Isnin, 26 November 2012

" Pahlawan sebenar hanya bergantung pada Yang Maha Agung""



ALLAH MAHA BESAR,, DENGAN NAMA MU YANG TERAGUNG …..

Setahun yang lalu, Sumaiyah masih kecil, time tu hanya Naufal yang banyak buat permintaan… Masa begitu pantas beredar kini Sumaiyah juga sudah mula buat permintaan…
Setakat terdaya ummie sering bercerita sebelum munutup tirai malam anak-anak ,,, Alhamdulillah masih menjadi rutin ( melainkan kami semua terlalu letih )… Cuma kali ni bukan sebuah cerita,,, tapi 2 buah cerita … satu pilihan ummie ( yang ummie rasakan perlu untuk jiwa anak-anak)..satu lagi ummie sendiri tak sedar sejak bila ummie terikat dengan cerita “ dogeng “ untuk sumaiyah…. Pantang menunggu untuk lelap “ ummie cerita kak ima” ( ima tu anak sedara ummie yang rajin bermain dengan anak-anak ummie dulu)…..lalu pelbagai rekaan cerita teladan yang terpaksa umie “ karang secara spontan, di mana kak ima akan menjadi watak utama”
Sejak Naufal bermalam dibilik sendiri , ummie akan menjadi teman sementara sebelum Naufal lelap,,, Naufal bertemankan ummie dan Sumaiyah… menjadi rutin permintaan anak-anak untuk mendengar cerita ummie… masing-masing berebut buat permintaan….Malam ni buat pertama kalinya ummie bercerita menggunakan buku, sebelum ni cerita-cerita ummie selalunya berdasarkan ayat dan ingatan ummie sendiri ( kisah –kisah nabi atau para sahabat yang pernah ummie baca ) … sedikit- sebanyak sembang ummie dengan Puan Zuraida tentang cara bercakap dengan anak-anak ( time bengkel sifir master) mempengaruhi ummie agar membiasakan Naufal menggunakan bahasa buku….. kerana jika ummie sendiri perhatikan “ hadis-hadis rasulullah “ kebanyakannya menggunakan ayat-ayat baku dan agak “skema”……( mungkin agak tinggi untuk anak-anak sekecil Naufal, namun kebiasaan akan memahirkan seseorang)...ummie dapati teknik bercerita menggunakan buku mengandungi beberapa kelebihan  antaranya:
  • ·         Jalan cerita ummie lebih teratur.. ummie tak akan tertinggal jalan cerita yang penting untuk dijadikan teladan ( bila part ni ummie boleh hurai untuk diaplikasikan dalam kehidupan kami)…
  • ·         Ummie tak akan tertinggal watak-watak utama dalam cerita ( malah ummie  boleh menyebut nama penuh sahabat contohnya, sebelum ni jika ummie terlupa ummie Cuma katakan ada seorang sahabat Nabi ….)
  • ·         Secara tidak langsung membiasakan anak-anak dengan bahasa buku yang lebih baku dan betul ( sesuai dengan Nuafal yang akan menginjak ke alam persekolahan)… melatih anak-anak mendengar ayat-ayat buku yang baku…dan kosa kata baru ( yang ummie rasakan mudah dan sesuai dengan umur Naufal..
  • ·         Anak-anak lebih yakin dengan cerita ummie bila menggunakan buku kerana ummie confident bercerita ( tak terganggu atau terhenti) sebelum ni, ada kala ummie terhenti sebab terlupa jalan cerita … ( baca kisah sekali, nak cerita balik sekerat ja dah tak yakin apa jadik , selalunya situasi ni terjadi untuk cerita yang ummi jarang baca) jalan selamat ummie akan kata esok ummie cerita balik…..
  • ·         Ummie boleh siap tambah ulasan dari cerita  yang dibaca sebab dah ada panduan malah tak kekok nak masukkan hadis yang kami dah hafal sikit-sikit jika berkaitan .. ( bahasa buku selaras dengan bahasa hadis yang kita selalu baca dari kitab or buku)…
  • ·         Boleh pupuk minat anak memegang buku…. ( secara automatik anak akan rasa happy tiap kali ummie ambil buku untuk dibaca)….
  • ·         Melatih anak-anak menjadi pendengar yang baik ( ini kelebihan umum if cerita rekaan jugak boleh bagi implikasi yang sama dalam konteks pendengar yang baik)
Walau bagaimanapun bila menggunakan buku, buku yang dipilih perlu sesuai dengan peringkat umur anak… untuk ummie buku yang ummie guna perlu sedikit olahan bahasa  yang dirasakan perlu….InsyaAllah masing-masing ibu selalunya kenal tahap penguasaan anak-anak…. Namun sesekali menggunakan bahasa tinggi contoh “ menyogok” dalam hadis  “ Laanat rasulululah SAW kepada mereka byang menyogok dan disogok”… membuatkan Naufal bertanya “ menyogok tu apa umie” … nilah time anak boleh belajar kosa kata  dan secara tidak langsung kita up grade pemikiran anak-anak pula dengan contoh situasi berkaitan kosa kata tersebut “ menyogok= rasuah”
Last tips dalam pemilihan cerita – pilihlah kisah-kisah Nabi ( kerana banyak nabi yang namanya disebut di dalam Al-Quran)  
“Kami akan menceritakan kepadamu cerita terbaik dengan apa yang telah Kami wahyukan al-Quran ini kepadamu meskipun sebelumnya engkau termasuk di antara orang-orang yang lupa (baca : tidak mengenal kisah itu)”. (S. Yusuf 12 : 3)….
Untuk hari pertama menggunakan buku “ ummie memilih kisah  keberanian Nabi Muhammad SAW  ketika dihunus pedang oleh kafir “… sengaja ummie pilih kisah keberanian Nabi SAW yang menjawab “ ALLAH” setelah disoal oleh sikafir “ siapa yang akan menolongmu” sambil pedang dihunus…. Kisah ini sesuai dengan Naufal yang perlu dimotivasikan untuk terus tidur dibilik sendiri)… “ bila Naufal jaga malam atau takut, berdoa pada Allah , baca bismillah” bicara ummie setelah selesai bercerita…
“ Ya Allah anugerahkan aku hati yang SABAR  dalam mendidik anak-anakku dan tetap kan hatiku dan zuriat-zuriatku pada agamuMu… AMIN.

Rabu, 21 November 2012

"wahai rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai melebihi segalanya, kecuali diriku sendiri."  Rasulullah SAW memandang wajah saidina Umar dan berkata "Tidak wahai Umar, demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, belum sempurna imanmu hingga engkau mencintaiku lebih dari dirimu sendiri" segera umar menjawab dengan berkata " Demi Allah , sekarang aku mencintaimu melebihi diriku sendiri." Rasulullah kemudiannya bersabda " Sekarang telah sempurna imanmu wahai Umar"............sering kita dengar kisah ni,,, ia bukan sekadar kisah biasa .. tapi kisah untuk mengajar umat yang jauh dari kehidupan bersamanya...
.....Mohon dariMu ya Rabb , anugerahkanlah rasa cinta dalam jiwa kami kepada rasul kami Nabi Muhammad SAW seperti mana Saidina Umar mencintai nya.. seperti mana para sahabat mencintainya dan mudahkanlah kami mengikut sunnahnya, tanpa taufik dan hidayah mu lalailah kami dari fitrah suci itu, Amin ya Rabb.
.....tanpa umie sedari masa cepat benar berlalu sekeping hati yang membawa fitrah suci hadiah dari Allah yang Allah ilhamkan umie dgn abah menamakannya Muhammad Naufal akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan.....sedikit sebanyak rasa bimbang dihati ummie .
....." Naufal , ummie akan siapkan bilik Naufal , lepas ni Naufal kena belajar tidur bilik sendiri " rasanya setahun lalu pun ummie dah berbicara soal ni... cuba menyahut sunnah nabi  ( bila tak dibuat awal sunnah ni akan menjadi makin sukar untuk dilaksanakan).. seingat ummie kami dulu susah , pengetahuan agama orang tua pulak tak seperti sekarang, tak banyak sunnah nabi yang kami dapat amalkan, Alhamdulillah semuanya dah berubah hari ni kebanyakan anak-anak dah belajar sunnah disekolah mudah mak ayah nak praktikkan ..
......kepayahan menghidupkan sunnah dirumah memang ummie rasai.. sunnah tu mudah cuma hati yang berkarat dan dah terbiasa dengan lingkungan kehidupan sendiri menjadikan amalan sunnah yang mudah tu menjadi sukar,, sekali buat esok mungkin lupa.... buat balik.... ( paling tidak ada sedikit usaha dan perlu berterusan agar semua tu menjadi mudah).. hanya doa dan usaha moga Allah lorongkan jalan-jalan sunnah ...
.... Naufal teruja dengan katil baru , awal cuti ummie dan abah dah rancang bersihkan bilik Naufal , banyak barang yang kami pindahkan agar tak serabut untuk dihuni buah hati ummie..." ummie mana selimut dan kain " soal naufal ,, sebagai ibu, ummie faham yang Naufal maksudkan kain tu, cadar untuk menghiasi katilnya ... ummie juga faham dalam hati Naufal terbayang selimut ben ten atau superhero yang sememangnya menjadi kegilaan kanak-kanak ... ( walau ummie cuba hapuskan tetap jugak melekat kat pemikiran anak -anak , mudah cerita susah benar nak buang super hero khayalan tu ditambah dengan fitrah anak lelaki yang cukup suka pada aksi superhero)....tak ada jalan lain melainkan semua perlukan masa,,,( doa dan usaha).....dalam melalui lorong-lorong usaha , ummie kerapkali mengingatkan Naufal tentang superhero kartun hanya khayalan... ummie dapati ia perlu diingat secara berterusan ...
.... malam tu  ummie sengaja mencari peluang berbicara dengan Naufal... " Naufal suka katil ni" soal ummie " suka " cepat naufal jawab , sebab masih keciwi dengan katil barunya....( dalam hati ok jugak dia tak kisah ummie pilih katil kayu yang paling simple ...." ummie rasa nanti kita beli cadar yang tiada gambar superhero ok tak" sengaja ummie berbicara untuk melihat reaksi Naufal ... " kalau ben-ten tak boleh, batman tak boleh nak beli gambar apa" soal Naufal .....( memang tepat naluri keibuan ummie) dalam hati, patutla mak boleh ja tau apa dalam hati ummi dan kakak-kakak walau kami cuba rahsiakan sesetengah perkara...  ummie perlu berterus terang " sebagai mak, ummie akan rasa bersalah bila melihat naufal terlalu memuja ( suka) ben-ten dan bat -man yang tak wujud pun dalam dunia ni, risau kalau Naufal suka ben-ten lebih dari Nabi Muhammad SAW" bicara ummie ....Naufal diam ( seperti membenarkan bicara ummie)...." kita beli gambar kereta ka, robot ka, bola pun ok, asal bukan superhero yang tipu tu" ummie meneruskan bicara bila melihat Naufal seakan-akan menerima pendapat ummie..... Alhamdulillah akhirnya bilik Naufal siap dengan sebuah katil comel dengan cadar bewarna biru , jika dihitung dari hari ummie menambah entry baru ni dah kira 3 hari Naufal tidur sendiri sepanjang malam..Alhamduilillah semuanya lebih mudah dari yang ummie bayangkan , cuma ummie nak share beberapa perkara yang menjadi cabaran dan langkah umum buat ibu-ibu untuk mengajar anak tidur dibiliknya sendiri.
1.  Takut...... lazimnya semua kanak-kanak punya rasa takut .... ummie menyedari rasa takut anak-anak kebanyakannya berpunca dari kebiasaan terdedah pada cerita-cerita hantu /tahyul .. dan secara psikologinya juga adalah tidak sesuai mendedahkan cerita hantu atau keganasan kepada anak-anak.. Alhamdulillah lebih kurang 2 tahun ummie menghadkan rancagan TV anak-anak , melainkan diluar kemampuan ummie bila anak-anak berada diluar rumah...
- punca takut yang kedua adalah dari sikap ibu dan ayah atau orang sekeliling yang suka menakut-nakutkan anak-anak untuk mengatasi perilaku anak.. contoh seorang anak yang sukar keluar dari bilik air setelah mandi akan ditakutkan dengan " jom keluar nanti katak gigit kaki".. kaedah ini tidak diiktiraf sebagai kaedah yang betul dalam mendidik anak-anak., malah semakin anak tumbuh dewasa dia akan semakin tahu yang dia telah ditipu ( oleh ayah dan ibu) .. biarlah sesukar mana pun caranya untuk mengatasi perilaku anak janganlah hingga kita tidak bercakap benar... Nabi SAW adalah orang yang sentiasa berkata benar...mari kita hidupkan sunnah berkata benar dalam kehidupan berkeluarga moga walau sukar , tapi masih ada roh islam dan diberkati...Nabi Muhammad SAW bersabda  "man ghasshanaa fa laisaminna  ertinya siapa yang curang bukan golongan kami"
- Naufal pernah takut gelap, pernah takut hantu macam kanak-kanak lain.. Alhamdulillah segalanya diatasi secara perlahan dan tidak terlalu drastik memudahkan ummie mengasingkan bilik tidur..
2. Tiada persediaan....  bukan perkara mudah untuk memastikan anak mahu tidur sendiri setelah lama ditemani ummie , Naufal tiap kali tidur siap berebut dengan Sumaiyah agar ummie palingkan wajah pada mereka., sebagai langkah awal ummie selalu sebutkan perkara ini agar dah lekat dalam minda Naufal, setiap kali sambutan hari lahir Naufal ummie akan ingatkan " Naufal bila dah 7 tahun dah tak boleh tidur dengan ummie, dah kena belajar tidur sendiri"... contoh lain yang selalu ummie bicara   " nanti bila Naufal dah masuk sekolah ummie akan belikan Naufal katil ".. malah makin dekat dengan waktu yang ummie dan abah rancang kami makin kerap buat promosi kat Naufal yang biliknya akan dihias cantik dengan katil baru..Alhamdulillah Naufal teruja sangat sampai siap  gaduh dok berlawan dengan sumaiyah " ni bilik along, along ada katil .. sumaiyah kecik lagi , nanti sumaiyah besar sumaiyah pun tak boleh tidur dengan ummie".. ayat-ayat macam ni buat ummie rasa Naufal dah boleh terima pengasingan tempat tidur ummie dan abah... persedian yang cukup akan memberikan anak keyakinan untuk mereka tidur sendirian., insyaAllah
3.Terlalu rapat dengan ummie- masalah terlalu rapat ni bukan saja dari pihak Naufal ... ummi sendiri yang sayu sebenarnya untuk biarkan Naufal jauh dari ummie ( abah kerja jauh, jika difikirkan anak-anak la yang selalu teman ummie tidur).. apatahlagi pertalian menyusukan anak-anak menjadikan kami sangat dekat ( anugerah Allah pertalian ini, moga Allah jadikan anak-anak yang ummie susui menjadi anak-anak yang soleh, dan solehah)Amin....hampir tiap tengah malam ummie akan terjaga , ummie rasa sayu menghampiri Naufal yang enak tidur dikatil sendiri ... baru asing bilik tidur ummie dah sedih,,,tak terbayang Naufal akan pergi jauh...waktu-waktu macam ni ummie akan cek arah tidur anak-anak... ummie akan betulkan agar arah tidur mereka menghadap kiblat.. malah sejak tekad dengan sunnah ni, ummie memang susun katil agar sesuai dengan posisi anak untuk menghadap arah kiblat.... ( ummie syorkan pembaca budiman menjadikan buku " mendidik anak cara Nabi" sebagai rujukan) .. banyak perkara yang perlu dititikberatkan bagi menjaga adab-adab tidur mengikut sunnah......
Nabi melihat seorang lelaki yang tidur meniarap, lantas beliau berkata " inilah cara baring yang dibenci Allah"( hadis Riwayat Tarmizi)...
4.  Temankan anak sementara waktu... untuk membiarkan anak terus tidur sendiri tanpa ditemani adalah satu langkah drastik bagi ummie, adalah lebih baik anak ditemani pada permulaan waktu ... tapi perlu dijelaskan yang dia akan ditinggalkan setelah lena... supaya anak tak terkejut seandainya jaga pada waktu tengah malam..." Naufal dah tidur , ummie akan kebilik ummie ok" itu contoh ayat ummie kat Naufal...
.. Alhamdulillah Naufal dah tidur dibilik sendiri , ummie just teman time awal ( selepas hafal hadis, baca deeniyat dan iqra) Naufal akan tidur... setakat nie... Naufal terus lena sampai awal pagi , tak terjadi pulak dia lari datang tidur dengan kami... Alhamdulillah.... Muhammad Naufal bin Eid, Engkau sedikit demi sedikit dewasa ... Makin Engkau dewasa , ummie semakin gusar.....gusar rupanya engkau makin jauh dari ummie... adakala terfikir ummie nie sensitif sangat ,, namun akal sehat ummie akan berkata " tidak , semua yang melahirkan akan kasih pada fitrah suci yang dikandung dan yang dilahirkan".... Moga fitrah suci akan terus suci ( walau tangan yang nak mencorak kan fitrah itu telah jauh kelabu)...
ummie share kisah ini agar kita sama-sama menghiasi kehidupan berkeluarga dengan sunnah junjungan besar nabi kita Muhammad SAW....











Ahad, 18 November 2012

Mujahadah " IKHLAS"

 "Ustaz, saya bukan tidak boleh dan mahu menulis, namun setiap kali saya menulis dan menerbitkan dalam blog, akan datang perasaan yang kurang enak.saya bertanya pada diri sendiri, adakah saya ikhlas dalam menghasilkan tulisan tersebut, Ustaz bagaimana kita boleh tahu kita benar-benar ikhlas?.......umie rasa ramai yang mengalami situasi ni.... (umie mengaku selalu alami situasi ni ketika nak tambah entri dalam blog or nak publish sesuatu dalam facebook)...sebb tu akhir-akhir ni jarang sangat post gambar .....
 Alhamduulillah persoalan ni ummie jumpa ketika membaca majalah FardhuAin.... ummie sendiri sedang memupuk minat membaca agar sedikit sebanyak Naufal n Sumaiyah minat jugak membaca buku terutama sejak ummie putuskan potong talian Astro...  memotong talian astro maknaya kami tak akan menggunakan TV sebagai sumber media untuk keluarga dirumah ....( insyaAllah ummie akan buat entry jika terluang tentang ni kelak)....
... Alhamdulillah  ya Rabb, lepas baca isi majalah fardhuAin yang bertajuk " Menggoda Keikhlasan Dalam Setiap Amalan" sedikit sebanyak mengurai kekusutan ummie samaada terus menulis or hentikan post-post aktiviti kami.... ( umie risau jika rasa kurang enak tu adalah percikan-percikan riak dan takabbur ) hingga jatuh pada amalan yang tiada keikhlasan... ( bukan mudah nak mujahadah diri agar niat awal tidak tersasar).... jika difikirkan mudah untuk ucap aku ikhlas ( tapi sukar untuk merealisasikan sebuah kelikhlasa)...

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu”. [HR. Muslim]...
Jawapan Ustaz Ahmad Zahiruddin kepada peserta itu  ( bagi ummie untuk seluruh pembaca dan ummie sendiri yang suka menulis): "Ikhlas , penilaian mutlaknya ialah Allah. Kita sebagai manusia sekalipun mendakwa diri masing-masing ikhlas, masih belum pasti ia adalah benar-benar ikhlas disisi Allah. Mereka yang khuatir dengan keihlasan mereka pula kadang-kadang mendapat nilaian ikhlas disisi Allah, apapun ada satu perkara yang menjadi asas kepada kita dalam memanifestasikan keihl;asan kita sebagai hamba Allah, ialah melalui usaha.Tugas kita sebagai hamba Allah adalah berusaha untuk ikhlas dalam setiap perbuatan dengan harapan ia dinilai pahala IHLAS kerana Allah. Ikhlas perlukan mujahadah, iaitu bersungguh-sungguh mahukannya. Tidak wajar kita berfikiran " saya takut tidak ikhlas"kerana keikhlasan itu bertunas dan mekar andai benih niat dari awal sudah kita tanam "hanya keranaMU ya Allah".....Andai tidak mampu capai tingkat ikhlas yang mutlak paling tidak kita sentiasa berusaha untuk sampai ke tepiannya"

Dalam setiap perjalan sebuah usaha sunnatullahnya mengambil satu jangkasa masa tertentu... Dalam perjalanan ummie mendidik anak-anak... takut benar ummie tersasar , kerana ramai yang cenderung anak-anak berjaya untuk kebanggan diri sendiri dan kepuasan diri yang kononya telah berusaha... ( mohon Allah jauhkan dan ingatkan diri ummie )....sesuatu yang ummie ambil iktibar dari kebaikan menulis blog  " ummie banyak belajar erti pengorbanan ibu-ibu dari sebuah pembacaan yang ibu diluar sana coretkan"Alhamdulillah usaha kalian berkongsi sedikit kehidupan kalian banyak bagi manfaat untuk ummie... terima kasih untuk semua ibu-ibu yang berkongsi kehidupan kalian ... Moga terus istiqamah.dalam keihlasan kerana NYA...