Dari situlah kemudian iblis menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi, jamban atau tandas.
Godaan iblis bermacam cara. Contohnya menggoda manusia agar;
1. Berada lama di dalam bilik mandi.
2. Bernyanyi atau berkata-kata.
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain.
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri.
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung dalam bilik mandi.
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika akan masuk atau keluar dari bilik mandi.
7. Melakukan perkara tidak sopan.
8. Melakukan Wuduk dengan tidak memakai pakaian
9. Menconteng dinding bilik mandi.
- Muhammad ni, berapa kali ummie bagitau.. tandas tu rumah syaitan... bla... bla... bla ( membebel)- kebiasaanya lepas Muhammad selesai mandi ummie akan membebel
- " sudah Muhammad, tadikan ummie suruh mandi cepat-cepat,, tapi Muhammad tak dengar cakap ummie - Marah dengan muka masam di pintu bilik air
- adakalanya ummie akan menjerit dari luar sambil mengetuk pintu bilik air.. "Muhammad cepat"
" Muhammad dalam tandas tempat syaitan, bila kita dah tahu itu rumah syaitan, kita perlu mandi bersih-bersih dan terus keluar" bicara ummie kepada Muhammad apabila melihat Muhammad hendak masuk ke dalam bilik air.... ummie menunggu Muhammad dengan sabar diluar...
arahan ummie jelas * mandi dengan bersih * dan cepat-cepat keluar setelah mandi.
Hati ummie berdebar-debar di luar......
seikhlasnya ummie agak terkejut kerana Muhammad benar-benar menurut arahan ummie...Masa yang diambil Muhammad untuk mandi tidak terlalu lama dan tidak juga terlalu cepat.. ummie yakin Muhammad mandi dengan elok dan bersih. Muhammad telah menunjukkan sikap yang baik jesteru ummie perlu terus mendorong Muhammad dengan memberi Pujian gaya Nabi Muhammad. " bagusnya, Muhammad sudah mendengar cakap ummie mandi dengan bersih dan cepat, hati ummie sangat gembira" ummie mengungkap ayat yang disusun spontan sambil mengusap ubun-ubun Muhammad .Antara perkara penting yang perlu di dalam ayat Gaya Nabi ialah
- bagusnya ,,,(Pujian )
- Muhammad sudah mendengar cakap ummie (hasil kerja 1), mandi dengan bersih dan cepat ( hasil kerja 2)
- Hati ummie sangat gembira .. ( Impak dari hasil kerja Muhammad)
Tak dapat ummie bayangkan betapa ummie lalai, dan mebiarkan Muhammad dan Humaira bermandi sambil bermain-main dalam jangkamasa yang lama. hal remeh yang kesannya besar. Moga Allah terus memberi petunjuk untuk ummie dalam membesarkan anak-anak. Amin
- bagusnya anak-anak ummie... ( Pujian)
- membantu ummie yang letih...(hasil kerja)
- Semoga Allah jadikan Muhammad dan Humaira menjadi anak-anak yang baik..(doa=impak).
..... Tiada petunjuk yang paling hebat melainkan petunjuk Rabbani
dan tiada pendidikan terhebat melainkan pendidikan Nabawi......................" ya Allah, bimbinglah kami... ajarilah kami mengikut sunnah kekasihMu Muhammad SAW" Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan