Sebuah Pengertian " sukar untuk dizahirkan dalam bentuk penulisan,,,hati milik seorang ibu.., namun sedikit perkongsian untuk mereka yang mengerti"
Isnin, 25 November 2013
cahayafitrah: Kerana " hati ini merasa"
cahayafitrah: Kerana " hati ini merasa": بِسْــــــــمِ اللَّــہ الرَّحْمَــــــانِ الرَّحِيـــــــم "Akak Za ( bukan nama sebenar ) kemana ? kami tunggu kak Za, jom kita ke...
Kerana " hati ini merasa"
بِسْــــــــمِ اللَّــہ الرَّحْمَــــــانِ الرَّحِيـــــــم
"Akak Za ( bukan nama sebenar ) kemana ? kami tunggu kak Za, jom kita ke kantin". Ummie berbicara setelah melihat kak Za muncul dari pintu bilik guru . "Akak dari bilik Helwani , baca Yasin," itulah jawapan Kak Za... ummie pula dah mula terkeliru memikirkan tradisi sekolah setiap hari khamis warga Kolej akan membaca surah Yasin. " Hari ni, hari apa " ummie bertanya kerana mula kaget , risau tersalah hari.... " Tak, akak baca sebab anak kak hari ni SPM" ... jawab beliau . Ummie perhati wajah kak Za, hari ini ummie tidak memandang Kak za sebagai seorang kawan, tapi apa yang kelihatan wajah seorang ibu, penuh risau ... dalam hatinya siapa tahu, tentu sarat dengan sebuah harapan.... Itulah kasih seorang ibu, ikhklas dan tulus dalam cintanya. petangnya setelah " punch card" ummie bergegas turun kebilik untuk mengambil beg, dalam perjalanan ummie bertembung dengan Kak Za dan anak perempuannya yang hari pertama menduduki SPM.. sempat juga ummie mendengar perbualan mereka. " Macam mana soalan hari ni " soal siibu . " soalan kali ni lebih mudah dari percubaan Ma" jawab anaknya .... "Alhamdulillah " ceria wajah siibu memanjat syukur...... cukup puas wajah Kak Za, ummie turut gembira melihat wajah Kak Za petang itu . Kenapa ummie turut merasa " kerana ummie memiliki hati seorang ibu"..... hati ibu itu kagum melihat ibu lain melakukan pengorbanan, hati ibu itu bersedih melihat ibu lain bersedih ..hati ibu itu gembira melihat kegembiraan ibu lain... itu lah hati ibu , hati ibu turut merasa apa yang dirasa ibu lain..hati ibu itu terdorong untuk memberi yang terbaik untuk jiwa anak-anaknya.. jangan biarkan hati ibu itu mati dengan kesibukan, jangan biarkan hati ibu itu mati kerana cita-cita lain yang lebih besar, jangan biarkan hati ibu itu padam dan diganti dengan sesuatu yang sifatnya material ..... kerana hati ibu itu bisa padam dan mati....
...... sekembali ummie dari sekolah ummie bergegas ke bilik belakang ( asalnya bilik Muhammad ) , namun sejak si Putih ( kucing liar yang sudah jinak ) mendiami bilik itu bersama anak-anaknya, terpaksa ummie arahkan Muhammad tidur bersama ummie dengan Humaira untuk sementara waktu " ummie jangan lah biarkan kucing keluar, diakan nak beranak " berkali-kali Muhammad memberi pesanan supaya kucing tu beranak di dalam rumah... "Tak boleh Muhammad nanti kucing nak kencing macam mana?"habis rumah kita... Tapi dalam diam ummie masuk ke bilik dan kosongkan bakul mainan anak-anak, ummie alaskan dengan tuala dan kain.. ummie tutup separuh ( setahu ummie ibu kucing suka tempat yang agak privacy)... malam tu ummie terdengar bunyi kucing mengiau berkali-kali dari luar tingkap . ummie buka tingkap bilik Muhammad dan tutup pintu bilik .. ( ada sesuatu yang ummie duga ), ummie kembali ke tempat tidur meneruskan lena yang panjang.... Dugaan ummie tepat, sudah ada dua ekor anak kucing di dalam bakul mainan anak-anak... ini kali kedua Si Putih mendiami bakul yang sama dengan anak-anak kecilnya... kali pertama dulu habis mainan Muhammad penuh dengan darah ( bakul tu menjadi tempat Si Putih melahirkan anak-anak)... .. kali ini Sudah seminggu anak-anak Si Putih menyusu di dalam bakul mainan tersebut, Suatu petang, Si Putih berbunyi dari luar tingkap.. ummie terdengar beberapa bunyi , dari bunyi tersebut ummie menduga Siputih melompat dan jatuh... ummie menjenguk keluar, kaki siPutih Luka, matanya tertutup sebelah ... terus ummie bukakan pintu rumah di bahagian belakang.. berlari Siputih masuk, rindu agaknya pada anak-anak yang lama ditinggalkan ... Ya, Si Putih cedera atau sakit barangkali. dengan kaki yang capit si putih masuk kedalam bakul mainan menyusukan anak-anak yang kelaparan............ si putih juga sama, Sayangkan anak-anak, entah berapa kali si putih membuat cubaan melompat dari luar tingkap dengan kaki yang capit.. Si putih langsung tidak berputus asa, sehingga ummie terdengar bunyi-bunyi lompatan si Putih berkali-kali.... sedih ummie memandang Si putih berjalan capit, sedih ummie melihat siputih dengan kaki yang luka, mata yang penuh dengan tahi mata........ dan kerana Hati yang turut merasa ummie bawa Si Putih keklinik .. si Putih dicucuk dan dibekal dengan ubat makan, pil vitamin, krim luar untuk luka dan ubat mata untuk dititis ke dalam mata.... terima kasih untuk mak dan kakak Bi yang membawa ummie ke klinik.... Moga Allah membalas kebaikan kalian. Amin. Hati yang merasa.
.........terkenang ummie suatu peristiwa akibat hati yang merasa ...." kenapa ummie nak bagi buah pinggang pada Ngah B( nama samaran untuk kakak kedua ummie), Muhammad tak suka, Muhammad takut ummie sakit, sapa nak jaga Muhammad" bicara Muhammad setelah ummie maklumkan pada Muhammad hasrat ummie tidak lama dulu" bicara Muhammad menjadikan hati ummie serba salah namun ada suara keramat yang menguburkan suara Muhammad, suara yang telah lama berkorban untuk ummie " tadi Bita ( kakak pertama ummie) bagitau , dia gagal untuk dermakan buah pinggang untuk Sobi" Nada suara mak sungguh sedih, sedih mengenangkan seorang anak tercinta terpaksa menangggung sakit berat seumur hidupnya, mata mak turut berkaca .. kakak ummie yang kedua merupakan pesakit buah pinggang yang hampir kehilangan semua fungsi buah pinggangnya, tak lama ummie bersama mak pada hari tersebut, ummie takut untuk mengalirkan air mata di hadapan mak ( ego atau malu ummie tidak pasti ) , memang ummie agak pelik, suka menyimpan beberapa perasaan, malah adakala apa yang ummie fikir bertentangan dengan ahli keluarga kami,, ummie biarkan mak dengan kekecewaannya ( hanya hati ummie yang berbicara)... Esoknya telefon berdering.. " Dian kak Bi nak tanya, Dian jangan rasa terpaksa, dian fikir betul-betul.. betulkah Dian nak dermakan buah pinggang untuk kak Bi, dian fikir dulu, nanti setelah fikir baru dian berikan jawapan " bicara kakak ummie dari corong telefon. Terus terang ummie katakan jika jalinan adik yang ummie ada belum tentu untuk ummie memberikan satu dari buah pinggang ummie, belum tentu(kerana iman ummie masih rapuh untuk ketahap itu).... tapi kerana hati ini tidak mampu untuk merasa rasa terkilan seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan anak-anaknya ,ummie mencari kekuatan untuk terus menjadi penderma kedua setelah kakak sulung ummie gagal dalam beberapa ujian transplan....Alhamdulillah ummie mendapat persetujuan suami tercinta... hanya sms ummie kirimkan sebagai tanda setuju kepada kakak ( ummie tidak tahu untuk berbicara)... .. kini telah hampir dua tahun ummie menjalani ujian Transplan.. kata Dr telah 90% berjaya, cuma tinggal beberapa ujian akhir di Kuala Lumpur... Rasa takut hadir silih berganti... apa yang ummie lebih risaukan ialah hal anak-anak, hal Muhammad dan hal Humaira ... banyak yang ummie doa dan harapkan ( hanya Allah yang menjaga kalian) ... ummie juga telah membaca beberapa blog berkenaan transplan,, ummie juga telah mengetahui ada khilaf ulama dalam soal mendermakan buah pinggang... dan ummie telah tekad untuk berpegang pada pendapat yang ada Nasnya malah fatwa yang mengharuskannya
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Baqarah[2:173]).
...Yang ummie harapkan ialah ahli keluarga ummie yang lain menjaga anak-anak ummie seperti ummie menjaga mereka... Ummie tiada Tv untuk ditonton dirumah, ummie mohon hadkan tontonan anak-anak ummie, ummie suka anak-anak banyak minum air putih , ummie mohon buatlah yang terdaya untuk elakkan mereka minum air lain terutama air batu, sehari pun beharga untuk ummie bersama anak-anak ( jadi ummie di lihat terlalu mengawal anak-anak oleh kalian) hanya penghormatan ummie harapkan dari kakak, adik dan abang ummie untuk seketika memahami Hati ini... ummie mohon ikut perkara pelik ummie sementara ummie di Hospital kelak, itu yang ummie harap kalian buat... anak-anak ummie aktif dan adakala akan menimbulkan rasa marah... ummie mohon kalian bersabar dalam menangani karenah mereka ...... buatlah semampu kalian, ummie hanya mampu merasa, dan hanya satu semuanya Ilham dari Allah, semuanya takdir Allah...Ya Allah jaga dan peliharalah anak-anak kami untuk setiap detik, Engkaulah sebaik-baik pemelihara, Ya Allah , bersihkan diri kami dan hati kami, Ajarilah kami dan Zuriat-Zuriat kami erti Ikhlas... Amin
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (Ali ‘Imran[3:92]).
.... proses ujian transplan hanya tinggal 10 % lagi,,,, gagal atau berjaya semua kehendakNya, .. 90% yang telah berjaya, manakala baki 10 % lagi Ketentuan Yang Maha Kuasa..buah pinggang itu bukan milik Ummie, bersyukurlah dan berterima kasih kepada pemilik sebenar..Itu yang ummie harapkan....Kerana Hati yang Merasa :)..... sendiri dalam mengalir air mata.
"Akak Za ( bukan nama sebenar ) kemana ? kami tunggu kak Za, jom kita ke kantin". Ummie berbicara setelah melihat kak Za muncul dari pintu bilik guru . "Akak dari bilik Helwani , baca Yasin," itulah jawapan Kak Za... ummie pula dah mula terkeliru memikirkan tradisi sekolah setiap hari khamis warga Kolej akan membaca surah Yasin. " Hari ni, hari apa " ummie bertanya kerana mula kaget , risau tersalah hari.... " Tak, akak baca sebab anak kak hari ni SPM" ... jawab beliau . Ummie perhati wajah kak Za, hari ini ummie tidak memandang Kak za sebagai seorang kawan, tapi apa yang kelihatan wajah seorang ibu, penuh risau ... dalam hatinya siapa tahu, tentu sarat dengan sebuah harapan.... Itulah kasih seorang ibu, ikhklas dan tulus dalam cintanya. petangnya setelah " punch card" ummie bergegas turun kebilik untuk mengambil beg, dalam perjalanan ummie bertembung dengan Kak Za dan anak perempuannya yang hari pertama menduduki SPM.. sempat juga ummie mendengar perbualan mereka. " Macam mana soalan hari ni " soal siibu . " soalan kali ni lebih mudah dari percubaan Ma" jawab anaknya .... "Alhamdulillah " ceria wajah siibu memanjat syukur...... cukup puas wajah Kak Za, ummie turut gembira melihat wajah Kak Za petang itu . Kenapa ummie turut merasa " kerana ummie memiliki hati seorang ibu"..... hati ibu itu kagum melihat ibu lain melakukan pengorbanan, hati ibu itu bersedih melihat ibu lain bersedih ..hati ibu itu gembira melihat kegembiraan ibu lain... itu lah hati ibu , hati ibu turut merasa apa yang dirasa ibu lain..hati ibu itu terdorong untuk memberi yang terbaik untuk jiwa anak-anaknya.. jangan biarkan hati ibu itu mati dengan kesibukan, jangan biarkan hati ibu itu mati kerana cita-cita lain yang lebih besar, jangan biarkan hati ibu itu padam dan diganti dengan sesuatu yang sifatnya material ..... kerana hati ibu itu bisa padam dan mati....
...... sekembali ummie dari sekolah ummie bergegas ke bilik belakang ( asalnya bilik Muhammad ) , namun sejak si Putih ( kucing liar yang sudah jinak ) mendiami bilik itu bersama anak-anaknya, terpaksa ummie arahkan Muhammad tidur bersama ummie dengan Humaira untuk sementara waktu " ummie jangan lah biarkan kucing keluar, diakan nak beranak " berkali-kali Muhammad memberi pesanan supaya kucing tu beranak di dalam rumah... "Tak boleh Muhammad nanti kucing nak kencing macam mana?"habis rumah kita... Tapi dalam diam ummie masuk ke bilik dan kosongkan bakul mainan anak-anak, ummie alaskan dengan tuala dan kain.. ummie tutup separuh ( setahu ummie ibu kucing suka tempat yang agak privacy)... malam tu ummie terdengar bunyi kucing mengiau berkali-kali dari luar tingkap . ummie buka tingkap bilik Muhammad dan tutup pintu bilik .. ( ada sesuatu yang ummie duga ), ummie kembali ke tempat tidur meneruskan lena yang panjang.... Dugaan ummie tepat, sudah ada dua ekor anak kucing di dalam bakul mainan anak-anak... ini kali kedua Si Putih mendiami bakul yang sama dengan anak-anak kecilnya... kali pertama dulu habis mainan Muhammad penuh dengan darah ( bakul tu menjadi tempat Si Putih melahirkan anak-anak)... .. kali ini Sudah seminggu anak-anak Si Putih menyusu di dalam bakul mainan tersebut, Suatu petang, Si Putih berbunyi dari luar tingkap.. ummie terdengar beberapa bunyi , dari bunyi tersebut ummie menduga Siputih melompat dan jatuh... ummie menjenguk keluar, kaki siPutih Luka, matanya tertutup sebelah ... terus ummie bukakan pintu rumah di bahagian belakang.. berlari Siputih masuk, rindu agaknya pada anak-anak yang lama ditinggalkan ... Ya, Si Putih cedera atau sakit barangkali. dengan kaki yang capit si putih masuk kedalam bakul mainan menyusukan anak-anak yang kelaparan............ si putih juga sama, Sayangkan anak-anak, entah berapa kali si putih membuat cubaan melompat dari luar tingkap dengan kaki yang capit.. Si putih langsung tidak berputus asa, sehingga ummie terdengar bunyi-bunyi lompatan si Putih berkali-kali.... sedih ummie memandang Si putih berjalan capit, sedih ummie melihat siputih dengan kaki yang luka, mata yang penuh dengan tahi mata........ dan kerana Hati yang turut merasa ummie bawa Si Putih keklinik .. si Putih dicucuk dan dibekal dengan ubat makan, pil vitamin, krim luar untuk luka dan ubat mata untuk dititis ke dalam mata.... terima kasih untuk mak dan kakak Bi yang membawa ummie ke klinik.... Moga Allah membalas kebaikan kalian. Amin. Hati yang merasa.
"Ya Allah peliharalah anak-anak kami, cintailah mereka, ajarilah mereka kebaikan dan didiklah mereka, kerana Engkaulah sebaik-baik pemelihara, sebaik-baik pendidik, Amin" |
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Baqarah[2:173]).
...Yang ummie harapkan ialah ahli keluarga ummie yang lain menjaga anak-anak ummie seperti ummie menjaga mereka... Ummie tiada Tv untuk ditonton dirumah, ummie mohon hadkan tontonan anak-anak ummie, ummie suka anak-anak banyak minum air putih , ummie mohon buatlah yang terdaya untuk elakkan mereka minum air lain terutama air batu, sehari pun beharga untuk ummie bersama anak-anak ( jadi ummie di lihat terlalu mengawal anak-anak oleh kalian) hanya penghormatan ummie harapkan dari kakak, adik dan abang ummie untuk seketika memahami Hati ini... ummie mohon ikut perkara pelik ummie sementara ummie di Hospital kelak, itu yang ummie harap kalian buat... anak-anak ummie aktif dan adakala akan menimbulkan rasa marah... ummie mohon kalian bersabar dalam menangani karenah mereka ...... buatlah semampu kalian, ummie hanya mampu merasa, dan hanya satu semuanya Ilham dari Allah, semuanya takdir Allah...Ya Allah jaga dan peliharalah anak-anak kami untuk setiap detik, Engkaulah sebaik-baik pemelihara, Ya Allah , bersihkan diri kami dan hati kami, Ajarilah kami dan Zuriat-Zuriat kami erti Ikhlas... Amin
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (Ali ‘Imran[3:92]).
.... proses ujian transplan hanya tinggal 10 % lagi,,,, gagal atau berjaya semua kehendakNya, .. 90% yang telah berjaya, manakala baki 10 % lagi Ketentuan Yang Maha Kuasa..buah pinggang itu bukan milik Ummie, bersyukurlah dan berterima kasih kepada pemilik sebenar..Itu yang ummie harapkan....Kerana Hati yang Merasa :)..... sendiri dalam mengalir air mata.
Ahad, 3 November 2013
Annakku " itu Rumah Syaitan " sayang
بِسْــــــــمِ اللَّــہ الرَّحْمَــــــانِ الرَّحِيـــــــم
Alhamdulillah satu hari telah berlalu.....ummie masih sama, belajar menawan hati anak-anak agar mereka berperilaku dengan akhlak yang baik ....( untuk mengamalkan sesuatu yang bukan kebiasaan memang rumit, susah dan sukar .... Tapi ummie harus sentiasa ingat yang sukar itulah nantinya manis hasilnya)... mendidik anak bukan suatu yang hasilnya cepat untuk dicapai, tapi penerapan yang berpanjangan itulah yang akan mendidik dan terkesan dihati anak-anak......Alhamdulillah, ummie akhirnya terhenti pencarian/ kaedah mendidik anak-anak setelah mempelajari ( dengan membaca dan menghadiri bengkel Mendorong Pelajar corot dengan kaedah Nabi)....
Dalam mengendalikan anak-anak dengan teknik Nabi Muhammad SAW,, arahan perlu diberikan tanpa membebel dan mengungkit salah laku anak-anak ..dalam entry kali ini ummie nak berkongsi pengalaman menangani masalah Muhammad yang suka mengambil masa yang lama ketika mandi ,, macam-macam yang dibuatnya . Setelah membaca buku-buku parenting mengikut sunnah, ummie mula sedar tandas bukanlah tempat yang sesuai berlama-lama di dalamnya kerana ia adalah kediaman Syaitan Laknatullah( banyak hal remeh yang kita buat sebenarnya menyalahi ajaran junjungan Nabi kita, cuma kita yang tidak menyedarinya).
Sebuah
hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal
kepada Allah SWT seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal
anak-anak Adam berada di bumi.
'' Ya Allah, adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,'' kata iblis.
Allah SWT berfirman;'' Tempat tinggalmu adalah air (bilik mandi atau jamban),'' (HR. Bukhari).
Dari situlah kemudian iblis menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi, jamban atau tandas.
Godaan iblis bermacam cara. Contohnya menggoda manusia agar;
1. Berada lama di dalam bilik mandi.
2. Bernyanyi atau berkata-kata.
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain.
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri.
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung dalam bilik mandi.
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika akan masuk atau keluar dari bilik mandi.
7. Melakukan perkara tidak sopan.
8. Melakukan Wuduk dengan tidak memakai pakaian
9. Menconteng dinding bilik mandi.
- Muhammad ni, berapa kali ummie bagitau.. tandas tu rumah syaitan... bla... bla... bla ( membebel)- kebiasaanya lepas Muhammad selesai mandi ummie akan membebel
- " sudah Muhammad, tadikan ummie suruh mandi cepat-cepat,, tapi Muhammad tak dengar cakap ummie - Marah dengan muka masam di pintu bilik air
- adakalanya ummie akan menjerit dari luar sambil mengetuk pintu bilik air.. "Muhammad cepat"
" Muhammad dalam tandas tempat syaitan, bila kita dah tahu itu rumah syaitan, kita perlu mandi bersih-bersih dan terus keluar" bicara ummie kepada Muhammad apabila melihat Muhammad hendak masuk ke dalam bilik air.... ummie menunggu Muhammad dengan sabar diluar...
arahan ummie jelas * mandi dengan bersih * dan cepat-cepat keluar setelah mandi.
Hati ummie berdebar-debar di luar......
seikhlasnya ummie agak terkejut kerana Muhammad benar-benar menurut arahan ummie...Masa yang diambil Muhammad untuk mandi tidak terlalu lama dan tidak juga terlalu cepat.. ummie yakin Muhammad mandi dengan elok dan bersih. Muhammad telah menunjukkan sikap yang baik jesteru ummie perlu terus mendorong Muhammad dengan memberi Pujian gaya Nabi Muhammad. " bagusnya, Muhammad sudah mendengar cakap ummie mandi dengan bersih dan cepat, hati ummie sangat gembira" ummie mengungkap ayat yang disusun spontan sambil mengusap ubun-ubun Muhammad .Antara perkara penting yang perlu di dalam ayat Gaya Nabi ialah
- bagusnya ,,,(Pujian )
- Muhammad sudah mendengar cakap ummie (hasil kerja 1), mandi dengan bersih dan cepat ( hasil kerja 2)
- Hati ummie sangat gembira .. ( Impak dari hasil kerja Muhammad)
Tak dapat ummie bayangkan betapa ummie lalai, dan mebiarkan Muhammad dan Humaira bermandi sambil bermain-main dalam jangkamasa yang lama. hal remeh yang kesannya besar. Moga Allah terus memberi petunjuk untuk ummie dalam membesarkan anak-anak. Amin
- bagusnya anak-anak ummie... ( Pujian)
- membantu ummie yang letih...(hasil kerja)
- Semoga Allah jadikan Muhammad dan Humaira menjadi anak-anak yang baik..(doa=impak).
..... Tiada petunjuk yang paling hebat melainkan petunjuk Rabbani
dan tiada pendidikan terhebat melainkan pendidikan Nabawi......................" ya Allah, bimbinglah kami... ajarilah kami mengikut sunnah kekasihMu Muhammad SAW" Amin...
Isnin, 21 Oktober 2013
Kisah "Penjual di tepi kaki lima"
"Uu uu mi , a aada tak pak cik ari tu?" terpancul soalan yang sedikit gagap dari mulut kecil Humaira... Mata umie ligat mencari kelibat seorang lelaki tua...Lelaki tua yang saban waktu mencari rezki menjual beberapa barangan di kaki lima bank ....ummie sendiri tidak pernah mendekati pak cik tua tersebut, namun dari kejauhan mata, ummie cuma dapat menangkap beberapa botol barangan yang disusun di atas lantai ( mungkin minyak angin agaknya) dan beberapa mainan kanak-kanak....
Pakcik tua yang budiman, mencari sesuap rezki di tepi kaki lima ...Kagum ummie pada orang yang bekerja dan berusaha seperti pak cik tersebut.. dia berbeza dengan seorang peminta sedekah................... Anak-anak perlu ditarbiah untuk mudah memberi dan mempunyai rasa belas...... Alhamdulillah berkat latihan sejak kecil Muhammad sudah punya rasa simpati dan suka memberi .
" ummie kesian pakcik tu, dia jual sayur " bicara Muhammad ketika kami berjalan ke pasar malam.... Ya , lelaki tua yang sudah berkedut seribu, sedang duduk tanpa alas... sayur-sayur yang dijual cuma sayur kangkung yang disusun berlapikkan surat khabar ( tidak seperti penjual lain pak cik ini hanyak menjual beberapa ikat kangkung).... " Nah ambil duit ini Muhammad, tak perlu ambil baki" ummie berbicara sambil mengeluarkan duit... sejak hari itu, jika ada saja pak cik yang sama di pasar malam Muhammad akan minta duit dari ummie untuk membeli sayur sambil bersedekah ... " kenapa hang beli kangkung ni, dekat tepi rumah kita banyak sayur kangkung " emak bertanya hairan, anaknya yang jarang memasak membeli sayur.... Muhammad masih setia duduk sebelah ummie, sambil mendengar perbualan ummie dan mak tok .... ( ummie suka Muhammad dengar perbualan ummie, agar kata-kata ummie kukuh dihati dan jiwanya).. " peminta sedekah pun , kita tak sanggup tengok dan beri duit untuk bersedekah, inikan pula pak cik tua yang cuba berusaha menjual kangkung mencari rezki.. pak cik tua ini lebih bagus dari seorang peminta sedekah" bicara ummie ....Emak yang juga rapuh jiwanya pada orang yang lebih susah menerima penjelasan ummie...Sehinggakan pada hari-hari mendatang dia tidak lagi bertanya tentang sayur yang ummie dan anak-anak bawa pulang dari pasar malam....paling tidak pak cik penjual sayur tentu gembira sayurnya terjual.
.............Kini humaira juga sama, mencari pak cik tua di tepi kaki lima, cuma mungkin si comel Humaira mendambakan patung-patung kecil milik pak cik tua. .." ummie boleh tak bagi duit pada pak cik tu...?" Muhammad bertanya,, Ummie tak nampak barang apa yang dijual menjadikan ummie tidak berminat untuk membeli, apatahlagi Abah sedang menunggu di dalam kereta ... " Muhammad tak payah beli barang, Muhammad bagi ja duit tu, cepat sikit Muhammad" pinta umie sambil melepaskan Muhammad berlari ke arah Pak cik tua di kaki lima... ..... Tiap kali Ummie mengeluarkan duit dari mesin ATM , Kami kerap melihat kelibat Pak cik tua tersebut dengan barang-barang jualannya... Muhammad pun sudah lali dengan rutin berlari ke arah pak cik tua memandangkan jarak tempat Ummie mengeluarkan duit agak jauh dari tempat Pak cik tua tersebut. .... Alhamdulillah setelah sekian lama, pak cik tua sudah mengenali Muhammad. Suatu petang, rutin yang sama berlaku, Ummie pula menanti Muhammad di tepi kereta .. " Ummie pak cik bagi Muhammad ni " bicara Muhammad sambil menunjukkan mainan kecil ( hiasan cermin).... " Muhammad, kenapa Muhammad ambil, duit yang ummie bagi tu tak banyak sangat" umie berbicara rasa serba salah .... " pak cik tu kata hadiah" balas Muhammad.... terlopong humaira melihat Muhammad mendapat hadiah mainan ayam jantan..... " Nah, ambil duit ni, jangan ambil baki belikan satu pada humaira " ummie memberi arahan kepada Muhammad sambil menyerahkan duit....Muhammad mendapat ayam jantan dan Humaira mendapat teddy bear ......Anak-anak seronok dengan hadiah pak cik tua di tepi kaki lima ...dan yang lebih mengembirakan mereka, tanpa diduga mainan tersebut mengeluarkan bunyi apabila dipicit ( itupun gara-gara Humaira terpicit kuat mainannya)... " ummie ayam Muhammad berkokok" bicara Muhammad gembira manakala teddy bear humaira mengeluarkan bunyi muzik........." ummie , esok ummie kejutkan Muhammad dengan bunyi ayam jantan ya ummie " pinta Muhammad dengan nada gembira...kini suara ayam jantan berkokok setiap pagi untuk mengejutkan Muhammad dan Humaira... cepat benar Muhammad bangun bila mendengar kokokan ayam jantan .....Terima Kasih Allah untuk semua anugerahMu hari ini, Terima kasih Pak Cik Tua di tepi kaki lima.... " ummie , Allah kan suka suara ayam jantan" Muhammad berbicara ketika kami hampir tidur..... Muhammad masih ingat pada tazkirah malam ummie suatu ketika dulu.... " ya Muhammad, Allah suka pada suara ayam jantan" bicara ummie ringkas, ummie sendiri sudah letih dengan rutin harian sepanjang hari...........anak-anak enak dibuai mimpi... ummie juga sama, tidur menanti hari esok.... kini sudah berminggu-minggu berlalu, Muhammad setia dikejutkan dengan suara ayam jantan... sedikit latihan yang baik untuk anak-anak .....
- Ajarlah anak memberi, kerana yang memberi lebih baik dari yang
menerima ..Tak perlu ceritakan pada anak-anak tentang penipuan peminta
sedekah yang kita sering dengar. Kita hanya bersedekah ( Allah menilai
hati dan amalan kita)... jika kita ditipu ( itu urusan Allah)...
Firman Allah:
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (Ali ‘Imran[3:92]).
- Latihlah anak dengan rasa simpati, agar dia tahu bersyukur dan sedia memberi .
- Beri anak duit lebih ketika dia menunaikan solat di masjid, agar dia terbiasa mengisi tabung/ derma yang disediakan oleh pihak masjid
- sikap penyanyang juga boleh dipupuk dengan memelihara haiwan seperti kucing......asalnya kami hanya memelihara kura-kura kecil , namun disebabkan selalu menyediakan makanan kucing, tak semena-mena banyak kucing yang suka berkunjung. Walaupun adakala ummie agak rimas dengan kucing yang suka benar mengikut langkah-langkah ummie ( sampai susah nak berjalan)... tapi disebabkan terkenangkan kucing adalah antara binatang yang Rasulullah sayang, dapat juga ummie buang rasa rimas tersebut. Mencintai apa yang dicintai kekasih Allah adalah lebih utama.
Sabtu, 5 Oktober 2013
wajah-wajah wangian syurga
Ummie menarik nafas panjang.... terasa damai memandang wajah-wajah wangian syurga.... Muhammad demam, Humaira juga sakit akibat terluka.... jika dulu ummie adalah ibu yang paling cemas dengan sakit anak-anak....Alhamdulillah kini banyak yang sudah berubah.. " ummie, boleh Muhammad solat sambil duduk " Muhammad mengajukan soalan setelah dia selesai mengambil wudhuk ..." Muhammad ambil wudhuk elok tak hari ni"? ummie tidak menjawab pertanyaan Muhammad sebaliknya ummie pula yang mengajukan soalan kerana ummie perlu perbaiki beberapa tatacara berwudhuk Muhammad yang dikhuatiri tidak rata pada anggota wudhuk ..."emmm .... Muhammad ambil lainlah wudhuk "..bicara Muhammad yang rela mengambil wudhuk untuk kali kedua , tentu ada yang dia rasakan tidak kena..... lega ummie apabila Muhammad bersedia ulang wudhuk tanpa arahan ummie.
" ummie, kaki Muhammad lenguh , boleh tak Muhammad solat sambil duduk" Muhammad kembali mengajukan soalan yang sama.... ummie serba salah untuk memberikan jawapan, bimbang jika ummie membenarkan permintaan Muhammad, kedepan Muhammad akan solat duduk jika demam ... Namun ....." Muhammad boleh solat duduk hari ni, sebab Muhammad demam dan masih kecil, jika Muhammad besar macam ummie . Muhammad perlu berdiri untuk solat" ummie berbicara.... ummie tidak hanya memberi keizinan membuta tuli , sebaliknya ummie selitkan sebab keizinan ummie hanya terhad pada ketika dan umur Muhammad yang baru menjangkau 7 tahun .... antara sebab keizinan ummie
- Muhammad yang baru mencecah usia 7 tahun, baru belajar dan fikirannya terbatas. dia tidak mampu berfikir seperti ummie berfikir .
- Muhammad masih dalam fasa bawah umur ( tidak dikira dosanya)...
- Muhammad sudah rela ulangi wudhuk untuk kali kedua walau demam ( ketika terkena air Muhammad bersungut sejuk).. ummie tak ingin Muhammad terasa berat untuk solat ketika demam.
- Muhammad lenguh kaki akibat demam ( ini biasa terjadi apabila suhu badan tinggi )/ badan akan terasa seram sejuk
- Muhammad sanggup untuk solat pada waktunya walaupun demam
- Umur 7 tahun , adalah umur untuk ummie terus mendorong Muhammad dengan cara yang lembut bukan paksaan dan kekerasan ...
.... Pada penulisan ummie kali ini, ummie ingin berkongsi beberapa kebaikan yang ummie rasakan setelah mengamalkan pujian gaya Nabi ... walaupun amalan ummie ini tidaklah 100 peratus dalam berbicara dengan anak-anak ( masih dalam fasa peralihan gaya tradisi dengan gaya Nabi Muhammad SAW)namun sedikit sebanyak ummie sudah merasakan kebaikan amalan ini... antara kebaikannya
- Tak perlu beli coklat atau hadiah ( cukup memuji sambil ummie beri ciuman )... hingga adakala anak berlumba-lumba nak dapatkan ciuman ummie.. pernah satu ketika ummie memuji sambil mengusap lembut kepala Muhammad.. tiba-tiba humaira protes sambil wajah mencuka" ummie ni, tak pegangpun kepala Humaira macam tu".... ini yang dikatakan cemburu pada hal kebaikan, InsyaAllah Humaira akan berlari-lari nak masukkan baju kotor dalam baldi sebab nak dapatkan pujian dan usapan ummie..
- kebaikan untuk ummie pula , ummie sudah tidak cepat nak marah-marah macam dulu... kaedah mendidik anak dengan cara ni banyak mengajar ummie untuk bersabar.....
- ummie sendiri tak cepat tertekan seperti dulu ( kerja hingga jam 5.00 ptg,hidup jauh dari abah) mula sedar " tertekan apabila kita banyak berleter" " banyak marah"..
- Ummie mula percaya " teknik nabi " sesuai dulu kini dan selamanya .... jika sebelum ini ummie hairan macam mana Nabi Muhammad SAW boleh melahirkan orang-orang hebat akhlak, hebat dunia, hebat akhiratnya...
- yang paling penting... mengajar ummie untuk beramal dengan sunnah ,, ummie makin banyak membaca untuk mendapat idea- idea buat skrip ( dari Fb dan buku-buku) - buku yang sesuai untuk rujukan " Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad "" hadith Kaunseling Gaya Nabi Muhammad" dan buku Islamic Parenting.
'Anak masih sering lupa dan lalai. Ia belum mampu memfungsikan akalnya untuk konsisten terhadap suatu urusan layaknya orang dewasa. Kerana itu, nabi sangat memerhatikan aspek ini. Hal ini bisa dilihat ketika nabi menugaskan suatu pekerjaan kepada Anas saat ia masih kecil. Bila baginda Nabi melihatnya melakukan kelalaian atau kealpaan , baginda tidak menghukumnya, tapi cukup memberikan arahan kepadanya. Malah jika baginda melihat ada keluarganya yang hendak menghukumnya, baginda bersabda "Biarkanlah dia, seandainya ditakdirkan, ia tentu telah terjadi". Hal ini kerana baginda mengetahui bahawa anak mempunyai kemampuan berfikir yang terbatas.Adakalanya anda mengatakan kepada anak Anda, " kamu jangan main dengan anak-anak lain" akan tetapi , apabila sang anak melihat teman-temannya ia tidak ingat lagi larangan ayahnya. Hal ini kerana kemampuan berfikir anak belum dapat menyimpulkan bahawa melanggar perintah orang tua adalah derhaka dan dilarang.' kerana itu apabila baginda Nabi melihat kekeliruan anggota keluarga yang hendak menghukum pelayannya anas yang belum cukup usia baginda bersabda " "Biarkanlah dia, seandainya ditakdirkan, ia tentu telah terjadi"........-buku Islamic Parenting
.. sehingga kini ummie masih merangkak-rangkak untuk mengubah tradisi kebiasaan dalam menagani tingkah laku anak-anak... perkongsian ini sebenarnya untuk memantapkan kefahaman ummie sendiri ...Semoga Anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh , Amin....
Ahad, 8 September 2013
" gundah seorang ibu"
Alhamdulillah... syukur pada Allah, pemilik kerajaan langit dan bumi.....
........ Suka ummie menidurkan anak-anak malam ni,, " ummie, humaira tak mau cubit tangan ummie" bicara si comel Humaira ..... satu tabiat Humaira ialah mencubit.... entah bagaimana tabiat ini melekat pun ummie tak pasti, yang ummie tahu cubitan humaira memang menyakitkan.... entah berapa kali Muhammad marah dek di cubit Humaira dengan jari-jari halusnya....." Bagus Humaira, ummie suka bila humaira nak ubah sikap, ummie bertambah sayang pada humaira"... PUJIAN GAYA NABI .... terus ummie susuli selepas Humaira bercita-cita membuat perkara baik.... " along pun tak mau pegang muka ummie' tiba- tiba Muhammad pula berbicara .... sungguh cepat Muhammad terdorong untuk membuang tabiat buruknya setelah ummie memuji Humaira ... " bagus Muhammad, ummie suka Muhammad tak pegang muka ummie , ummie rasa bahagia sangat, tak lah muka ummie ni sakit di picit-picit"... pujian untuk Muihammad ummie ungkapkan .... Alhamdulillah rentak untuk mempraktikkan skrip-skrip dengan menggunakan gaya bahasa Rasulullah SAW makin mudah untuk ummie amalkan.... walaubagaimanapun ummie masih dahagakan perkongsian dari mereka yang lebih arif.
di kesempatan ini, ummie ingin berkongsi sedikit catatan perkembangan anak-anak yang terdorong dengan "skrip gaya bahasa Rasulullah'
" Humaira , cantiknya baju humaira lipat.. seronok ummie humaira tolong ummie buat kerja" skrip untuk humaira... |
di
wall FB Puan Aishah Hashimee , bagai diketuk jiwa dan naluri seorang ibu,
ayat yang dikongsi itu seperti melekat ditelinga dan hati ummie...... "
Muhammad, kawan Muhammad
suka tak tengok lukisan Transformer ummie" soal ummie petang itu....
Puas ummie melihat Muhammad melukis dan kemudian padam berulang kali...
bila dijenguk, rupanya Muhammad sedang melukis Logo transformers.... "
ummie boleh tak tolong lukiskan " pinta Muhammad... tanpa berkata
banyak, ummie membantu Muhammad melukis ... dengan sedikit tangan seni
ini terhasil juga lukisan yang menarik pada pandangan Muhammad,
Alhamdulillah... ' ummie tau tak apa kawan Muhammad kata ? dia kata"
Haree,, cantiknya "... berderau darah/tersirat semua sekali mendengar
perkataan yang tidak lazim diucap
" HAREE"
ummie tak pasti asal usul sebab istilah itu sering digunakan oleh anak
remaja ( ia turut diungkap oleh pelajar-pelajar sekolah ummie dalam perbualan mereka) ... yang ummie tahu ia berasal dari perkataan " HARAM"... jika
diteliti pun tiada hubungkait yang sesuai untuk membenarkan perkataan
itu di ucap dalam satu-satu perbualan.... apa tujuannya pun tiada
kepastian ......" jangan sebut perkataan tu " bicara ummie .... dah tak
ingat skrip nabi Muhammad SAW...... selepas hari itu.... ummie mula
risau tak keruan.... rasa gundah pun ada.... malah sampai rasa nak tukar saja Muhammad ke sekolah lain ( "teruk ka sekolah Muhammad sekarang ni", bisik hati
kecil)........... Entah di mana lagi harus ummie bawa Muhammad
lari............Adakah dunia yang hanya ada perkara baik, insan baik
dengan bahasa yang baik agar Muhammad hanya belajar kebaikan
............ sampai sudah ummie tak dapat menjawab suara hati
sendiri...ummie mencari sesuatu yang sukar untuk ummie temui.,,suatu kerisauan yang tiada penghujung.
......... Tadi di dalam kereta ketika menuju ke Pekan Parit Buntar ummie sempat berdialog dengan Muhammad " Muhammad , bila kita berkawan dengan penjual
minyak wangi .. bau wangi tu akan terlekat juga pada Muhammad, bila
Muhammad berkawan dengan tukang besi... akan terpercik juga api dan bau
besi tu pada Muhammad" bicara ummie ingin melerai kekusutan yang tidak
terjawab ( dengan harapan Muhammad faham apa yang ummie cuba sampaikan)..... Muhammad berbicara membalas bicara ummie" bila kawan cakap tak elok , along
akan kata " hang jangan cakap macam tu, tak baik," bicara Muhammad dilanjutkan "muhammad tau
kenapa ummie tak bagi Muhammad tengok TV, sebab ummie tak mau Muhammad
tiru cakap tak elok dalam TV" ... jawapan Muhammad, sedikit melegakan gelora jiwa ummie... dia faham barangkali , bisik ummie sendiri sambil memberi respon pada Muhammad " ya,
sebab ummie sayangkan Muhammad, Allah suruh ummie jaga Muhammad
elok-elok" ..........Ummie tak pasti sejauh mana percikan api
diluar akan mengenai anak-anak ummie ( percikan api dari kelemahan ummie dan abah saja sudah tak mampu ummie hitung dan risau sendiri)... ... ummie hanya mampu
berdoa.....berdoa agar anak-anak ummie berjaya membezakan yang Baik dan
buruk , yang Hak dan yang batil........ " ya Allah , lindungilah
anak-anak kami kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung " Amin....
Sedikit juga prkongsian kecil untuk catatan ummie kali ini , sesuatu
yang ummie sudah mula praktikkan untuk anak-anak ialah satu sunnah yang
sangat mudah, yang boleh dilakukan bila-bila masa. Ummie pasti semua pembaca entry kali ini pasti pernah dan selalu merasai apa yang ummie rasai pada suatu-suatu ketika, rasa seorang ibu "
rasa sayang/ seronok menerjah ketika melihat wajah anak-anak ".... bila
rasa itu timbul dalam keadaan yang damai dan tenang ( tak kira saat anak
bermain/belajar atau apa-apa saja) ummie akan menghampiri Muhammad atau
Humaira sambil memeluk dan mengusap/ mencium dahi kecil anak-anak sambil berdoa " ya Allah aku cintai anak ini, aku
mohon Engkau cintailah anak ini kerana aku mencintainya, ya Allah , Amin"
..............
( rujukan : buku Islamic Parenting)...doakanlah anak-anak
hingga doa itu didengari oleh telinga kecil anak-anak kita , biar hati dan jiwanya yang jernih menyimpan kukuh doa-doa yang dilafazkan ....... " moga
doa -doa kita dimakbulkan Allah dan moga ia juga dikira sebagai ibadah
dalam menghidupkan sunnah rasulullah SAW......
perlahan-lahan Muhammad ikut amalan yang sering ummie buat " memberi hadiah" " memberi kad"........ suatu petang Muhammad balik dari sekolah " ummie, ini Muhammad bagi hadiah kat ummie" bicara Muhammad.. " bagusnya Lukisan Muhammad, ummie suka Muhammad bagi hadiah dekat ummie, boleh ummie buat penanda buku" ummie guna lagi skrip memuji gaya nabi Muhammad SAW. tiba-tiba Humaira mengambil pen dan kertas dan melukis sesuatu,, beberapa ketika humaira datang menghampiri ummie sambil berkata " Ummie, maira bagi hadiah kat ummie jugak" ..... ummie nak ketawa pun ada/ tersenyum sendiri sebabnya cepat sungguh Humaira terdorong untuk meniru kebaikan Muhammad, dan yang kedua , ummie tak pasti apa yang dilukis Humaira ... InsyaAllah kanak-kanak lebih mudah didorong ke arah kebaikan hanya dengan ganjaran sosial ( bengkel mendorong Pelajar Corot)
Ahad, 1 September 2013
" aplikasi ilmu " dari Bengkel mendorong Pelajar corot" dan " RM 100"
" Azanlah wahai Bilal, serulah manusia untuk menyembah Allah yang esa" bicara Abu Bakar memujuk Bilal yang masih bersedih atas kehilangan Rasulullah SAW, kekasih tercinta... ( Rasulullah SAW telah dipanggil kehadrat ilahi".............dengan langkah yang lemah bilal berdiri dan melaksanakan tugasnya, namun sehingga lah pada kalimat " Ashhadu Anna Muhammadar Rasulullah", lidahnya tersekat-sekat..... kalimah itu tidak berjaya diucapkan ... Bilal menagis tersedu sedan dan seluruh penduduk Madinah turut menangis.......sejak itu Bilal merasakan tugas yang digemarinya berubah menjadi tugas yang lebih berat dari memindahkan gunung...........( BUKU sahabat Hebat Rasulullah, tulisan Arsil Ibrahim)........... ummie dan Naufal turut berjurai air mata semasa sesi ummie bercerita sebelum tidur. ..... entah kenapa sejak membaca buku Sahabat Hebat rasulullah , ummie bukan sekadar suka, namun sudah jatuh cinta dengan semua buku tulisan penulis ini...Ustaz Hj Arsil Ibrahim.............
KANDUNGAN DALAM BUKU SAHABAT HEBAT RASULULLAH |
.....................Ummie bersyukur kerana minggu ini minggu yang berlalu dengan sangat baik , ummie merasakan ada beberapa peningkatan positif sikap anak-anak dan sikap ummie sendiri..........semuanya bermula apabila ummie perlahan-lahan membuat skrip gaya bahasa rasulullah untuk mendorong berubahan tingkahlaku anak.... kali pertama ummie mengikuti bengkel, ummie rasa agak sukar untuk mengamalkan gaya bahasa yang agak skema dan baku.... namun kali kedua bengkel " mendorong pelajar corot" bersama Ustazah Siti Khadijah ... ummie seperti lebih bersedia untuk mengaplikasikan teknik ini untuk anak-anak..... dan Alhamdulillah semuanya Allah kuatkan lagi bila ummie membeli buku parenting yang agak bagus ( pendapat peribadi) " Islamik Parenting"hasil tulisan Syaikh Jamal Abdurrahman......apa yang ummie belajar di bengkel dikuatkan lagi dengan hadis -hadis yang sama yang turut di muatkan di dalam buku islamik parenting......
ummie nak kongsi beberapa tajuk yang telah ummie baca dari buku ini di antaranya ada yang ummie telah praktikkan , dan ada tajuk-tajuk yang memberi info kepada kita bahawasanya Rasulullah sangat lembut dan penyayang pada anak-anak... antara tajuknya ialah :
1) memanggil anak dengan julukkannya sebagai penghormatan.
... sebenarnya agak sukar bagi ummie untuk memberi julukan yang sesuai kepada putera dan puteri ummie,, namun setelah habis berfikir ummie tekad memilih dua nama yang indah ..... untuk putera ummie, ummie putuskan " Muhammad" dan untuk puteri ummie yang ( pastinya cantik dan comel)... ummie gelar dengan gelaran " Humaira" , moga-moga gelaran ini sesuai untuk anak-anak dan mereka membesar sesuai dengan fitrah... Sumaiyah sangat teruja dengan gelaran Humaira ( dia rasa disayangi dan dimanja dengan panggilan baru ummie)... Naufal pula pada mulanya agak malu... namun kini dia sendiri sudah mula membahasakan dirinya Muhammad...mengikut buku ini nama gelaran adalah selain dari nama sebenar , ia boleh jadi sifat anak atau sesuatu yang sesuai dengan anak-anak..pada mulanya ummie nak gelar sumaiyah si merah jambu ( sebab Sumaiyah suka sangat pada warna pink),, namun kerana kejanggalan yang ummie rasakan, akhirnya ummie pilih Humaira sempena gelaran kepada Isteri Nabi SAW... " gelaran yang indah untuk sesuatu yang indah dalam hidup ummie"
2)Menarik Perhatian anak dengan Ungkapan yang lembut....
ini adalah contoh-contoh ayat rasulullah ketika berbicara " Wahai Abu Umair, apakah yang terjadi dengan Nughair itu"?...
"hai anakku , mundurlah kamu kebelakang!.
"Anak muda ,sesungguhnya aku akan memberimu beberapa pelajaran"
"Anak muda , sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu"
... semua ini dimuatkan di dalam buku islamic parenting... bagi ummie yang baru menghadiri bengkel mendorong pelajar corot, pembacaan buku ini sperti alat bantu untuk mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada.... paling penting nak bantu ummie buat skrip...
3 Nabi Muhammad menghentikan Khotbah dan meninggalkan mimbar untuk menyambut Anak kecil yang berjalan bertatih-tatih ( tirmidzi)...- Nabi Muhammad SAW tidak pernah rasa terganggu dengan kehadiran kanak-kanak.
4. Memberi hadiah, mendoakan dan mengusap kepala anak
5. Menghargai mainan anak. : Setelah Aisyah dinikahi nabi SAW, Aisyah membawa boneka mainann
6. Tidak membubarkan Anak yang sedang bermain ...
Dari pengalaman umie, akan menjadi rutin ummie memanggil anak ketika anak sedang bermain...sebabnya pada waktu-waktu tertentu sedang mereka rancak bermainlah ummie perlukan bantuan anak-anak ...buku ini mengingatkan ummie tentang satu status di fb iaitu " perlunya anak bermain sama seperti perlunya orang dewasa bekerja".. orang dewasa tidak letih bekerja siang malam mencari duit , sama halnya dengan anak yang dahagi bermain siang dan malam .... Dalam satu riwayat , Anas berkata " saat aku bermain dengan kanak-kanak , Rasulullah SAW datang kepadaku. beliau mengucapkan salam kepada kami. Setelah itu beliau memanggilku dan mengutuskanku untuk satu keperluan. Ketika aku kembali, beliau bersabda," janganlah engkau beritahu sesiapa"...... dari riwayat ini kita pelajari betapa Nabi Muhammad SAW tetap menghormati kanak-kanak sehinggakan beliau terlebih dahulu mengucap salam kepada anak-anak yang sedang bermain...
. " Assalamualaikum, Muhammad esok dah sekolah pergi susun buku " contoh ayat ummie ketika melihat Muhammad dan Humaira sebuk bermain. ... pada salam yang diucap itu wujud penghargaan kepada anak-anak yang akan membantu psikologi dan pembesaran anak-anak ... moga Allah mudahkan urusan kita mendidik dan membesarkan anak-anak.
7. Jangan mencelannya .
rasanya ummie tak terlepas membebel kepada anak-anak bila anak-anak melakukan kesalahan..... bagi ummie bebelan juga secara tak langsung mencela anak ....ummie suka ayat yang sering digunakan oleh Ustazah Siti Khadijah dalam bengkelnya "jangan cederakan jiwa/hati anak-anak" ia akan menjatuhkan self esteem anak-anak....bukan mudah untuk menjadi " ibu dan ayah" ..... Moga Allah istiqamahkan ummie dan abah untuk terus belajar menjadi pendidik yang baik mengikut sunnah .Amin
8. meminta izin berkenaan Hak anak.
"Naufal ummie cadangkan RM50 dari duit raya Naufal beli mainan , bakinya Naufal simpan " bicara ummie ketika di kelantan lagi ( time tu ummie masih memanggil Naufal sebabnya belum terfikir nak beri gelaran ) . " oklah , ummie Naufal nak beli lego" Naufal memberikan persetujuan disamping bagitau terus apa mainan yang diingininya... Alhamdulillah petang tu sewaktu di KBmall ( kelantan ) ummie terserempak dengan mainan lego ( bukan yang murah sangat , tapi still bukan lego berjenama LEGO).. betul-betul berharga RM50... begitu juga dengan Humaira yang memberikan persetujuan ( walaupun dia masih tidak sangat faham apa yang ummie maksudkan dengan simpanan wang)... Humaira dapat satu kolam renang plastik yang ummie beli juga dengan harga RM50............................. "Sahl bin S'ad meriwayatkan bahwa disajikan kepada Rasulullah SAW minuman, lalu beliau meminumnya, sedang disebelah kanan beliau terdapat seorang anak remaja dan disebelah kirinya terdapat banyak orang tua. sesudah minum , Nabi bertanya kepada si anak " apakah engkau setuju bila aku memberi minum mereka terlebih dahulu?" Ia menjawab , " tidak, demi Allah, aku tidak akan memberikan bagianku darimu.". Rasulullah pun menyerahkan wadah itu ketangannya....Betapa rasulullah tetap menjaga hak seorang anak .... .....selepas ini , ummie kena ubah sikit skill pertanyaan ummie ... contohnya " apakah Muhammad setuju jika RM50 duit Muhammad ummie belikan mainan dan bakinya kita simpan "??? .. selepas menghadiri " bengkel pelajar corot "... ummie dapati ayat memainkan peranan yang penting ketika hendak berbicara.....
.............. Alhamdulillah apa yang ummie kongsi hanyalah sebahagian kecil tajuk dari buku Islamic Parenting dan sebahagiannya adalah beberapa hasil dari bengkel " mendorong pelajar corot " yang ummie hadiri bersama Ustazah Siti Khadijah".... semoga perkongsian ini berguna untuk ummie dan semua pembaca. Amin.
MUHAMMAD DAPAT LEGO, HUMAIRA DAPAT KOLAM ( BOLEH AJAR MEREKA BERKONGSI MAINAN) |
SUATU PETANG....
...... " buku apa lagi yang ayang beli " abah mengajukan soalan setelah ummie masuk ke kereta membawa beg plastik ..." ni " islamik parenting" dan buku " cerita untuk anak-anak",jawab ummie sambil menunjukkan buku Islamik parenting yang baru ummie beli... " kita kan dah ada banyak buku macam tu , yang kat rumah tu masih ada " abah tak puas hati agaknya bila tajuk buku ni, hampir sama dengan buku-buku ummie yang terdahulu...... " tajuk sama, tapi isi dalamnya ada banyak pertambahan dari buku-buku yang lama" ummie memberikan jawapan ................." saya dan suami akan peruntukkan RM100 setiap bulan untuk membeli buku-buku bacaan, " terkenang ummie pada pengakuan seorang teman semasa dalam kursus induksi 7 tahun yang lalu.... ketika itu ummie sarat mengandungkan Muhammad... hingga Humaira lahir, baru ummie aktif membeli buku-buku bacaan, sejak itu ummie dan abah bersetuju memperuntukkan RM 100 sebulan untuk membeli buku-buku, hingga sekarang kami ada koleksi buku yang ditempatkan di suatu sudut rumah.....Alhamdulillah, selain buku untuk bacaan ummie, ummie juga nak kongsi beberapa buku anak-anak , yang ummie gunakan untuk sesi bercerita sebelum tidur atau pada waktu-waktu ummie melihat anak kebuntuan aktiviti.....
BUKU INI DARI PENULIS YANG SAMA , SANGAT MENYENTUH JIWA CARA PENYAMPAIAN DARI BUKU INI. |
BUKU TERBARU UMMIE |
Isnin, 19 Ogos 2013
1001 cerita
.......... bukan mudah nak menulis semula... rasanya kali ni terlalu lama masa yang ummie ambil untuk buat entry baru.... entahlah kenapa " bermacam-macam sebab" yang bukan mudah untuk dikisahkan di sini... namun sekali menaip ... jari akan bergerak laju.. ( rupanya skill menulis / idea mengarang tetap ada dihati).... " Selamat Menyambut hari Raya" .. ummie mohon maaf sekiranya kehadiran blog ini ada mengguris insan-insan tanpa ummie sedari.....
...........banyak yang ummie nak share, walaupun apa yang ummie ingin kongsikan ini sudah agak lama berlalu , namun ia tak kan ada 'expiry date' dalam kamus hidup ummie dan anak -anak...
.........title sebagai guru yang ummie miliki bukanlah penyebab utama untuk ummie menghormati guru, namun kerja duduknya seorang guru yang mencurah ilmu/ mengajar/ mendidik yang buat ummie rasa terpanggil untuk mendidik anak-anak menghormati guru... sejak Naufal di
nursery,, bermacam-macam aduan Naufal.. namun mujur ummie bukanlah seorang penyerang tanpa usul periksa atau menangkan Naufal begitu sahaja.....jika komen yang Naufal harapkan untuk memburukkan guru " jauh sekali"... pasti semuanya berlapik, namun tidak jugak menuduh Naufal menipu.....
............" Hari guru" dan " hari raya" adalah hari yang terbaik untuk buat aktiviti dan dalam masa yang sama mendidik anak menghormati/ menghargai jasa guru"............ so, sempena hari raya , kami sepakat buat kat raya untuk 11 orang guru Naufal mengikut matapelajaran yang ada....
bila muka depan dah siap , Naufal perlu menulis nama guru dibelakang dengan beberapa kata-kata yang sesuai... ada kata-kata yang ummie cadangkan, dan ada jugak idea dari Naufal sendiri... untuk permulaan Naufal semangat menulis,,, namun dek kerana penat tarawikh ( hari dah larut malam)... ummie yang terpaksa sambung beberapa gambar.... Alhamdulillah time sahurpun Naufal sambung menulis untuk beberapa orang guru lagi ( yang tak sempat dibuat mlm tu)... agak tergopoh-gapah aktiviti ini, disebabkan cuma tinggal dua hari, untuk sesi persekolahan.
... sebenarnya bila tengok tulisan Naufal ni, agak teruk bagi ummie... tapi disebabkan Naufal yang sanggup tahan mengantuk ( ummie ignorekan saja dulu).... anak ummie yang kidal ni selalu terbalik beberapa abjad dan huruf..........membuat kad raya ni merupakan aktiviti tahunan ummie dan Naufal sebenarnya sejak dia di nursery lagi...
............... itu cerita ummie ttg kad raya.... now ummie nak share hadiah hari guru untuk ke 11 guru yang ngajar Naufal tahun ni....( supaya ummie tak terasa berat untuk keluar budget)... ummie kumpul RM 50 sebulan selama 3 ke 5 bulan kot ( dah lupa)... tapi berbaloi untuk seorang guru yang mengajar Naufal ( dari kul 8.00 hingga lah jam 5.00)....... hadiah ni pun tak mampu nak balas jasa guru ( moga mereka iklas mendidik anak-anak kami)... Amin.. ( Allahlah sebaik-baik pembalas kebaikan dan keburukan )...
.............. Alhamdulillah persekolahan Naufal berjalan lancar,,, walaupun exam Naufal bukan sangat cemerlang... namun ummie bersyukur , moga Naufal akan lebih cemerlang dimasa-masa depan........ummie juga mengharapkan Naufal dapat kembangkan minatnya bernasyid ... Alhamdulillah pada sesi pertama persekolahan Naufal dah dipilih menjadi ketua pertandingan nasyid antara kelas....." ummie kelas 1B kalah , Naufal jadi ketua" bicara Naufal..... .. tak terbayang anak ummie yang suka menjerit, berlawan dan bermain menjadi ketua nasyid... ... entah macam manalah perjalanan nasyid tu ( terbayang sikap gopoh naufal dalam minda ummie)... Mohon Allah ubah sikap Naufal perlahan-lahaN......
sekilas kisah tentang tandas
.............." ummie , dulu ummie berak ( pass motion) dekat luar ka"? soal Naufal " ya, tandas ummie kat luar" jawab ummie tanpa syak apa-apa... " ummie tau tak kenapa dulu orang buat tandas dekat luar"? Naufal mula menduga ummie." emmmm mana ummie tau" jawab ummie sambil lewa.... " Naufal tau " Naufal kembali berbicara dengan penuh bangga.............. " kenapa" ummie inginkan jawapan... " sebabnya mereka tak mau syaitan Masuk rumah, tandaskan rumaH SYAITan " naufal memberikan jawapan...... dalam hati " ohhh, ummie pun tak terfikir begitu, pandai jugak orang zaman dahulu, lebih menjaga agama dan kebersihan jiwa"...............banyak perkara yang Naufal akan kongsi dengan ummie tiapkali balik dari kuliah..... ( info tentang tandas tu pun dia dengar dari kuliah maghrib)..... entah macam manalah Naufal nak dok diam kat kuliah, ummie pun tak pasti ( tapi Allah berkuasa keaatas hambanya)... Allah jugaklah yang boleh diamkan Naufal untuk mendengar kuliah ketika bersama abah....Alhamdulillah , moga Allah terus mendidik anak-anak kami.. Amin....
cuti sekolah yang indah ..
..........2 minggu bercuti sempena Hari raya Aidilfitri... ummie suka dengan cuti kali nih, sebab utamanya tentulah sebab abah ada disamping kami.... baru ummie sedari bila abah ada ( ummie kurang tertekan ).. ummie lebih happy .. tapi sebaliknya bila abah tiada ummie lebih mudah menjadi tidak penyabar...sebab kedua , adalah kerana anak-anak happy sangat beraya di Kelantan tahun nih... main sakan anak dengan sepupu yang ada....namun begitu setiap hari ummie akan buka fb untuk lihat perkembangan yang terjadi di Mesir , syiria ( paling tidak dalam kegembiraan ini hati tidak terleka ) ............. bila lama dan asyik membaca info dan post2 di fb, ummie mula kagum dengan pemimpin turki ( terus terang , ummie tak sedar rupanya selama ini ada pemimpin islam yang berani seperti Receep tayyib erdorgan....." ummie, Naufal pun dah suka dekat erdorgan ni" bicara Naufal bila banyak yang ummie ceritakan tentang erdorgan, .......malam tu "Dah lama benar ummie tak lihat Naufal melukis, Naufal lukis la sesuatu malam nih".. bicara ummie yang rindukan lukisan-lukisan comel Naufal .....
hasilnya sebuah lukisan yang cantik buat ummie.... Terima Kasih Naufal, terima Kasih Sumaiyah.....
lukisan naufal........... |
Selasa, 21 Mei 2013
"Nota Hati"
Ummie tekad buat entry kali ni... sebenarnya terlalu banyak perkara
yang ingin ummie tulis dan kongsi ( setidak-tidaknya dapat
juga memenuhi kehendak jiwa sendiri, mungkin inilah yang namanya hobi ).. kepuasan menghasilkan entry baru adalah sesuatu yang tak dapat digambarkan... semua entry yang
ummie buat, akan ummie ulang baca berkali-kali (
ia medan untuk ummie muhasabah, medan untuk ummie peringatkan diri
ummie kembali)..... . entah kenapa semalam ummie terasa sangat
letih bila pulang dari sekolah.... di pintu pagar nursery Sumaiyah ,
tiba-tiba ummie perasan mak misscall hingga 4 kali... ummie gagal
mengesan deringan hanfon sebab minggu ni minggu exam ( jadi ummie
silence mod handset ummie)... bila ummie menelefon mak semula " Dian ,
hang mai lah cepat rumah mak, jangan lambat " pesan mak... sebenarnya
badan ummie rasa letih sangat ( mungkin ummie banyak berjalan hari ini
di sekolah untuk setelkan surat peringatan kepada guru kelas berkenaan
surat PIBG)... mungkin juga penat sebab dari pagi sudah kalut
menguruskan dua-dua anak yang penuh dengan ragam masing-masing... (
ingin saja ummie katakan pada mak ummie nak rehat dirumah , namun tidak
sampai hati pula ummie, mak mana yang tak suka anaknya berkumpul dan melihat riuh tawa cucu-cucu).....
.... sampai di rumah, Naufal sudah siap tercegat depan pintu pagar ... Naufal sampai dulu dari ummie ( ummie masih ingat ketika awal sesi tahun ini bermula, ummie akan bergegas punch card awal untuk pastikan ummie tiba awal di rumah berbanding van Naufal, namun sekarang ummie rasa makin letih hendak bergegas pulang )... terus terang ummie katakan jika mengajar waktu jam 3 hingga 5, ummie dah kehabisan bateri untuk pulang,di dalam kelas ummie banyak pusing berjalan ke meja-meja pelajar jika berlaku proses pengajaran.. malah pelajar juga kerap bertanya menjadikan ummie cepat letih ke hulu ke hilir dan memberi penerangan... ( itu bukan rungutan/ ummie sayangkan kelas 5 V5 dan 5V3).. cuma ummie tak mampu nak amik kelas tuesyen untuk mereka ( maafkan cikgu, cikgu doakan kamu semua berjaya dunia dan akhirat, Amin)....
.......setelah ummie dan Naufal mandi serta solat kami singgah kekedai membeli makanan kucing yang sudah kehabisan, dan terus menuju ke rumah mak.... dalam kereta lagi ummie dah nampak kelibat mak di laman rumahnya...." seorang insan yang telah dimamah usia"
.......... hingga isyak ummie disana, namun secara tak sengaja kekalutan ummie yang hendak pulang mengguris hati insan yang ummie panggil " MAK".....mungkin ummie mengharapkan mak faham yang ummie letih, Namun ummie berkali-kali terlupa bahawa " MAK telah banyak memahami ummie dari dulu hingga sekarang ".. ummie tersedar yang emak sedikit terasa dengan sikap ummie malam itu.....sepanjang perjalanan pulang ummie mengutuk diri ummie sendiri " jika ummie lebih bersabar tentu ummie akan menjaga hati mak"... malam itu ummie tidur dalam kesedihan, kerja yang sepatutnya ummie siapkan, ummie tangguhkan dulu. ummie tidur bersama anak-anak ... sudah lama rasanya ummie tinggal sendiri mengurus anak-anak.........mungkin sesekali rasa letih dan perit itu mengetuk jiwa ummie.
...... pagi ni bangun, Naufal marah dan merajuk sebab ummie tak kejutkan dia bersahur.... semalam lagi Naufal riuh nak berpuasa sunat.. katanya nak berbuka di masjid....ummie ambil ringan permintaan Naufal , ( sememangnya jiwa ummie turut letih dek kejadian semalam dirumah mak).........jam 5.30 pagi ummie terjaga dari tidur, sudah lewat untuk ummie buat persiapan sahur, ummie cuba memujuk Naufal berkali-kali, namun dia tetap marah dengan wajah mencuka.. " Naufal anak tak boleh marah ummie, ummie bukan sengaja tak kejut Naufal.ummie terlupa dan tak sempat nak sediakan makanan sahur"... bicara ummie .....akhirnya ummie bercakap dengan suara yang lebih tegas bila Naufal terus merungut " Naufal anak, jika ummie buat salah pun Naufal tak boleh marah ummie , berdosa . inikan pulak ummie tak sengaja. NABI MUHAMMAD tak ajar anak marah mak, inikan pulak ummie bukan saja-saja" Naufal terdiam,sambil menangis..sememangnya suara ummie keras waktu kata-kata ini keluar.. mungkin ummie marah/ masa sudah banyak dibuang memujuk Naufal pagi ini..... " sudah ummie buat roti telur yang Naufal suka, ganti dengan sahur " ummie memilih untuk sediakan sarapan roti telur ( jarang sebenarnya ummie memasak diwaktu pagi ,anak-anak cuma minum secawan susu dan sedikit madu . hanya sesekali ummie akan sediakan roti yang dibakar beserta hot dog atau telur)... tapi hari ini sebagai ganti ummie tidak mengejutkan Naufal sahur, ummie membuat tawaran menyediakan sarapan pagi mengikut menu kegemaran Naufal.... roti yang disalut telur, dibakar dan dilapik lagi dengan telur yang digoreng ( bersama sos).... " ummie boleh tak kalau kanak-kanak sahur lewat macam sekarang"Naufal menyoal, agaknya dia masih ingin berpuasa.fikiran ummie berlegar-legar mencari jawapan yang betul untuk anak ini ... " ummie rasa esok atau hari khamis ni lah Naufal berpuasa, sebabnya waktu sahur dah lepas , lagipun Naufal bukan nak puasa ramadhan cuma nak puasa sunat" bicara ummie..... bila marah tadi ummie tak ingat langsung ummie patut bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang soleh.... sama macam semalam bila badan ummie letih/ mata ummie mengantuk ummie buat mak terasa hati dengan beberapa perilaku ummie yang emak terasa ... ( sukar untuk ummie ceritakan satu persatu).. mungkin ummie nampak kecil , tapi tidak mak yang sudah berumur lanjut.......
............"hanya Allah Yang tahu" dan " Hanya padamu aku memohon jadikanlah aku lebih sabar dan penyabar sebagaimana sabarnya JUnjungan besar Kami Nabi Muhammad SAW"
............Kini giliran Sumaiyah, ummie kejutkan anak-anak dengan amalan selalu, memberi salam ( baru praktikkan) dan memicit ibu jari kecilnya sambil membaca doa bangun tidur dengan harapan sumaiyah akan dapat menghafalnya nanti.... selesai mandi sumaiyah bersarapan ... " ummie Pak cik Din dah datang " jerit Naufal dari pintu rumah sambil menyarungkan kasut sekolahnya.. selalunya ummie dah siap diluar bersama Naufal tunggu Pak cik Din ( yang tak jemu dengan karenah Naufal dalam kereta)....bila ummie masuk sumaiyah masih makan.. Ohhh siibu kucing pula masuk kerumah membawa seekor burung hasil tangkapan pagi.. ummie cuba menghalau berkali-kali, namun kerana takut kucing lain mencuri makanannya siibu kucing tetap tidak mahu keluar.. ummie biarkan saja ( mujur tiada darah yang keluar , agaknya ditelan seekor terus burung itu) cuma helaian-helaian bulu burung yang sedikit berselerak....jam sudah lewat ( namun ummie ingin lebih bersabar ) mungkin kecewa menjadi seseorang yang kurang sabar " seorang yang tidak sabar tu sangat menekan jiwa"... ummie menunggu sumaiyah menghabiskan roti telurnya sambil memasukkan makanan kucing ke dalam mangkuk... akhirnya sumaiyah selesai makan.. rasa ingin saja ummie mengangkatnya berlari masuk ke kereta dan terus memecut ( rasanya ummie dah lewat dari biasa)... " ummie aiyah nak Pass motion ( buang air besar) " ( aduh, mungkin ummie dah ditakdirkan lewat )... dalam hati ummie "tak kan nak marah si kecil yang tidak bersalah ".... " jom kita pi tandas" ummie berbicara tawar....
........ Selesai semuanya,ummie masuk dan duduk dalam kereta bagai melepas penat ( terasa sungguh lega).... ternyata perjalanan ummie hari ini sangat lancar, ummie bertembung dengan lampu hijau untuk setiap traffic light ... bila bersabar tentu kesudahannya lebih baik dari tak bersabar.....Tekad ummie "ingin menjadi lebih penyabar dalam kekalutan dan keletihan...." mak, letih sungguh menjadi ibu, susah sungguh nak besar dan didik anak-anak).. tentu mak lebih letih membesarkan kami dalam serba kekurangan dulu "... hari-hari adalah hari ibu untuk mak.... banyak perkara yang hati dian nak bercerita pada mak ( tapi kekok untuk berkata-kata / mungkin tak terkeluar rasanya).... banyak perkara dan lebih lagi.. ( bukan sekadar permohonan maaf di hari raya)... ( bukan sekadar Hadiah untuk hari ibu)............... tapi banyak perkara , namun hanya Hati yang berbicara... Mohon Allah sediakan syurga yang paling Indah untuk Mak...kelak ... sempena " hari-hari adalah hari ibu".... ada satu cerita yang dian simpan / simpan kerana ianya cerita untuk emak.....yang akan dian catatkan bila mendapat isyarat hati.. " moga Allah permudahkan. AMIN"....

Selasa, 23 April 2013
Ibrah dari seekor kucing dan sisipan sebuah politik
Sudah beberapa kali kucing ni masuk dalam rumah ... ummie sendiri rimas bila kehulu kehilir diikuti seekor kucing setiap pagi hendak kesekolah..." kucing ni nak beranak ni, Naufal tau tak?, sebab tu dia masuk rumah kita. Dia cari tempat beranak yang selamat untuk anak-anak dia. Sama macam ummie sayang Naufal dan Sumaiyah" bicara umie dalam kekalutan pagi hendak ke sekolah." mana ummie tau dia nak beranak" naufal cuba minta kepastian ummie..." tu cuba tengok perut dia besar" ummie sambung bicara..... " sudah, kita kena cepat, nanti pak cikDin sampai " ummie cuba mematikan perbualan bila dapati jam sudah hampir 7.00 pagi memandangkan Naufal masih belum memakai stokin........
.............. kucing ni dah pandai masuk rumah melalui tingkap beberapa kali.... hingga sumaiyah sudah pandai bertanya " ummie kucing ni nak beranak ka ummie" dengan telo percakapan yang sedikit gagap dan tersekat-sekat bila melihat kelibat kucing berkeliaran dalam rumah. " ya lah, dia nak beranak, macam ummie beranak kat Sumaiyah dan Naufal" jawab ummie sambil tersenyum kerana tidak menyangka sumaiyah masih ingat bicara ummie tempoh hari....
..............5.40 PM , ummie dan anak-anak sampai rumah.. daun pintu dibuka... semua seperti biasa ( sedikit berkecamuk akibat kekalutan pagi hendak kesekolah)... selalunya bila balik ummie akan minta anak-anak rest badan 5 ke 10 minit sebelum mandi, sambil ummie kemas sikit-sikit apa yang patut... " Naufal pergi simpan tali pinggang dalam bilik" pinta ummie memandangkan sudah 2 kali ummie membeli tali pinggang untuk anak lelaki ummie ni..." ummie! " jerit Naufal ... " betullah kata ummie memang kucing ni cari tempat beranak, kucing beranak kat rumah kitalah ummie" Naufal menyambung bicara dan kelihatan sangat teruja... Sumaiyah dan ummie berlari menuju kebilik Naufal... OOOHHH didalam kotak mainan, dialas dengan mainan-mainan Naufal dan Sumaiyah......" sudah , Naufal ketepi dulu jangan dekat busuk tu, mesti ada darah "ummie memberi arahan ringkas ...........tiba-tiba Naufal berubah menjadi rajin memberi makan kura-kura " Naufal dah bagi makan kura-kura, kita bela kucing ni ya ummie" Naufal membuat permintaan.... dalam kepala terbayang kekalutan hidupku tanpa suami disisi, hanya bertemankan tugas harian hampir siang hari penuh di sekolah, diikuti dengan aktiviti membuat homework anak-anak dan kerja rumah, tidak mungkin termampu membela sebuah keluarga kucing ni........." mana boleh, kita sebuk, kura-kura pun ummie ja yang selalu ingat bagi makan... macam mana nak tambah kucing pulak. " ummie memberi jawapan tegas... " bolehla ummie" minta Naufal...ummie sepi tanpa memeberi sebarang respond...dalam hati ada rasa kesian pada anak-anak yang teruja dan pada si kucing . Ini juga adalah peluang untuk ummie mendidik anak-anak.....
..........Now dah hampir seminggu kucing dan anak-anaknya dirumah kami.... ( ummie pula fikir macam mana nak buat lepas ni)... dekat manalah ummie nak tempatkan mereka kelak... ummie paling tak suka persekitaran rumah berbau najis kucing... si ibu kucing pula dah makin serasi hidup dengan kami .. " ummie kita buang ibu kucing ni, kita bela ja anak-anak dia" Naufal memberi pendapat , bila mendengar keluhan ummie apabila si ibu kucing menggesel kepala di kaki ummie.." Isshhh, Naufal suka kalau orang amik Naufal jauh dari ummie" ummie bertanya " tak" Naufal menjawab ringkas.. " samalah anak kucing tu, dia suka tinggal dengan mak dia, berdosa kalau kita pisahkan anak-anak kucing dari mak dia"ummie memberi sedikit penjelasan... ummie yakin Naufal faham penjelasan ummie.............hari terus berlalu, anak-anak kucing tu selalu dibersihkan badannya oleh siibu..paling tidak ummie dapat mengambil ibrah dari kehidupan seekor ibu kucing... kehulu-kehilir mencari tempat yang selamat untuk anak-anak... ..dijilatnya badan dan najis anak-anak untuk pastikan anak-anaknya bersih....tak lupa kekandang anak-anak, untuk memberikan susu hingga si anak lena disisi ibu..... jarang ummie terdengar anak-anak kucing dibiar mengiau lapar.... hampir tak kedengaran suara anak-anak kucing tu melainkan ummie melihat mereka tidur kekenyangan.....INDAH CIPTAAN MU .... kasih si ibu kucing untuk anaknya...." moga engkau bimbing hati dan jiwaku agar menjadi ibu yang sudah tentu patut lebih baik dari siibu kucing..."MEMILIH JALAN YANG SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK" malah tuntutan seorang ibu bukan sekadar mengeyangkan perut anak-anaknya,namun lebih jauh dari itu... mengisi JIWA anak-anak dengan cahayaMu ... AMIN ... itu lah bezanya IBU ( untuk manusia) IBU ( untuk seekor kucing)...............dan ummie bersyukur kerana dalam kekalutan ummie , Allah datangkan keadaan-keadaan yang sebenarnya membuka jalan dan ruang pendidikan... Moga kita sentiasa diberi kesedaran jika ada peluang yang menjadi medan pendidikan kepada anak-anak... Ya Allah bimbinglah kami dalam mendidik anak-anak kami, Amin
sedikit sisipan kisah perbualan kami
.........perbualan dalam kereta " Naufal dah tau tu bendera apa" tiba-tiba Naufal memulakan bicara sambil menunjukkan kearah bendera biru .. " tu bendera BN" bicara naufal lagi... " Naufal suka BN ka PAS" sengaja ummie bertanya untuk melihat politik sikecil ini... seingat ummie , ummie tak pernah ajar Naufal tentang politik secara langsung... cuma Naufal kerap ke kuliah PAKSI dan kuliah agama yang dianjur PAS di surau berdekatan... " Naufal suka PAS" wah , tegas Naufal jawab ..... bagi ummie , sekadar itu tidak mencukupi , ummie ingin tahu lebih . " kenapa Naufal suka PAS"... soal ummie " sebab PAS tu islam" ringkas tapi, cukup untuk ummie menilai penerimaan Naufal berlandaskan sesuatu yang benar, malah ummie faham apa yang cuba Naufal sampaikan dalam jawapan seringkas itu...... " selagi yang diperjuangkan itu ISLAM" itulah yang perlu dipilih.... " ingat Naufal, apa-apapun tengok apa agama kita suruh, yang tu kita buat... nak makan, agama suruh makan yang halal, sebab tu kita kena cek ada tak tanda halal kat makanan" sedikit ulasan untuk buah hati ummie malam tu... sekadar perbualan ringkas dalam kereta....
" Ya Allah sehatkanlah anak-anak kami, jadikanlah mereka pelapis pejuang-pejuang AGAMAMU kelak . AMIN" Alhamdulillah Naufal dah sembuh dari demam, kini giliran sumaiyah pula.. semoga Sumaiyah cepat sembuh. Amin

Langgan:
Catatan (Atom)